Assalamualaikum. Aku berumur awal 30-an, graduan dari luar negara tapi disebabkan aku berkahwin awal, aku mula kerja lambat berbanding kawan kawan aku yang lain.
Tapi, aku puas hati sebab dapat tengok anak anak membesar didepan mata. Cumanya, mungkin perjalanan karier aku lambat berbanding rakan sebaya yang lain.
Bila anak dah besar, aku buat keputusan untuk mula bekerja dalam bidang yang aku belajar. Banyak sebabnya, antaranya sebab insecure, kos hidup yang tinggi dan beberapa sebab lain.
Suamiku? Tak pernah memaksa atau menyuruhku bekerja. Semuanya atas kehendakku sendiri, aku ingin lebih berdikari. Walaupun pada masa ini, rumah dan kereta sudah suamiku sediakan.
Apabila aku memutuskan untuk bekerja, aku call sana sini untuk bertanya tentang jawatan kosong.
Ditakdirkan, ada sebuah tempat sedang mencari trainee. Lokasinya dekat dengan rumah dan gajinya juga agak lumayan. Alhamdulillah rezeki, aku lulus interview tersebut.
Pada mulanya, majikan memberitahu, aku akan mula bekerja pada bulan 12. Tapi ditunda beberapa kali. Akhirnya, awal bulan 4 aku mula bekerja.
Awal mula bekerja, aku sudah dapat ‘red sign’. Ada seorang staff disitu sangat suka membesa rkan hal yang kecil dihadapan bos untuk menampakkan aku buruk.
Staff lama pula ada yang asyik leka dengan fon ditangan tapi langsung tidak ditegur oleh bos. Tapi staff baru seperti aku ni, buat silap sikit je terus disindir dan diherdik.
Tapi, memikirkan niat aku ini bekerja untuk apa, aku pekakkan telinga dan buat je kerja aku. Bila waktu kerja habis, aku terus balik supaya mental aku terjaga.
Oh ye, ditempat kerja aku ni, ada KPI sales yang ditetapkan. Dalam masa 2 bulan, aku mampu buat sales sekitar RM30 ribu..
Aku gembira dan bangga dengan pencapaian aku sebab aku baru 2 bulan diditu. Tapi, dimata staff, aku dianggap seperti pesaing mereka.
Oh ye, bos aku pula sama umur dengan aku. Aku hormat pengalaman yang dia ada cuma apa yang membuatkan aku semakin rasa kurang hormat pada dia adalah apabila dia suka memalukan aku didepan orang ramai.
Kadang kadang tu, dia mengata aku depan staff dia yang lama. Boleh bayang kan tak betapa tergurisnya hati aku. Sekurangnya, be a professional lah. HR kot.
Pada suatu hari, aku tengah cuti. Keesokan harinya, aku jatuh sakit. Pada hemat aku, kalau sakit macam ni lebih baik tak pergi kerja sebab nanti hanya akan mengganggu pelanggan dan kualiti kerja.
Tiba tiba, bos mesej aku minta hantar surat MC dengan kadar yang segera seolah olah dia tak percayakan aku. Sebenarnya, ini bukan kali pertama beliau berburuk sangka pada aku, tapi sudah banyak kali.
Nak diceritakan, terlalu banyak situasi. Tapi aku tahan, aku sabar. Beliau hanya berpihak kepada staff nya yang dah lama.
Sehinggalah suatu hari, dia memanggil aku untuk berjumpa dan menasihatkan ku supaya berhenti sedangkan aku baru 2 bulan disitu dan kontrak adalah 4 tahun.
Dia memberitahuku bahawa aku tidak sanggup untuk bekerja lebih masa sedangkan aku hanya mengikut waktu kerja yang diberikan. Aku datang on time dan balik on time. Tak pernah curi tulang. Waktu kerja, aku kerja betul betul.
Tapi pada waktu itu, Allah beri aku kekuatan. Setitik air mata pun tidak keluar. Aku hanya menangis bila sampai dirumah, didepan suamiku.
Mujur suamiku seorang yang sangat supportive.
Aku sedih sebab hilang income tapi pada masa yang sama aku lega sebab beban mentalku dah berakhir. Sekarang aku tengah move on untuk cipta income guna kaedah lain pula.
Untuk majikan diluar sana, ingatlah, jika anda menganiaya orang, yakinlah balasan dari Allah tetap ada. Jangan jadi bos yang toksik yang mempertahan kan staff yang toksik semata mata mereka adalah staff yang lama.
Satu lagi, kalau kita nak orang hormat kita, kita dulu perlu hormat orang lain. Bukannya disebabkan kita bos, kita boleh layan staff sesuka hati.
Apapun, betullah, kita pun perlu muhasabah diri. Cuma aku rasa sangatlah tidak adil untuk dia menggunakan kuasa yang dia ada untuk terminate aku. Dahla aku yang kena hantar surat berhenti kerja.
Gaji pula masuk lambat sampai terpaksa ingatkan berkali kali. Lagipun, aku tidak curi duit syarikat, tak buat kesalahan disiplin atau memburukkan nama syarikat.
Tapi, aku pernah dengar jugala, staff toksik ni lahir dari bos yang toksik. Betul ke tidak, wallahua’lam.
Untuk pembaca, ini nasihat aku. Always prepare for the worst especially kalau kerja di company swasta. Kalau ada second source of income lagi bagus. Sekurangnya, kalau satu tak jalan, satu lagi jalan.
Sekian, terima kasih…
– AAIRA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit