Bukan Lubuk Emas: Anak Derhaka Kah Aku?

Hi semua. Aku gelarkan diri aku MA. Aku berumur 29 tahun. Tujuan aku menulis atas sebab ingin meluahkan dan ingin meminta pandangan yang lebih arif.

Aku anak sulung perempuan dari keluarga aku. Ibu ayah susah tidak bekerja (dah umur pencen—dahulu kerja swasta).

Dahulu, sebelum aku bernikah, aku merupakan tulang belakang keluarga, walaupun pada waktu tu gaji aku cuma sekitar RM1300. Lepas habis belajar dkt univ, aku terus cari kerja. Aku tak nak bebankan ibu ayah aku.

Aku pun ada buat bisnes sebelum aku dapat kerja dahulu, seperti jual kuih sarapan pagi, jual nasi lemak, roti jala, jual kek, jual kuih raya, jual air balang, jual cendawan goreng, pau, jual barang preloved. Aku tak pernah malas cari rezeki walaupun sikit sahaja hasil yang aku dapat.

Aku support satu keluarga ya. Adik aku yang bongsu pun selalu dapat ‘pau’ duit aku untuk beli makanan waktu tu.

Aku langsung tidak berkira. Sebab prinsip aku, kalau aku makan, orang lain pun mesti kena makan juga. Sebab aku pernah rasa sakitnya berlapar sebab tak ada duit untuk makan.

Padahal kalau ikutkan, adikku yang bongsu boleh sahaja bekerja pada waktu tu, tapi waktu tu kerjanya hanya keluar lepak sehingga 3-4 pagi. Isap v*pe , rok*k, balik tidur dan bangun pada semula waktu petang. Rutin sama setiap hari.

Semasa aku bekerja, dalam setiap bulan, hampir setiap hari aku belikan makanan untuk family. Belum hujung bulan, duit habis untuk bayar bil, beli baju ibu (tapi ibu tak pernh pakai pun), beli barang dapur, belanja ibu ayah aku sehingga tiada yang tersisa hasil dari gaji aku.

ada satu moment time tu aku nak guna duit untuk self reward setelah dapat gaji bekerja pun aku rasa bersalah (sebab aku terbiasa dahulukan keluarga). sampai kan time tu, tunang (husband) comfort kan aku, cakap aku deserve untuk self reward jugak.

Ketika adik aku yang kedua berpraktikal di sebuah negeri di utara, aku juga yang support family aku atas alasan adik kedua ku ini ada banyak komitmen seperti, duit dia nak makan, bilik sewa, motor, minyak motor nak pergi kerja, ptptn. Aku support family aku, tanpa mengungkit.

Sekarang, aku baru mendirikan rumah tangga. Masih dalam fasa nak stabilkan diri. Suami aku alhamdulillah bekerja tetap. Dan duit ada lah cukup cukup untuk keluarga kecil kami, alhamdulillah.

Aku ada seorang anak tiri yang tinggal bersama kami. Setakat sekarang keluarga kami sangat happy walaupun sederhana.

Aku pun baru berhijrah ke suatu tempat baru, mengikut suami. Tapi dalam beberapa bulan selepas bernikah, aku dan suami juga diuji dengan sakit atas sebab sihir, gangguan, GERD, COVID yang menyukarkan aku bekerja dalam tempoh ini.

Sebab kerap sakit/demam. Banyak duit habis untuk berubat. Kewangan menjadi sangat ketat.

Semalam, adik adikku membentakku menyatakan aku sudah lupa pada family aku dia kampung atas alasan aku tak dapat nak bagi duit buat masa sekarang. (Recap: Aku mempunyai 2 adik yang berumur 21 tahun ke atas masih tinggal bersama ibu ayah ku. keduanya sudah bekerja).

Aku dihamun oleh adik adikku sendiri tanpa rasa hormat kepada aku sebagai kakak mereka. Malah aku di block oleh adikku di wasap. Katanya aku tak tolong bayar bil, kegunaan di rumah ibu ayahku,

Sedangkan pada waktu aku sakit, tiada seorang pun adik adik yang ambil berat tentang keadaan aku dan suamiku. Yang disangkakan oleh mereka aku hanya bergoyang kaki, hidup mewah setelah aku bernikah.

Mereka cuma menghubungiku semata mata nak minta aku untuk ‘support’ duit. Katanya tak adil sebab aku seolah ‘lepas tangan’. Bila aku terangkan keadaan aku, adikku seolah olah tidak boleh nak faham.

Bayangkan, aku kalau homesick, atau ayah aku tak sihat, aku nak balik kampung (500km jauh dari tempat aku tinggal sekarang) pun berfikir² atas faktor kewangan yang baru nak stabil.

Punya lah senang adik adik aku cakap aku lepas tangan tanpa selidik atau tanya dulu keadaan aku. Diorang tak tahu berapa strugglenya aku dan suami aku yang kerja siang dan malam.

Adik ku yang bongsu, bila kerja, gaji nya habis berjoli barang barang sparepart motor/kereta. Bawa awek keluar dating, tukar fon, tukar cover set, beli baju awek, dan makan sedap² untuk diri sendiri.

Duit simpanan ibu juga dia habiskan untuk buat bayarkan muka kereta second hand. Kemudian jual kembali kereta itu bila tak dapat nak maintain. Duit hasil simpanan ibu berkali kali lesap untuk dia macam tu sahaja. Nak berniaga ibu bagi modal. Kononnya nak bayar balik, akhirnya lesap juga.

walaupun dalam keadaan begitu, dia pandai membuat hutang, beli kereta 4×4 (dan pernah paksa aku menjadi guarantor, tapi aku berkeras tak nak libatkan diri, sebab track record yang sebelum ini pun tak meyakinkan aku).

Sebab ni jugak lah aku masih ingat terngiang ngiang ibu aku pernah cakap dekat aku “dengan adik pun berkira”.

Motosikal ayah ku yang ayahku beli untuk kegunaan harian nak pergi klinik/ pasar/ masjid, 2 biji habis di modify oleh adik bongsuku sehingga tidak dapat digunakan lagi.

Kalau benar dia sayangkan dan care tentang ibu ayah, kenapa dia habiskan duit dan buat segala benda yang macam tu.

And then, untuk hilangkan rasa bersalah dia, terhadap apa yang dia buat, aku pulak selalu terkena guilt trip, blame shifting oleh dia. Kononnya aku tak usaha nak membantu keluarga.

Keadaan mental aku sangat teruk. Hari hari aku menangis sebab aku rasa adakah aku ini anak yang tak berguna?Aku tidak berguna kah kalian? Aku tak berhak nak hidup tenang?

Kenapa bila aku ada dulu (di rumah ibu ayah) semua orang tidak menghargai apa yang pernah aku buat (kecuali ayahku yang sangat baik dan memahamiku) tetapi mereka hanya mencari aku bila memerlukan sesuatu.

Aku malah dikatakan “bodoh” oleh adik bongsu ku atas sebab belum bekerja tanpa ada rasa hormat.

Aku dikatakan “lepas tangan” oleh adik kedua ku atas alasan tak dapat memberikan “sumbangan” yang diminta tanpa bertanya dulu keadaan semasa aku.

Aku anak derhaka ke?

Benarkah aku bodoh setelah aku korbankan segala apa yang aku ada?

Aku tak pernah berkira dengan ibu ayah aku, even aku ada childhood trauma dan attachment issues yang sangat teruk (aku nak attention dari ibu aku, yang aku tak dapat waktu keci). Aku masih sayang ibu ayah aku. Sangat sayang.

Tapi sekarang aku berada pada fasa yang teramat sangat sedih. Tak dihormati oleh adik² sendiri. Malah dilabel dengan gelaran² yang aku sendiri pedih hati untuk dengar.

Aku sangat makan hati. Terlalu sedih.

Kalau ada nasihat/kata semangat boleh share dekat komen. Sesungguhnya aku perlukan nasihat, perkongsian ilmu tentang hak aku , serta kata kata yang baik.

Terima kasih..

– M.A. (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Elok lar awak duduk jauh 500km dari keluarga awak yang toksik tu, dah duduk diam2 , bergembira je dengan keluarga kecil awak, kalau ada duit extra baru kirim ke kampung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *