Bukan Kaki Bodek

Salam semua, berdasarkan tajuk pun dah boleh fahamkan? Aku antara yang memang bukan seorang kaki bodek ataupun pengampu. Malangnya ramai diantara kita yang macam tu.

Kaki bodek dengan kaki ampu bukan terjadi dalam sektor pekerjaan je tapi di mana2. Bukan bila nak cari kerja je kena ada kabel tapi di mana2. Nak hantar anak tadika pun kadang2 nak kena ada kabel.

Aku bukan apa, aku terkilan terasa semua ada. Kenapa kita kena hidup macam tu sekali? Aku, mak aku, makcik aku, nenek aku dan moyang aku semua dah merasainya.

Kiranya kami ni keturunan dipulaukanlah walaupun situasi kami berbeza. Apa yang samanya ialah kami semua bukanlah seorang kaki bodek.

Kami tak akan saja2 nak membodek atau puji seseorang untuk tarik perhatian orang lain. Kami bukannya seorang yang bermulut manis. Kami cuma cakap yang benar, tepat dan tegas je.

Mengikut cerita mak aku, keluarga dia semua dipulaukan oleh saudara mara dan rakan2 masa zaman dahulu sebab mereka miskin dan bukan kaki bodek.

Berbeza dengan situasi aku yang sekarang, sebabkan aku bukan kaki bodek dan tak pandai bergosip.

Tiada siapa nak kawan dengan aku dari kecil lagi. Sepupu sepapat tak pandang aku sebab aku kiranya tak berapa pandai berbanding mereka semua.

Kawan2 sekelas tak nak berkawan dengan aku. Kawan2 sekelas di universiti tak nak ambil aku untuk dijadikan groupmate assignment hanya kerana aku ni membosankan dan orang KL.

Walaupun berbeza zaman dan situasi aku dan mak aku tapi aku tetap rasai pengalaman yang sama. Bertapa seksanya bila orang tak pandang dan hiraukan kita.

Aku bukannya nak mencari kawan atau nak popular ramai kawan. Aku bukannya memilih kawan tapi bayangkan bila semua orang tak suka kita.

Siapa nak ambil kita untuk group assignment? Markah aku? Penglibatan aku? Aku bersyukur sebab situasi tu dah berlalu.

Masa aku intern di pertengahan sem dulu pun aku dipulaukan oleh semua orang dalam ofis tu.

Bayangkan kita intern nak cari pengalaman tapi tak ada kerja nak buat. Pekerja ofis tu kebanyakannya perempuan jadi hari2 gosip, cerita pasal anak dan shopping.

Penat aku dengar walaupun aku sendiri perempuan. Macam bila aku kata yang aku ni bukan kaki bodek jadinya aku dipulaukanlah. Aku tak pandai nak tarik hati akak2 tu dan supervisor aku.

Aku tak pandai nak bermulut manis tapi adalah sekali dua aku bawa kek bagi dorang makan dengan harapan dorang aku nampak aku dan tak pulaukan aku tapi hampeh.

Cerita sedap2 kek yang aku bawa tu tapi sampai situ je. Yang pasti aku orang luar dan membosankan.

Habis intern aku teruskan semester yang berbaki. Masih dipulaukan oleh beberapa kawan sekelas tapi kali ni dipulaukan dengan supervisor thesis pula.

Geram aku, mesej tak reply, call tak angkat, tunggu depan pintu bilik dia tak ada.

Aku tiada komunikasi 2 hala antara dia dengan aku. Semua dibawah aku. Dia tak berikan tunjuk ajar langsung.

Aku tanya soalan tak jawab. Hardcopy yang aku bagi pun cuma conteng2 dari dia. Aku tak tahu nak puaskan dia macam mana.

Untuk sem kali ni yang terakhir, aku masih terpaksa hadap superviser aku ni untuk sambungan thesis aku.

Thesis yang dulu cuma dapat B-. Nak dapat B+ atau B pun susah, jangankan A. Macam mana aku nak tahu aku buat tu betul atau salah bila dia tak bagi feedback.

Kawan2 aku semua dapat A dulu sebab lecturer dorang bagi tunjuk ajar. Baru2 ni aku mesej supervisor aku, dia tetap tak reply.

Lagilah susah bila musim covid ni sebab aku tiada di universiti. Medium apa lagi aku nak guna untuk berkomunikasi dengan dia ni? Sibuk2 pun patut bagi tahulah.

Buat pembaca sekalian, mesti ramai diantara korang yang akan suruh aku ubah sikap jadi lebih ramah dan proaktifkan?

Aku bukan bodoh sombong tapi aku tak nak ubah jadi sesuatu yang bukan diri aku yang sebenarnya.

Walaupun hidup aku malang tapi aku ikhlas. Aku tak nak jadi bermuka2 walaupun luaran semua orang anggap aku sombong.

Aku tahu ramai orang yang berjaya di luar sana sebab pandai berlakon, bermulut manis serta pandai bodek orang lain.

Aku ni dahlah muka sombong, mulut berat sekali buka mulut, kata2 pula tajam bagai pedang. Jadinya aku tahu, walaupun aku tak buat apa2, tetap ada orang yang membenci bila kita seorang yang jujur.

– Mulut tak manis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *