Assalamualaikum wahai readers sekalian. Apa khabar semua? Sebelum tu aku nak ucap kan terima kasih kepada admin kalau sudi siarkan confession aku ni.
Berbalik dengan tajuk yang aku tulis kat atas tu. BUKAN MUDAH UNTUK KURUS. Ye bukan semudah ABC atau 123 puppp kau boleh kurus dalam 12 hari dengan mengamalkan pil kurus Mak Jemah. Bukan mudah ye Puan2 dan Tuan2. Baiklah, isu kegemukan atau kegendutan ni menjadi satu topik yang sangat berat dalam sosial rakyat Malaysia ni. Boleh di katakan rakyat Malaysia ni juga mempunyai statistik masalah kegemukan yang agak tinggi. Ya aku adalah salah seorang mangsa kegemukan. Kenapa aku cakap mangsa? Sebab nya kat Malaysia ni kaya dengan sumber makanan. Cakap je kau nak makan ape?kau lapar pagi2 buta. Semua makanan ada dijual walaupon pukul 4 pagi. MAMAK bukak 24 jam woii. time aku belajar pon mamak memang kawasan melepak aku. Kalau aku malas nak keluar pon, maggi,milo,biskut,keropok,mcd delivery semua aku bantai.
Ha…ini la kebanyakan punca kegemukan aku berlaku. Berat aku masa belajar dulu dah sampai 85kg. Mungkin kurang nye senaman dan banyak nya makanan menjadikan aku seorang yang gemuk. Tapi walaupon aku gemuk aku masih menjaga personaliti aku. Aku jenis yang kurang berpeluh dan aku ni sangat sensetif kepada bau, so aku akan pasti kan aku sentiasa wangi. Bau badan menjadi satu masalah yang besar kepada orang yang gemok. SEBAB nya lemak yang berlebihan dibawah kulit menyebabkan peluh tidak dapat keluar dengan sempurna, dan bila gemok,surface area akan bertambah, jadi peluh yang keluar pon bertambah dan ada juga sebahagian daripada kulit tu berlipat. So dekat kawasan ni la kebnyakkan peluh tu tak tersejat dengan sempurna. Kalau malas mandi tu lain la jadinya, itu pemalas namati.
Ok, berbalik dengan kisah tadi, time aku dekat uni aku ada marka,hahaha..walaupon gemok2 ada juga marka kan. Nak buat macam mana, muka comel, hati baik, baik tingkah laku (hahaha masuk bakul angkat sendiri). So nak dijadikan cerita aku pon bercinta la dengan dia sampai 3 tahun dan putus di tengah highway. Time ni la wakeup call aku datang, time aku bersama dengan marka aku ni dia xpernah pon suruh aku kurus ke apa ke, dia menambahkan aku bertambah gemok ada lah..dengan ajak aku pergi lepak mamak pagi2 buta, aku pon on laa..sebab aku suka makan. So , bila aku dah putus dengan dia, time tu aku dah start kerja aku tetiba rasa nak ubah penampilan aku. Aku rasa macam aku ni buruk,busuk,gemok,tak ada orang nak semua benda la aku pikir. Jadi aku pon bukak la Facebook then aku cari la supplement untuk kurus.(hahahaha bodoh aku time ni). Then aku pon terjumpa la satu produk ni, aku pon membeli la wei harga RM250 ada tiga kotak untuk 3 bulan.(mahal namati weii tapi time tu ada gaji,pejam mata dan click2 sajee)
So aku pon consume la produk tu selama seminggu tapi takde perubahan pon yang aku nampak. Produk yang aku makan ni, dia banyak claim tau..
1) Turun 5 kilo satu minggu (jadahharam takde pon berat aku turun)
2) Mengurangkan nafsu makan(masih bertambah je aku makan)
3) Testimoni yang telah berjaya kurus telah ramai (sebab ini la aku terpadaya)
Then aku pon stop la kejap minum. Pada suatu petang yang indah, aku pon skroll2 la Fb. Then ada kawan aku share pasal produk yang KKM telah haramkan disebabkan ada barang terlarang dan berbahaya. YOU KNOW WHAT GUYS????SUPPLEMENT YANG AKU AMBIK TU TERGOLONG DALAM SENARAI TUU!! Aku pon apa lagi, ambik baki 2 kotak yang tak bukak lagi tu, dan ade separuh kotak lagi yang aku tak minum lagi tu, terus aku humban dalam tong sampah.
Sumpah takkan aku cari lagi supplement untuk kurus. AKU SAYANG INTERNAL ORGAN AKU.
Then aku pon start la buat research macam mane aku nak turun kan berat badan secara teratur. Start awal tahun 2016, aku mula kan plan penurunan berat badan aku.
1) DIET KALORI
Diet kalori adalah satu amalan pemakanan yang kau perlu kira dalam setiap hidangan kau. Mula2 kau kene kira berapa badan kau perlukan Kalori setiap hari. Aku gunakan calori calculator ( https://www.freedieting.com/
2) Meal Plan
So kau dah kira kalori, then kau kene prepare makanan yang nak kene makan. Ok contoh 1500cal tu kau perlu untuk satu hari, so kau kene bahagikan kepada 3 meals (yg ni aku implement kat aku je sebab aku tak suka nak ambik snack bagai) sarapan, makan tengahari dan makan malam. So ikot suka la kau nak bahagi mcam mane sarapan (500cal@200cal@700cal),
3) EXERCISE
YESS!!!ini paling kritikal sekali buat manusia yang gemok macam aku, sumpah malas gila nak bersenam. But wait guys, jangan mudah putus asa. Kau pakai fon mahal2 tapi tak pandai nak gunakan. Buat yang oversized, kau boleh start buat senaman duduk, berlambak guys video kat YouTube tu. Kau try buat senam duduk dulu. Then bila dah rasa badan tu ringan sikit, start kan berjalan. Tak payah nak lama sangat, sebab kau dah buat diet kalori, lain la kalau tak buat. Then bagi yang tak oversized sangat kau start dengan berjalan then slow jog pastu jogging pastu kau berlari (yahoooo!!) tak laa..aku gurau..untuk minggu pertama kau berjalan 30minit 4-5 kali seminggu. Minggu kedua 20minit berjalan 10minit slow jog 4-5 kali seminggu. So untuk minggu2 yang berikut nya,kau kene naikkan tahap kecerdasan kau..sebab nye,bila kau makin aktif,makin cepat la lemak terbakar.
So cukup la setakat 3 tips ni untuk aku kongsikan. Sebenarnye banyak lagi yang aku nak kongsikan sebab aku taknak korang membazir bayar duit kat PERSONAL TRAINER or join program apa2 yang kene kan bayaran tu semua. Sebabnya, aku buat diet aku sendiri dan aku sekarang ni dah berat 57kg. Tapi memandangkan tinggi aku 157cm, aku kene turunkan sampai 55kg. Aku mengambil masa selama 2 tahun (awal 2017-sekarang). Sebab aku taknak kesan kurus yang sekejap,aku nak slow and have improvement. Daripada takda langsung. Adios guyss
– Si Comel
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit