Assalamualaikum wbt. Aku berumur lewat 20an, bekerja dalam bidang yang dipelopori kaum lelaki, menguruskan projek di tapak binaan. Masa intebiu, bos tanya nak duduk ofis atau site. Aku memang mintak dok site, sebab jenis terlebih vitamin. Tak boleh dok diam. Masa intebiu juga, bos tanya dah kahwin ke belum.
Untuk yang kerja site, korang mesti tahu macam mana payahnya kerja site untuk wanita yang dah kahwin. Dan selalunya jarang bos-bos nak bagi position site kat perempuan especially yang dah kahwin. Tapi bos aku ni lain sikit. Bila tau aku belum kahwin, dia tanya bila plan nak kahwin dan dia suruh cepat-cepat kahwin. Rare kan?
Bila dah start kerja, boleh kata hampir setiap hari dia tanya bila nak kahwin. Dia punya gigih tu kadang-kadang pergi mana-mana meeting dia akan ‘promote’ aku kat mana-mana yang dia rasa calon potensi. Malu tak payah cakap lah. Mula-mula aku tak boleh hadam kenapa bos aku ni gigih sangat. Lama-lama baru lah aku faham niat dia yang sebenar…
Macam aku cakap mula-mula, bidang ni dipelopori lelaki. Macam tempat aku ni, dari client, arkitek, consultant, maincon, subcon, kongsikong sampailah yang kerja kantin, most of them lelaki. Nisbah dalam 100 lelaki kepada 1 perempuan (aku lah tu). Kalau masuk dengan isteri kongsikong dapatlah dalam 4 perempuan. Kalau progress meeting, ada projek yang jumpalah lagi 1-2 perempuan. Ada meeting yang aku sorang je bunga.
Benda macamni bukan 1 masalah pun sebenarnya untuk aku. Sebab niat kerja nak cari rezeki kan. So isu laki perempuan ni tak de hal pun sebenarnya. Yang jadi hal bila…
Aku jadi attraction bahan usikan dalam site. Aku paham je, yeklah dah satu jek bunga kat situ, siapa lagi dorang nak usik kan. Mula-mula aku chill jek, alah gurau jek pun. Lama-lama rasa rimas. Korang bayangkan, kadang aku tengah syok buat kerja, panggil aku ingat kot lah ada benda penting nak bincang. Rupanya semata nak ajak bergurau (menggatal). Kau rasa? Habis terbang segala idea nak buat paperwork.
Yang lagi tak syok, kadang bf orang, tunang orang, suami orang, bapak orang, ajak keluar berdua lah, ajak tengok wayang, ajak kahwin. Yek, aku faham nak bergurau, kalau serius pun aku anggap gurau jek. Tapi…entah.
Tiap kali dorang gurau jenis yang menggatal macam tu, aku terpikir apalah perasaan gf/ tunang/ isteri/ anak dorang kalau tahu lah dorang perangai camni. Kalau aku, sumpah sedih. Tapi yang paling buat aku sedih, murahnya dorang letakkan maruah aku sebagai seorang perempuan. Langsung takde rasa hormat.
Lelaki, jangan salah faham. Tak semua perempuan suka jadi perhatian, suka kena kacau. Untuk aku, personally aku rasa terhina. Paling aku rasa terhina, ada sekali yang bergurau buat-buat terpegang tangan. Nak pass barang, tapi tangan sengaja grab tangan aku. Kalau 1 tangan boleh assume ‘terpegang’. Kalau dah 2 tangan sekali? Ya, cubaan sexual harassment! Sikit lagi kaki aku nak naik. Aku dah ngamuk sakan, baru reti nak control hormon gatal tu. Duhh!
Aku tak faham. Nak cakap aku seksi, pakaian aku ikut piawaian syariah compliance. Tudung bawah dada, baju bawah punggung. Tak ketat. Sebab badan aku size m, tapi aku selalu pakai size xl. Senang nak panjat-panjat takyah pikir baju melekap kat badan. Cantik jauh sangat. Comot lagi ada. Tak mekap, selekeh jek. Paling smart pun kalau ada meeting aku pakai kemeja. Kalau tak tshirt lusuh jek.
Alhamdulillah setakat ni handsock stokin aku jaga. Nak cakap jenis melayan, selalu kalau kena kacau aku gelak 3 saat lepastu cepat-cepat blah. Bila aku cakap 3 saat tu memang gelak jenis yang keluar ha ha ha tanpa perasaan. Gelak tak ikhlas kawan aku cakap. Aku rasa aku dah cukup ‘menjaga’. Tapi…entahlah.
Luckily bos aku jenis lelaki yang hormat wanita. Bila dia tengok aku tak selesa, dia tukarkan aku pergi site yang kecik sikit yang ada aku dengan kongsikong dalam 5 orang je. Takde client/ collegue yang nauzubillah. Even aku still kena pergi site-site yang ada lelaki nauzubillah dalam 3 kali seminggu, seboleh mungkin aku limitkan masa kat site tu. Rimas nak lama-lama.
Bila jadi camni, slow-slow bos aku cakap, “sebab tu I suruh u kahwin cepat-cepat. Kalau u kahwin, tak kena kacau teruk macam ni”. Fahamlah aku kenapa bos aku gigih sangat suruh kahwin.
Tapi tulah, aku belum bersedia lagi. Family aku pun still bergantung lagi kat aku. Jumpa lelaki yang perangai camni, lagi lah buat aku takut. Even ada jek yang baik-baik kat site aku tu, tapi bila jumpa yang ala-ala ulat bulu ni… hmmm.
Aku sayang kerja aku, ni cita-cita aku. So, untuk aku lari bidang yang lain buat masa ni aku tak pernah terpikir lagi. Aku anggap ni cabaran untuk aku. Aku tahu ramai jek iron lady kat luar sana, yang kerja macam aku. Cuma mungkin nasib aku je dapat environment yang macam ni. Kadang , 1 2 orang jek yang macam ni, yang lain tengok macam syok, terikut sekali.
Untuk yang senasib, bertabahlah. Untuk lelaki, korang kena tahu, perempuan ni kalau kau layan penuh hormat, korang pun akan dihormati. Nak bergurau boleh, tapi tahu batasannya.
Buat yang dah kahwin, pikir-pikir perasaan anak bini kat rumah. Sedih kalau isteri korang dapat tahu korang ajak perempuan lain kahwin even gurau-gurau jek. Yang bergurau takde bini even anak dah berderet, bawak-bawak bertaubat. Boleh jatuh talak.
Satu yang korang kena tahu, tak semua perempuan suka ‘dihurung’. Dan perempuan bukan piala, siapa dapat dia menang. Eh?
– Ads (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit