Bukan Jodohku II

Untuk part I, (https://iiumc.com/bukan-jodohku/).

Hai, saya pernah hantar luahan kat sini suatu masa dahulu. Ringkasan cerita pertama seperti berikut ya.

Tentang seorang lelaki yang saya suka, kemudian ajak saya kawin selepas seminggu dia tahu tentang saya sukakan dia. Sedangkan dia waktu tu belum lagi kenal saya, dia cuma kenal siapa family saya.

Maksudnya, seandainya kami berselisih tepi jalan pon dia tak akan kenal tu saya. Dia tahu tentang perasaan saya pon secara tak sengaja melalui orang lain.

Dipendekkan cerita, saya menolak dengan alasan belum sedia, sebabnya saya memang betul betul belum sedia.

Family dan kewangan saya belum stabil. Selepas beberapa bulan, saya dapat tahu dia sudah pon bertunang dengan orang lain. Ok habis cerita.

“Play victimlah. Telling gossip yang tunang dia tu perampas”

Ayat kat atas adalah satu komen pada confession saya yang sangat mengguris. Saya rasa komen ni adalah tuduhan yang sangat berat.

Saya sikit pon tak pernah salahkan lelaki tu bila dia bertunang. Apatah lagi nak tuduh tunangnya sebagai perampas. Astaghfirullahalazim. Jahat sangat tu sis.

Saya harap sangat sis yang komen tu baca balik cerita saya kalini. Puas saya baca post pertama dulu, tapi sikit pon tak jumpa ayat yang menggambarkan saya melabel tunang lelaki tersebut sebagai perampas.

Cerita tu hanya berkisar saya dan lelaki tu. Kenapa sesuka hati saja tuduh saya macam tu. Kadang betul orang kata, kalau tak mampu nak berkata baik, diam saja lah.

Ada jugak yang komen , tak perlu tunggu bersedia baru nak kawin. Kawin saja dulu. Dia dulu pon family, kewangan belum stabil, tapi kawin saja, ok saja sampai sekarang.

Yang ni pon satu. Sis, “TAK STABIL” tu umum ya. Keadaan semua orang tak sama. Hanya kita yang tahu apa yang kita lalui.

Bukan ke dalam islam pon menyuruh kita kawin bila kita mampu. Mampu tu dari semua aspek, semua segi, sebab kita nak bina satu hidup baru dengan pasangan.

Saya tahu saya belum mampu, belum sedia, sebabtu saya tolak. Jangan sama kan hidup kita. Kita masing masing dalam situasi yang berbeza.

Kadang manusia mudah sangat buat kesimpulan yang “”kalau aku boleh saja buat, asal orang lain tak boleh eh””. Tolongla buang mindset macam ni.

Ada sorang makcik bawang beria komen panjang panjang, mentertawakan saya sebab saya cakap lelaki tu bukan ditakdirkan untuk saya.

Salah eh pernyataan saya tu? Betullah kan, dah dia dah tunang dengan orang lain, maksudnya saya dengan dia tidak berjodoh la kan ? Jadi kat mana yang lawak nya ? Peninglah.

Sebenarnya , tujuan saya bercerita hari tu hanyalah nk luahkan apa yang ada dalam hati saya. Dah ni page confession kan. Hihi.

Tak sangka ramai jugak yang marahkan saya sebab menolak lamaran tetapi lepas setahun masih simpan perasaan pada dia. Hati dan perasaan ni sukar dikawal.

Boleh, tapi amat sukar. Saya dah simpan perasaan pada dia hampir 2 tahun, bukan senang nak buang rasa tu. Tapi saya selalu cuba.

Kebetulan timing lamaran dari dia tidak kena membuatkan saya terpaksa menolak. Saya pon takdela reject mentah2. Saya explained satu satu kenapa saya belum boleh terima dia.

Alhamdulillah, dia memahami. Katanya pasti ada sebab mengapa kami dalam situasi macam tu.

Saya sudah pasti kecewa dengan keputusan sendiri, tapi dia? Saya tak pasti, sebab dia pon belum kenal saya. Mungkin malu sebab lamaran ditolak, tapi tidaklah frust seperti saya.

Menulis ni best kan, kita dapat luahkan semua yang terbuku dalam hati tanpa perlu risau tentang identiti. Leganya rasa.

Baiklah sekian saja curahan kalini, semoga berbahagia semua. Yang cakap saya budak budak tak matang tu, anda salah. Saya hanyala seorang bayi.

Oh lupa, bagi yang minta saya untuk move on, jangan risau. Lepas dpt khabar tentang pertunangan dia, saya dah stop fikirkan dia.

Kadang ada saja benda yang buatkan saya teringat dia, tapi setakat tu saja la. Biasala hati kan.

Perkhabaran baru yang saya terima, dia dah selamat melangsungkan pernikahannya dengan pilihan hati.

Alhamdulillah, dia bersatu dengan jodohnya. Dia, seorang lelaki yang baik, dan saya tidak menyesal pernah sukakan dia.

Kalini saya dah tak rasa sakit seperti waktu saya terima khabar pertunangannya dulu. Dah hampir berjaya move on mungkin?

Dahla. Undur diri dulu. Bye.

– Saya la tu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *