Assalamualaikum. Tq admin kalau sudi siarkan cerita aku yang cliche ni. Tapi ini semua kisah benar. Pengalaman suka duka hidup aku sampai sekarang berumur 20++. Sedikit tentang aku, anak ke 3 drpd 7 orang siblings. Dulu keluarga aku susah. Daif. Tinggal menumpang.
Aku bukan anak yang disayang sepenuh hati. malah aku tidak digemari. Aku mengaku mungkin sedari kecik, aku seorang yg berfikiran matang. Kata2ku mostly deep. Tapi aku tidak pinta dilahirkan begitu. Mungkin sebab itu, aku selalu jadi bahan stress mak bapak aku.
Aku ringkaskan cerita setakat yang aku masih ingat saja Sebab aku dah lama sangat pendam. Aku sangat takut pd bapak. Tak pernah seingat aku, bapak pernah dukung aku. Waktu tu aku darjah 6. Adik aku darjah 4. Pegi sekolah jalan kaki. Adik pakai beg roda. Tp bapak dukung adik atas bahu bapak. Aku jeles. Beg roda adik, bapak arahkan aku bawak tp aku tak boleh seret beg tu. Nnt roda rosak bapak kata. So aku kena galas. Aku hanya pakai beg sisi, paling tepat lagi, beg mcm shopping beg ‘go green’ giant tu. haa mcm tu. sampai kat sekolah, beg aku putus, ayah ketuk kepala aku dengan siku, depan adik. Sakit. Tapi aku hanya tersengih menahan sedih. Tak nak nampak air mata. Itu satu kes.
Bapak buruh kasar. Ingat lagi, hari itu bapak baru dapat gaji. So malam tu mak masak special sikit, nasi dengan telur dadar. Selalunya tak makan nasi sebab beras tak cukup. Dapat masak bubur nasi je. So masa mak masak, aku ditugaskan basuh kain – dengan kudrat tangan-. aku tak selesai basuh lagi mak bapak dan adik beradik lain da duduk makan sama2. Tak tggu aku siap. Kitorang makan mak da hidang siap2 sepinggan utk setiap sorang. So pinggan aku mak da asing. masa tu abang aku nak minta telur lagi. Mak bagi telur yg ada kat pinggan aku pada abang. Aku pun cakapla ‘jangan ambik banyak sebab kak lang lapar sangat’. Mak serta merta baling telur dengan nasi kat muka aku -yang sedang basuh kain- mak siap cakap ‘esok kita pegi beli barang kita tinggal je kak lang sebab kak lang kedekut’. Aku hanya tersengih, sebab tau aku salah. Hmm.
Esoknya, aku bangun je dari tidur around pukul 9 aku sorang je tinggal kat rumah tumpang tu. Aku nangis semahunya. Memikirkan betapa aku derhaka pada mak dan abang sebab perbuatan aku semalam. Sampai petang aku nangis. Around pukul 5 petang mak semua balik, aku punya happy Allah je yang tahu. tp mak tak pandang aku pun. So aku lari masuk tandas nangis lagi. Pastu bapak ketuk pintu tandas suh aku keluar. Buka je pintu, sekali tamparan aku dapat. Terhumban jauh siap terhantuk kat tangki. Tangisan aku tak terkawal lagi masa tu. Tp takdak sapa yang pujuk aku pun.
Banyak lagi sebenarnya. Cuma aku dah penat nak type. Sangat banyak aku menangis. Sekarang aku da besar. Kalau cerita ni got published, aku akan cerita details lagi kisah sedih aku yang menjadikan aku hari ini. siapa aku hari ini? Seorang anak perempuan yang menjadi kebanggaan mak, yg menjadi tulang belakang mak, yang menyara hidup mak setelah bapak takda, yg mendirikan sebuah rumah indah utk mak, yang dah berjaya buka sebuah butik bride utk mak. Maaf lah. Cerita aku tak menarik. sekurang2nya aku dah share. i really hope that these stories of mine will be published to make people out there realise that the term ‘berat sebelah’ is actually happened.
Yang bersyukur dan bersabar,
-kak lang anak mak-
– kak lang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit