Assalamualaikum sahabat IIUM Confession sekalian. Moga kita semua diberikan kesihatan yang baik.
Aku Rose of course bukan nama sebenar. Aku laki bini menyewa rumah tak jauh dari keluarga. Laki aku anak kedua last dari 7 orang beradik. Aku pulak anak sulung. Aku ada anak baru 9 bulan.
Tiap kali balik rumah mertua. Aku mesti akan terasa hati. Korang bayangkan lah aku nak tolong dia masak mesti mak mentua aku akan cakap tak payah tolong buat semak je kat dapur. Eiii aku rasa nak one by one je dengan orang tua tu tapi kena sabar hahaha.
Apa yang aku nak buat dalam rumah dia mesti dia akan kata tak payah kau jangan nak sibuk buat kerja, rumah aku sempit susah aku nak gerak kalau kau ada.
Padahal rumah dia tak lah sempit pun dan dia pun badan macam papan je. Eh tapi bila sedara datang sibuk canang cakap aku pemalas. Lantak kau le.
Aku pregnant sikit pun tak pernah tanya khabar aku sampai lah aku bersalin sikit pun tak pernah tanya. Padahal tu cucu sulung dia.
Macam tu juga ipar aku, sama je perangai. Apa apa majlis aku buat aqiqah, cukur jambul, kenduri tak pernah sekali pun keluarga laki aku datang. Jadiknya, majlis dia buat aku pun malas datang hahaha.
Sebenarnya kalau korang nak tahu, diorang macamtu sebab dia tak boleh terima yang laki aku lebihkan aku. Laki aku memang dari bertunang apa apa dia akan lebihkan aku. Sebab tu diorang jadik panas hati.
Tapi aku tak kesah pun malah aku laki bersyukur dapat laki yang sentiasa dahulukan anak isteri. Cop cop, jahat jahat aku laki bini duit bulanan tak pernah culas bagi dekat diorang.
Banyak eh korang bukan sikit, tapi bercerita dekat orang cakap aku laki bini tak pernah hulur duit. Kang aku ganyang kau baru tahu.
Aku ni pendendam tapi malas nak bergaduh. Cara aku senang je nak buat diorang ni panas hati. Aku selalu update status whatsapp berjalan sana sini biar diorang panas hati. Lagi lagi kalau laki aku transfer duit.
Aku update whatsapp tapi hide dari semua orang kecuali keluarga dia je boleh tengok hahahaha. Tak lama mesti diorang update status cakap aku kaki kikis duit laki lah apa la. Dah laki aku sukati aku lah nak kikis hahaha kang aku kikis duit dia merana pulak.
Tapi tu lah korang aku bersyukur dapat kluarga aku yang memahami. Mak aku sendiri yang nak jaga anak aku. Aku cuti kerja aku jaga anak aku sendiri mesti mak aku datang rumah sebab rindu anak aku padahal tak jumpa satu hari je hahahha.
Laki aku pun berkali kali dia cakap dia lebih selesa dengan keluarga aku sedara mara aku. Mana taknya kadang mak aku suap makan aku pun dia suap dengan laki aku pun kena suap hahahah.
Untuk korang tahu aku laki bini baru 20an sebab kita kahwin awal. Mak ayah aku pun baru 40an. Mungkin jiwa keluarga aku lebih memahami kami laki bini.
Tapi aku tak pernah benci pun keluarga laki aku cuma geram je hahahaha. Sekarang aku pun jarang balik rumah dia. Balik pun sesekali je. Anak aku kalau balik rumah atok dia pun dia taknak dengan diorang sangat sebab dia tak rapat mcam dengan keluarga aku.
Okay lah korang sekian dari aku menantu bukan pilihan. Korang ada pengalaman tak? Share lah sini. Mana tahu kita boleh gelak sama sama dengan perangai mentua kita.
– Rose (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
aku paham apa hg rasa..org x bagi masak x payah masak..hg tgk tv ja mengangkang dpn tv dah siap hg p mkn..dh dia x bg tlong..xpon dok dlm blik ja buat hal..org x sembang gn kita , kita x payah sembang buat bodo ja..dlu aku stress mcm hg..sekali aku buat prinsip mampuih p kt hmpa..lantak p hmpa..tenang hidup aku..balik pn sesekali ja..laki aku pn suka family aku dri family dia..sbb family kitorg jenis ramah n friendly..org kata kelurga sakinah mawaddah warahmah la sbb family aku jenis islamic sket compare family dia..keluarga ni klo xde pengangan agama, mmg kelaut sket..serabut byk…aku blik umh mertua sehari ja boleh..laki aku klo balik umh family aku seminggu pn dia suka pastu cakpa kejap nya cuti xpuas balik kg aku..tp aku mmg x halang laki aku balik umh mak dia slalu..tp jgn ajak aku la..balik la dia sorg.sekali sekala boleh la aku ikot tp panas pungkok dok umah mertua. aku no family dia aku x save langsung, melainkan sorg ja aku saveno. kakak dia sorg sbb takot klo ada apa2 emergency..tp diorg pn xtau no phone aku..mmg depa x boleh tgk status aku , aku pn xpayah tgk status depa..rasanya xperlu kot kita nk save no phone family mertua..save satu no sudah if emergency sahaja..ada apa2 depa boleh contact suami ja
Knp ya jika ada masalah dlm keluarga.mesti org pompuan.dah byk aku baca@dengar n jumpa jarang2 org lelaki terbabit.apa masalah sebenarnya org pompuan ni ya.