Assalamualaikum… Para pembaca yang setia dengan penulisan² para confessor…
Saya nak kongsi satu cerita yang lebih kepada pengalaman saya sendiri, saya sudah mendirikan rumah tangga, umur 35 tahun tahun ni.
Mempunyai 4 orang anak dan berkahwin dengan pilihan hati saya, yang berumur 36 tahun.
Ceritanya saya pun tak tau nak mula dari mana, lebih kepada permasalahan rumah tangga tapi saya dan suami takde masalah pun.
Suami saya memilih saya sebagai isteri , dengan persetujuan kedua ibubapa dia, asalnya ada sedikit ketidak persetujuan antara ibubapa dia, saya tak tau la sebab apa.
Awalnya, saya kenal dengan suami pun dalam jangka masa yang agak singkat, hubungan jarak jauh pada tahun 2014 dan 2015 setelah berpindah ke daerah suami bekerja baru hubungan kami semakin rapat dan tahun tersebut juga kami menikah.
Sekarang ni dah masuk tahun ke 7 kami berkahwin dalam masa yang sama permasalahan berlaku di mana mak mertua ni tak suka saya,
Ye saya pasti dia tidak menyukai saya, awal perkahwinan dulu dia selalu saja meratib perihal extunang suami saya,
Saya tatau pun suami saya ni dah bertunang n terputus di tengah jalan memang saya tatau…… dia pun tak bcerita dah kawen baru la saya tau… dan pada saya tu bukan masalah saya, yang saya tau saya dah ada suami n keluarga.
Tapi semakin lama saban tahun makin teruk benda ni. Di mana mil saya tak boleh nak lupakan ex-tunang suami saya,
haa bukan suami saya yang tak leh lupakan dia, yang jadi masalah mak mertua saya ni over plak… tiap kali call disebut2 nama orang tu,
Sama juga ngan abang ipar, dok ratib2 nama extunang suami saya…. Sampaikan kalau saya balik kampung punya la tak suka, mil tu dok perli² saya dekat dalam rumah tu,
Pantang ada yang tak kena, ada saja la benda dia nak mengata dan mengaitkan sekali nama ex-tunang suami, pantang suami tiada dirumah, mesti buka cite pasal extunang menantu tak jadi dia tu…
Bukan setakat tu saja, ex-tunang pun sama tak boleh nak move on.,
Ex dia ni sampai skang tak kawen2 lagi mungkin menunggu peminangan beserta bismillah agaknya, dia memang tak boleh move, di sosmed saya tengok ada sekali dia tag suami saya, bergaduh besar la benda ni. pasal tagging saja …
Banyak lagi peristiwa sebanarnya, cuma tahun ni saya dah tak boleh nak tanggung semua ni, ada family in law pun, macam tak wujud, bukan pilihan tu sebab kena benci.
Kalau boleh saya nak putarkan masa supaya saya tak bertemu pun dengan suami saya sebab saya rasa saya tak bahagia.
Saya pernah usulkan pendapat saya supaya suami saya balik semula pada dia, bagi semua orang puas hati.
Tapi bersyarat dengan melepaskan saya, suami enggan tapi Tatau la akan dtengokan…
Tu belum cerita perangai adik beradik suami, jenis ngadu domba, cucuk mencucuk. Ada saja benda tak kena pada mata.
Suami saya, asal ada benda saja saya adukan dia akan cuba selesaikan dengan sebaiknya.Kiri isteri kanan emak sendiri, sampaikan saya rasa give up dan tak pernah dah pulang ke kampung nak elakkan banyak masalah berlaku.
Dekat sini saya nak minta pendapat apa tindakan yang perlu saya lakukan, supaya semuanya boleh hidup dengan aman…
Saya rasa saya dah hilang rasa bahagia, tak seronok, selalu memikir sampai tak boleh nak tido, keje pun terbengkalai…
Saya rasa penat malas dan rasa menyesal berkahwin dengan suami saya. Saya tak de tempat nak mengadu, saya rasa mcm saya ni dah salah pilih jalan dan rasa macam bodoh sangat.
Tolonglah saya…
– Aisyah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit