Bukan Menantu Pilihan

Assalamualaikum semua, Aku Alisha. Alhamdulillah untuk kehidupan sekarang walaupun takde ujian besar yang lagi maha dasyat macam orang lain tapi semua orang tetap akan diujikan.

Umur nak cecah pertengahan 30-an. Baru kahwin tambah tolak lebih kurang 5 tahun dan ada seorang cahaya mata. Alhamdulillah.

Perkenalan aku dengan suami aturan Mak dengan kenalan dia disebabkan umur aku yang hampir nak cecah 30-an masa tu, mak gelabah dah tak bermenantu lagi. Aku pun goyah juga la. Aku ada boyfriend tapi itulah bercinta komain lama tapi bila ajak nikah senyap membisu.

Macam-macam aku ikhtiar jodoh termasuk subscribe laman jodoh. Kenal beberapa lelaki tapi semuanya tak kena di hati.

Cumanya aku percaya pilihan mak jela sebab mak yang cadangkan kan dan kami dari satu negeri dan aku pun memang kalau boleh nak stay sampai mati kalau diizinNya di negeri kami ni.

Ni antara salah satu sebab kenapa aku pilih dia, selain baik, good looking maneh begitu orangnya dan karakter yang aku boleh masuk.

Aku ni bukan hijabista pun, fashion selalu outdated. Tudung tu jela duduk repeat, skincare pun takde cuma pakai pencuci muka pun safi saja. Kalau rajin nak tenyeh. Aku takde apa-apa yang boleh dibanggakan pun.

Kereta pun masih pinjam kereta mak. Huhuhu. Suami aku pula pun orangnya biasa-biasa saja. Pakai kereta 2nd hand luar negara tahun 2008. Tapi jenis jaga penampilannya. Mulut pun byk sbb salesman kan. Hihihi.

Banyak yang kontra antara aku dengan dia. Aku putih dia hitam. Aku berjerawat, dia kulit bersih. Tapi alhamdulillah kami boleh meraikan perbezaan. Semoga ni tetap kekal sampai bila-bila.

Cuma satu jela yang aku tak fikir dalam-dalam masa tu. . SEKUFU. . Banyak perbezaan antara kami tang ni. Yang sekarang aku rasa aku dah aniaya perasaan suami aku. Kalau aku tak teruskan mungkin semua ni tak jadi atau entah lah.

Aku istikarah aku tak dapat apa-apa alamat pun, tak pasti la kalau solat aku tak bersungguh atau apa. Cumanya dalam perjalanan sampai peringkat nak nikah tu smooth saja. Semuanya jadi dalam masa setahun saja, bertunang 6 bulan selepas kenal ikat 6 bulan then tup tup da hari majlis.

Tu juga sebab kenapa aku teruskan saja. Cuma dalam banyak-banyak hal, seorang saja tak senang dengan keputusan aku. ABAH. Bukan lah tak restu secara langsung, segala proses dari mula Abah ada sama-sama.

Tapi yang pelik dia tak tentang habis-habisan pun perkenalan dan proses perkahwinan sejak awal lagi, puncanya dia rasa kami tak sepadan.

Kenapa? Sebab dia duduk banding bezakan tahap akademik,cara hidup dan macam-macam perkara tentang suami aku dan aku pada masa tu dan sekarang pun masih sama lagi pandangan dia.

Aku degreeholder, anak orang acah-acah ado2 sebab abah kontraktor dan mak penjawat awam.

Suami aku cuma ada STPM dan anak orang susah aku kira. Adik beradik pun ramai. Dia takde ayah dah sejak dari umur 6 tahun, tapi masih ada mak warga emas yang dah berusia bergantung pada semua anak untuk bantu sikit-sikit dari segi kewangan (tapi mak ada saving).

Masih boleh urus diri sendiri tapi terbatas pergerakannya dek faktor usia dan penyakit kencing manis.

Dalam pada susah suami aku ni, dia seorang yang independent dan sangat-sangat workaholic tanpa abaikan anak isteri tapi bukanlah maksud dia suami yang sempurna pun. Ada juga kurangnya, sama la mcm aku pun.

Dia memang kuat usaha cari duit tapi bukanlah juga bermakna dia kaya, Alhamdulillah segalanya cukup ngam-ngam, nafkah zahir dan batin pun alhamdulillah dia sediakan walaupun tak mewah tapi ada.

Suami aku ni kerja dalam bidang sales di syarikat swasta dan aku pula penjawat awam diploma cabuk berstatus kontrak yang gaji tak pernah naik-naik sejak bertahun lamanya. Degreeholder yang abah bangga-banggakan sangat tu. hihihi.

Berbalik pada kisah kami,seminggu pertama perkahwinan kami. Abah telefon aku malam-malam buta cakap suami aku tu penipu.

Aku pun tak faham, jadi aku tanya kenapa abah cakap macam tu. Rupanya abah pergi siasat tempat kerja suami aku pada business card suami yang pernah aku bagi.

Tapi tabayyun abah tak cukup tabayyun. Yang sebenarnya alamat office yang ada pada business card tu dah tak valid sebab company dah bertukar alamat dan berpindah lokasi. Yang abah pergi bangunan dah takde signage.

Suami aku pula dah terima better offer dari company lain masa beberapa minggu sebelum kami akad. Aku tak dapat jelaskan sebab Abah betul-betul menunjukkan dia tak suka sangat-sangat pada suami aku pada malam tu dengan kata-kata yang menyentap hati aku.

Abah siap kata kalau jenis penipu ni, perkahwinan tak akan lama. Bila aku dengar seorang abah cakap macam tu hati aku sayu sangat.

Sepanjang otp tu aku menangis saja tak berkata-kata dah. Orang yang abah kata tu suami aku. Kenapa lepas dah akad baru nak deny ikatan ni dan nampak mendoa kami ni bercerai berai.

Tu satu insiden, benda ni masih tak habis sampai sekarang. Antara yang pernah berlaku. Ada satu masa tu bila mak pergi umrah, masa ni kami baru beberapa bulan nikah.

Untuk menjaga adik aku punya makan dan pakai sebagai kakak sulung, kononnya aku rasa bertanggungjawab la untuk tengok-tengokkan adik aku yang bongsu yang dalam tahun SPM masa tu.

Jadi aku decide untuk duduk rumah abah sepanjang mak buat umrah, tapi tula niat baik kami disalahertikan.

Abah rasa kami nak menumpang rumahnya yang serba selesa tu. Breakfast suami aku buat pun abah tak jamah. Huhuhu. Banyak la isu-isu kecil timbul, yang buat aku makan hati.

Tak habis dekat situ, masa aku dalam pantang beberapa hari dengan anak sulung, aku pilih duduk dengan mak aku sendiri.

Aku tak minta diurut atau tak berniat pun nak buat mak jadi confinement lady tak berbayar untuk aku, lagi-lagi mak aku masih belum pun pencen waima dah pencen pun aku akan usaha pantang sendiri jela lepas ni, doakan aku kuat.

Tujuannya suami aku taknak aku sendirian tu saja, takut dapat postpartum, semua makan aku, mandi anak suami aku siapkan sebelum dia gerak pergi kerja. Mak akan bantu mana dia termampu sediakan air selusuh kalau dia sempat. Tapi aku ni pantang moden.

Banyak aku skip. Nak dijadikan cerita kehadiran aku, suami aku dan anak aku tak dialu-alukan oleh abah. Huhuhu. Paling ketara, bila pasal elektrik atau makan saja abah bising tak tentu hala. Selalu cakap sorang-sorang merengus dan marah.

Aku dalam fasa berpantang ni dapat rasa. Sampai la satu tahap, abah datang dekat bilik aku dan tanya kenapa aku tak berpantang saja dekat rumah mak mentua aku. Kan aku dah ada mak mentua. Semua tahu kondisi mak mentua aku tu.

Aku tak tahu mana hilangnya common sense abah masa ni. Dengan tengah kendong anak, aku menangis teresak-esak. Punca dia tak suka menantu duduk tidur rumahnya. Menantu level stpm kot. Hmmm.

Ni antara yang masih segar dalam ingatan aku la. Sebab menyentuh hati wanita aku. Tergamaknya abah. Suami aku sedar dia bukan menantu pilihan abah. Sebab pada awal perkahwinan tu pun kami berdua nampak.

Aku tahu suami aku cuba blend in, bila sampai rumah abah, dia akan cuba borak-borak basi tanya abah buat apa tu, tapi jawapan abah penuh dengan sindiran.

Suami aku pernah kata apa pun abah buat dekat dia, dia tak kisah. Dia tak nak ambil pusing dan tak nak jejaskan hubungan semua.

Tapi aku isteri ni pula yang sedih. Sampai mak call aku minta kalau datang ziarah ke rumah abah biarlah aku dan anak aku saja datang tak perlu bawa suami aku sama-sama sebabnya abah akan mengamuk tak tentu hala bila tengok suami aku ada sama.

Mak aku ok saja dengan suami aku, mak cuma tak tahan dengan mulut abah lepas kami balik dari ziarah depa. Tak tergamak aku sampaikan pada suami aku apa yang abah cakap pada mak tu. Kami bukan la pasangan yang romantik pun.

Tapi mana pun, suami aku pergi kami anak- beranak akan ikut sama, itu pun kalau dia tak kerja atau tak de apa-apa hal lain. Sungguhpun mak sampaikan pesanan tu,sampai hari ni aku tetap ziarah diorang bersama suami dan anak aku.

Menantu lain baik saja layanan abah siap boleh belanja makan dan rancang nak buka business sama-sama. Menantu yang seorang ni dianaktiri.

Macam-macam aku buat siap solat hajat, berdoa semoga abah terima la anak menantu dia seorang ni dengan hati terbuka. Sampai tahap aku minta suami aku further study supaya orang tak perkotak katikkan akademik dia.

Tapi kita mana boleh paksa manusia lain berubah sebab nak puaskan manusia yang lain kan.

Yang pasti aku tak tahu apa Abah nak dari kami. Abah malu mungkin walaupun sebenarnya abah pun hanya lepasan sijil saja faktor kesusahan keluarga juga buat abah berhenti belajar diploma perakaunan. Tak sambung sampai lah sekarang.

Terkini suami aku dapat tawaran kerja dekat sebuah negeri di pantai timur dengan gaji yang lebih baik dari sekarang,suami aku nak terima offer atas faktor kewangan yang mendesak yang dia rasa. Kami dalam dilema nak ke sana.

Sebab ada beberapa kekangan antaranya tinggalkan mak suami iaitu mak mentua aku yang seorang warga emas yang kadang-kadang bergantung harap pada anak lelaki dia yang seorang ni,

Dan tinggal rumah baru kami beli yang kami rancang nak duduk untuk besarkan anak-anak (baru lulus loan saja pun dan aku dah bayar deposit RM500).

Aku juga takut nak keluar dari comfort zone sekarang dan tak pernah terlintas untuk aku keluar dari negeri yang kononnya aku berhajat nak stay for good. Tapi suami aku tak kejam, suami minta aku decide dan fikir masak-masak samaada nak pergi atau tak.

Dia tak setuju idea pjj yang ambil masa lebih 7 jam antara negeri tu. Dia tak nak abaikan anaknya dan jejaskan hubungan kami berdua. Aku perlu korban kerja aku sekarang bila mana suami aku terima offer kerja tu.

Dalam masa yang sama, aku ada rasa ni macam turning point untuk kami sekeluarga move on dari ketoksidan ni. Tapi suami aku tak tahu niat aku yang satu ni. Yela harapan aku bila dah jauh nanti wangi la. Huhuhu.

Tapi aku tak bersedia. Satu lagi perkara besar, aku dapat rasa abah akan marah sangat-sangat bila mana aku korban kerja gomen untuk masuk kerja swasta pula, Mentaliti mak abah yang percaya kerja gomen sebaik-sebaik rezeki.

Aku mohon doa dan pendapat semua. Apa jalan yang terbaik kalau korang ada ditempat aku. Aku nak jadi isteri dan anak yang baik. Bukan minta disanjung tapi cukuplah jangan sampai menghina.

Pesan aku pada adik-adik bakal memilih pasangan semoga urusan korang dipermudahkan, semoga dapat pasangan yang mak abah korang steady saja terima asal diorang bukan kaki pukul, kaki dadah dan kaki scam. Semoga kita semua dijauhkan.

– Alisha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *