Bukan Mudah Untuk Senang

Aku ade ramai adik beradik. 12 orang semuanya. Bagi orang yg adik beradik ramai ni aku tahu tak mudah nak didik anak yang ramai utk betul-betul jadi orang. Maksudnya bukan yg kuantiti je banyak tapi berquality jugak. Semua org ade perasaan nak ade anak dan nak anak-anak dorg ‘menjadi’. Mcmtu jugak yg ayah aku selalu pesan. Ayah aku ni memang garang. Namakan ape je yg ktorg tak penah kena. Kaki, tangan, hanger, rotan, batang paip, just name it. Semua tu ktorg adik beradik dah rasa. Tapi disebabkan semua tu lah yg mengajar ktorg semua jadi ‘orang’.

Ayah aku ade business sendiri yang dia dirikan dan bertahan selama 30 tahun. Dia bukanlah dari keluarga yg senang tapi atas usaha dia sendiri, atas kerja keras dia bertahan lah bisnes dia selama 30 tahun. Tapi untuk kekalkan bisness dia sampai 30 tahun tu bukanlah mudah. Banyak dugaan dan cabaran yg dia lalui. Jatuh bangun dia sentiasa ade mak aku di sisi. Aku ingat lagi ayah aku penah cerita dorg penah tak de duit time tu anak dah 4 orang, dorg jual cincin nikah dorang semata nak beli susu and pampers utk ktorg adik beradik. Dan sampai sekarang kami adik beradik tak pernah rasa kurang. Setiap kali mintak duit nak beli buku ke yuran sekolah ke ayah aku tak pernah la ckp duit tak cukup ke ape dia akan usahakan utk ade jugak.

Disebabkan dia pernah hidup susah dan sekarang tak de lah aku nak cakap jutawan duit juta-juta tu tapi Alhamdulillah keperluan kami adik beradik tak pernah kurang. Kami semua sekolah, habis SPM semua sambung belajar, semua yg habis SPM ade lesen kereta. Memang dari abang sulong sampai lah yg ke 8 dah habis sekolah semua urutannya mcmtu. Ade yg IPTA dan ade yg IPTS. Yang aku impressed cara ayah aku ni dia tak benarkan anak-anak dia bekerja lps habis SPM tu. Habis je SPM dia akan suruh ktorg dduk dekat ofis dia tu. Dekat ofis dia tu ade lah staff lain. Ade dalam 5 orang staff. Kadang bukan ade keje pun nak kena buat tapi dia akan kerah jugak ktorg pegi ofis. Kalau ade keje pun dia takkan suruh ktorg buat keje keje ofis tu dia akan suruh buat keje-keje cleaner such as cuci toilet, basuh tangga (ofis ayah aku dekat tingkat 2), hantar surat, driver, beli barang dapur utk rumah dan sebangainya. Ktorg buat semua keje tu tak de ape ape gaji pun. Disaat kawan-kawan aku time tu ade yg part time keje kumpul duit dan ade jugak yg salu gather ramai-ramai dan sebagainya aku mmg tak dibenarkan la buat semua tu. Ayah aku akan suruh pegi ofis jugak. Mula-mula aku mengeluh jugak tp sampai skrg aku belajar bukan senang nak cari duit. Time beli brg dapur utk rumah tu dia akan bagi duit yang cukup-cukup je. Aku ingat lagi aku kena pegang calculator nk pilih satu satu brg tu supaya tak telebih belanja and tak berbelanja utk brg yg mahal-mahal. Paham jelah adik beradik ramai mcmane blanje nya. On that time, aku tau yang duit satu sen tu pun sangat bernilai dan aku belajar jimat cermat. Lampu kipas dekat rumah tu kalau tak tutup aku marah adik-adik aku sbb tau nak membayar bil tu sgt lah mahal.

Dan sekarang aku dah habis belajar dan bekerja dengan ayah aku. Sebelum habis belajar lagi ayah aku dah ckp yg aku akan keje dekat tempat dia. Aku penah rasa yg hidup aku dah di plan oleh ayah aku dan ade rasa mcm nak memberontak tapi tak memberontak pun. Bising dalam hati je huhuhu Tapi sekarang aku rasa bersyukur sangat sangat sebabnya kawan-kawan yg aku dah habis belajar sama dengan aku ade yg masih belum dpt keje lagi. Ade yg pergi interview banyak dah tp ditolak. Kawan-Kawan semua akan ckp ‘Untung la kau tak payah pikir nak keje mana dah, jawatan pun besar mesti gaji pun besar ni’. Dan setiap kali tu aku akan jawab dengan senyuman je.

Aku rasa nk je bgtau gaji aku dekat orang-arang ni. Tapi kang org pikir lain pulak. Walaupun jawatan aku agak tinggi lah jugak dalan company ayah aku tu, jujur aku cakap gaji aku tak banyak pun. Gaji aku RM 1000 basic. Kadang sabtu ahad pun aku keje. Staff lain tak keje pun tapi gaji aku macam tu jugak. Lebih kurang diorg je. Orang bawahan aku kadang gaji lagi besar. Mula-mula tu aku penah rasa nak keje dengan org lain and fikir yg aku boleh dpt gaji lagi banyak daripada aku keje dgn parents aku. Tapi aku silap. Aku mmg boleh dpt gaji lg besar tapi aku fikir balik, kalau bukan aku sape lagi nak ayah aku wariskan business dia ni. Walaupun jawatan aku besar tapi aku jugaklah cleaner, aku jugak lah kerani, aku jugak lah despatch and aku jugak yg buat keje-keje ofis. Aku penah ckp dgn ayah aku, hire lah cleaner and kerani sbb aku rasa kadang aku tak sempat nk buat semua tu. Tapi ayah aku ckp ayah aku nak aku belajar dari bawah. Supaya nanti bila dia dah tak de and on that time aku pula yg kena instruct orang, orang takkan tipu aku sebab aku penah buat semua keje tu. And bila dah bulan kedua keje aku dah boleh adapt dengan semuanya. Aku dah pandai bahagi masa, aku dah pandai uruskan semuanya satu persatu. Walaupun gaji aku sikit, aku tak pernah rasa kurang. Aku rasa cukup je. Walupun ayah aku bg gaji aku tetap bagi duit belanja dekat mak ayah aku jugak dan sometimes boleh blnje adik-adik lain dan ade simpanan lagi utk sebulan tu. Syukur Alhamdulillah.

Aku nak ingatkan dekat sini yang mak ayah kita sentiasa nak yg terbaik utk kita. Walaupun kadang-kadang kita rasa kita dah besar dan ade life masing-masing and mcm tak logik je permintaan dorang nak kita buat macam-macam tapi dekat situ lah akan dtg keberkatan. Serius dulu aku selalu rasa tak puas hati je tp sekarang aku dah realize yg banyak lagi benda yang aku kena belajar. Aku jugak nak ingatkan dekat korang semua, fresh grad ni tak payah nk pilih keje sangat, keje je syarikat kecik-kecik dulu. Dalam masa yg sama kau cuba cari kerja lain jugak. Bukan hanya tungguuuuu 5, 6 bulan tak keje semata mata kau rasa gaji yg org tu offer tak setimpal dgn qualification kau. Walaupun gaji kau kecik tapi kau akan banyak belajar, banyak hargai kehidupan sekeliling. Biar susah dulu sekarang, in the future Allah dah aturkan yg terbaik utk org yg sentiasa berusaha dan sabar. Bukan senang nak berada dia atas. Jaga hubungan kau dengan Allah, dengan mak ayah kau InsyaAllah kau akan temui keberkatan. Hidup kau akan rasa tenang je. Ingat balik tujuan hidup bukan utk bahagia dunia je, ade lagi alam yg kekal menanti. Aku tak delah nak ckp aku ni mmg dah kira anak solehah sangat. Banyak lagi aku kena buat utk senangkan parents aku. Definisi nk ‘senang’ ni lain orang lain definisinya. Tapi bagi aku, as long jaga hubungan kau dengan Allah, hubungan kau dengan manusia InsyaAllah senang yg kau cari tu akan datang dengan sendiri.

– JK

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit