Bukan Menantu Pilihan

Assalamualaikum. Maaf aku nak cerita kat sini. Aku tak pandai bercerita sangat so bear with me ye.

Aku bukan menantu pilihan. Semua bermula bila aku perasan, aku tak ada dalam group whatsapp.

Dalam group tu semua ipar duai, biras, mak mertua ayah mertua aku ada. Tapi aku tak ada.

Mula-mula aku perasan bila guna telefon suami untuk menyoping barang di Shopee. Ada notification, jadi masa aku seronok scroll barang-barang tu, aku tersilap tekan. Terbuka whatsapp, dan aku terbaca. Conversation biasa je, mak mertua share gambar masakan dia hari tu.

Aku tak ambil port. Small matter bagi aku. Sekadar group whatsapp je pun. Aku tak kisah sangat. Suami aku kat sebelah, dia nampak serba salah bila dia cakap dalam group tu semua family dia ada.

“Sayang nak join?” Suami tanya.

Aku geleng. Tak perlu kot? Admin dia mak mertua aku. Kalau dia nak invite, invite je. Tak nak tak apa, aku tak kisah. Apa-apa saya tanya abang je. Begitu aku jawab pada suami.

Jadi tu berlaku beberapa lama selepas aku kahwin. Aku tiap minggu telefon mak mertua dan ayah mertua untuk tanya khabar. Lepas tu lama-lama mak mertua aku tak angkat.

Ayah mertua aku okay, dia angkat je. Kalau suami aku call baru mak angkat, dengan cara tu baru aku dapat cakap. Tu pun selalu mengelak.

Aku cool lagi. Small matter. Mungkin salah aku juga sebab ambil mudah. Agaknya ayah mak mertua aku ada terasa hati di mana2 perbuatan aku, dan aku tak try to fix it. Lama-lama makin bernanah. Aku fikir macam tu lah, sebab aku ni jenis ambil mudah.

Lepas 2 tahun kahwin, aku masih tak pregnant lagi. Kakak ipar aku dah masuk tiga anak dia. Aku dah consider nak pergi buat test kesuburan, dan waktu ni ramai bagi kelapa mekah tu kat aku. Kemain aku dengan suami ketuk dengan tukul, siap gergaji, tak terkopek jugak.

Tapi it’s okay, sebab tak sempat aku makan, aku dah mengandung. Haha.

Dah bersalin, aku dapat anak perempuan. Aku pantang rumah mak di kampung aku. Ayah mertua dan mak mertua aku melawat.

“Mujur kulit cerah, tak ikut mak dia.” Mak mertua aku kata.

Tipu la aku tak sentap. Aku dah la baru beranak. Ye aku memang gelap sebab aku keturunan mamak. Suami ada darah cina. Memang putih-putih kulit adik beradik dia. Aku senyum, angguk-angguk je. Masa ni mak aku kat dapur buat air. Suami aku pergi JPN. Tapi makcik belah mak aku ada. Dia sound balik.

“Kulit putih ikut ayah dia, mata bulat, hidung mancung ikut mak. Kalau mata pun ikut ayah, hidung kemik, mata sepet la dia.”

Aduh mak mertua aku terus masam muka. Makcik aku ni memang mulut dia macam tu. Start dari tu mak mertua dengan aku makin renggang. Tak bercakap terus!

Sebelum balik aku minta maaf dengan mak sebab makcik aku cakap macam tu, tapi mak mertua aku diam je. Hidung kemik mata sepet pun suami aku hensem okay, kalau tak aku takde la berkenan. Adoi.

Tak sempat suami aku balik Jpn, mak mertua dengan ayah mertua dah bertolak balik. Aku cerita la kisah benar. Suami cuma geleng kepala.

Suami telefon ayah mertua, ayah mertua aku baik tau. Selalu ajak aku mancing sesama walaupun aku tak pernah dapat tangkap apa-apa. Ayah kata nanti sejukla mak kau tu.

Aku hairan juga kenapa mak mertua tak suka aku. Pergi rumah dia, aku memang tak berhenti buat kerja. Masak, lipat kain, basuh baju, kemas rumah. Letak je beg, ayah mertua aku dah request nak nasik minyak, nak mee rebus etc etc.

Walaupun aku anak tunggal, aku memang diajar berdikari. Bab masak2 ni memang mak aku cerewet. Aku turutkan. Dan dalam memasak tu aku memang try berbual dengan mak mertua. Tapi dia layan acuh tak acuh.

Ipar duai aku pun baik-baik. Semua macam kawan-kawan. Aku boleh pergi booking hotel, girls night out dengan kakak ipar adik ipar aku, menggila macam kawan baik, terjun tiruk dalam swimming pool bertiga je sambil suami2 kami layan anak2 kami kat rumah.

Mereka memang nampak tak senang bila mak layan aku macam tu, tapi itulah. Ye itulah aku nak buat macam mana.

Yang sedihnya anak aku pun terlibat sama dia tak suka. Cucu-cucu lain semua dia bagi hadiah lepas dia balik umrah. Bagi depan anak aku pulak tu. Kesian anak aku masa tu tertadah-tadah tangan nak juga coklat, kacang dari mekah. Tapi mak mertua aku buat tak tau, terus dia masuk bilik.

Anak aku masa tu setahun lebih, dia terkulat-kulat pandang aku bila mak mertua aku tak layan dia. Masa tu aku sebak betul. Kakak ipar aku pun suruh anak dia kongsi sikit dengan anak aku. Bukan aku nak sangat pun kacang tu semua, cuma kesian kat anak.

Masa tu aku masuk bilik, aku menangis. Kakak ipar aku masuk pujuk-pujuk aku. Time ni la terbongkar kenapa mak mertua tak suka aku; aku bukan orang senegeri.

Masa ni baru everything clicked together, ye laaa. Biras aku semua orang negeri dia. Anak aku lahir kat negeri kelahiran aku, jadi bukan orang negeri dia jugak. Aku tak nak mention negeri mana.

Masa ni aku nak tergelak ada, rasa nak hantuk kepala kat dinding ada, sebab 2020 ni masih ada alasan macam tu. Adik beradik suami aku semua belajar dan kerja luar negeri, dah tu kenapa anti sangat dengan orang luar negeri?

Aku tak pandai cakap loghat dia, tak tahu lenggok dia macam mana. Aku try cakap okay, aku belajar, bukan aku tak belajar, tapi bila aku cakap, aku kena gelak. Haha.

Aku tanya banyak2 kali kat kakak ipar, betul ke ni kak, ke kak saja reka, kakak ipar kata betul. Tak caya tanya Bahar bukan nama sebenar iaitu suami aku.

Aku terus pergi tanya.Muka suami aku terus berubah, dan dia mengaku. Dari sebelum tunang lagi mak mertua aku tak nak suami aku kawen dengan aku, aku bukan orang senegeri, tapi suami berkeras. Aku tak puas hati lagi, aku pergi tanya ayah mertua, dan dia senyum2 kata ya.

“Mak kamu tu jenis tak sedar diri. Padahal dulu dia ikut ayah merantau lama mana. Ada je orang baik2 kami jumpa. Macam kamu la, baik orangnya.” Ayah kata sambil tepuk2 bahu aku.

Jadi begitulah. Aku sekarang dalam misi memikat mak mertua. Nak pecahkan kepompong dia. Aku bersyukur sebab family suami lain semua sayangkan aku, sangat baik dengan aku.

Aku harap korang doakan mak mertua aku terbuka hati nak sayang aku dengan Aisha macam cucu dan menantu yang lain ya.

Terima kasih baca.

– Puteri Obor-Obor (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *