Bukan Pintaku

Assalamulaikum wbt. Kepada admin tolong hide profile & terima kasih jika confession ini disiarkan. Firstly aku perkenalkan diri aku, Aku Myra berusia awal 30an dan ibu kepada 2 puteri & 2 anak syurga. Aku berasal dari Timur tabah air.
Aku sudah berkahwin dengan suami lebih Kurang 6tahun dan kami disahkan pembawa penyakit Thalasemia. Ya, confession aku Ini berkisar tentang penyakit Thalasemia.
Secara ringkas apa itu Thalasemia.

Talasemia adalah kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah yang mencukupi dan berkualiti. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan terhadap gen yang mengawal penghasilan hemoglobin. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Perubahan kepada hemoglobin boleh menyebabkan kekurangan darah yang teruk.

Badan manusia bergantung kepada tahap hemoglobin yang berfungsi dengan baik.

Penyakit Talasemia adalah penyakit keturunan yang di warisi dari ibu atau bapa kepada anak melalui gen. Kedua-dua kanak-kanak lelaki atau perempuan mempunyai peluang untuk mendapat penyakit tersebut. Ianya tidak dijangkiti melalui pemindahan darah, udara dan air atau melalui sentuhan fizikal dan juga hubungan seksual ataupun boleh disebabkan oleh kekurangan zat makanan atau masalah kesihatan.

Pada penghujung tahun 2013 aku disahkan hamil dan aku selamat melahirkan seorang puteri, Leeya pada 2014. Semasa dilahirkan Leeya sihat sihat saja sehinggalah pada Oct 2014 dia jatuh sakit dan dipendekkan cerita Leeya disahkan menghidap penyakit Thalasemia Major dimana dia memerlukan transfusi darah secara berkala. Hati ibu mana yang tak sedih dengan berita tersebut tetapi aku tetap kuatkan semangat dan mengikuti semua saranan doktor untuk rawatan Leeya. Dan bermulalah episod hidup Leeya berulang alik setiap bulan ke hospital untuk transfusi darah seawal usia 1 tahun. Sedih pilu setiap kali aku terpaksa mendengar jeritan dan tangisan anak kecilku dicucuk jarum tetapi apalah daya ibu sayang, kerana ibu utamakan kesihatan Leeya, ibu terpaksa. Sesi rawatan bermula awal pagi. Setiap kali sesi,Doktor akan mengambil darah Leeya dan akan set line untuk transfusi darah. Kadang-Kadang jika bernasib baik, hanya 1 suntikan, Jika kurang bernasib baik pernah Leeya disuntik lebih 3Kali kerana Tempat suntikan membengkak atau darah tidak dapat Keluar. Bayangkan seorang budak (bagiku masih Lagi bayi) terpaksa dicucuk sampai begitu skali. Kadang-kadang aku rasa kalau boleh aku taknak bawa Leeya ke hospital. Tetapi memandangkan Hb Leeya akan drop bila jarak transfusi terlalu lama, aku terpaksa mengalah.

Leeya berdarah O+. Setelah darah Tadi dihantar ke makmal, kami akan terima darah baru dari bank darah lebih kurang pukul 2 atau 3petang. Transfusi darah memakan masa lebih Kurang 3jam. Biasenya kami akan pulang pada jam 6 petang. Alhamdulillah, facility Di hospital untuk pesakit Thalasemia sangat memuaskan. Selain Itu, Nurse dan doktor juga baik dan sangat membantu.

Ye, bukan pintaku Leeya jadi begitu. Aku sering disoal oleh doktor dan dipertikaikan keputusan aku berkahwin dengan suami walaupon kami sudah tahu kami adalah pembawa Thalasemia.

Aku tak salahkan doktor, mungkin betul kami tak sepatutnya berkahwin tapi jodoh, ajal dan maut semuanya ditangan Allah swt.

Jan 2016 aku disahkan mengandung lagi. Ye, aku masih trauma sebenarnya
dengan apa yang terjadi kepada Leeya. Mungkin sudah suratan kandungan keduaku gugur setelah berusia 6minggu dan aku tak dapat pastikan kenapa.

Julai 2016 aku disahkan mengandung lagi. Aku dan suami sangat gembira walaupon Ada kalanya kami juga khuatir kalau-kalau bayi Ini pon bermasalah juga. Alhamdulillah sepanjang kehamilan aku sihat dan paras hb aku antara 11-12 tidak seperti semasa Kandungan pertama iaitu dibawah paras 10. Aku selamat melahirkan Aulia pada Mac 2017. Dan berita yang sangat menggembirakan Lagi Aulia Bebas Thalasemia.

Kemuncak ceritanya adalah pada Dec 2017 aku disahkan hamil lagi. Doktor yang merawat Leeya memberi saranan supaya aku berjumpa pakar O&G untuk melakukan DNA test kepada bayi Dalam kandunganku untuk menentukan sama ada bayi tersebut menghidap Thalasemia atau tidak dengan bersyarat.

Syaratnya, jika bayi tersebut disahkan penghidap thalasemia, Dia terpaksa digugurkan. Waktu tu, Kandungan aku baru Sahaja berusia lebih kurang 6minggu. Doktor Hematologist tersebut terus menghubungi pakar O&G iaitu Doktor Nik untuk menetapkan tarikh temujanji. Terkejut aku, Doktor Nik memberi tarikh sebulan dari hari kami memohon temujanji. Pada hari temujanji, kandungan ku sudah mencecah 11 Minggu, dan apabila di scan kandungan ku sudah mempunyai Tangan dan Kaki. Setelah diberi penerangan oleh doktor Nik tentang procedure dan syarat2nya, aku hanya memandangkan suamiku jika dia setuju dan aku akan turut setuju. Dan suamiku mengangguk tanda faham Dan bersetuju dengan syarat Doktor Nik.

Tarikh procedure ditetapkan 2minggu selepas itu. Hari procedure kandunganku sudah mencecah 13minggu. Perutku ditebuk dengan jarum sehinggalah ke uri bayi, kemudian cecair dari uri disedut. Maha Esa Allah, cecair tersebut berwarna pink clear. Dan terdapat bintik2 putih Dalam cecair tu. Procedure Ini mengambil masa lebih kurang 30min bergantung dengan kepakaran doktor Dan aku akui Doktor Nik memang seorang yang berpengalaman. Sakit? Bohong jika aku katakan aku tak sakit. Hehe.

Doktor Nik meminta aku sedikit masa untuk mengetahui keputusan ujian tersebut. 3 Minggu selepas itu barulah Doktor Nik menghubungiku supaya datang berjumpanya. Hari temujanji Doktor Nik mengesahkan bahawa bayi Dalam kandungan ku itu juga adalah penghidap Thalasemia Major. Hancur luluh hati ku saat itu. Apakan daya ku, Syarat mesti dipatuhi. Aku menyerah diri ke hospital ke esokkan harinya. Aku dengan kaki longlai mendaftarkan diri dan naik ke wad sakit puan. Nurse menunjukkan katil ku . Hatiku masih berbelah bahagi. Suamiku tak dapat menemaniku kerana Aulia sedang Tidur didalam kereta. Doktor Lina memangilku ke bilik ultra sound. Dengan hati yang masih lara, aku mengikutinya. Didalam bilik ultra sound Ada seorang Lagi doktor perempuan, doktor Ana. Setelah membaca profileku, Dia menyuruhku baring untuk scan kandunganku.

Doktor Ana;”awak tak buat ujian saringan ke Sebelum berkahwin? ”

Aku ; “buat doktor”

Doktor Ana; ” Jadi kenapa awk kahwin?hmmm tak Boleh buat apelah” katanya sinis.

Aku; speechless Dan hanya diamkan diri.

Doktor Ana; “Awak tau tak, baby awak ni dah ada kaki tangan jantung, sangup awak nak buang? ” sambil menggeleng-geleng kepalanya.

Hatiku sudah sebak Dan Mataku mula berair. Tapi aku tahankan saja. Selesai scan aku berjalan ke katil. Aku sudah tak dapat membendung kesedihanku.

Hatiku menjerit. Ibu mana yang tak sayangkan anaknya. 4bulan aku usung perut ke sana ke mari. 4 bulan aku menahan alahan. Dia ingt aku sengaja mahu membuang zuriatku sendiri?
Bukan Pintaku untuk membuang zuriatku, Aku terpaksa. Jika Kalian ditempat aku, apakah keputusan kalian? Bercerai dengan suami? Atau ikat system peranakan? Sanggup ke? Cuba berikan solusi terbaik untuk aku? Bukan hanya tau kondem tentang keputusan aku berkahwin dengan suami yang sudah 6 tahun berlalu. Adakah pilihan aku membuang Kandunganku Ini salah? Kalau salah buat apa wujudnya procedure ni?

*sedikit pesanan untuk pasangan yang ingin mendirikan Rumah tangga, buatlah screening dan buatlah keputusan sewajarnya sebelum berkahwin. Jadikan kisah aku sebagai panduan.

*kepada Doktor Ana, tolong jaga hati pesakit. Even kau letih sangat. Lebih lebih lagi patient yang sedang pregnant.

*walau apapon terima kasih Tak terhingga kepada doktor lain, doktor Azi dan doktor Wan yang masukkan Ubat dan cek jalan, setiap kali masukkan Ubat setiap kali tu mintak maaf Bila dengar aku mengaduh. Juga Untuk Doktor Mira, yang dah keluarkan Janin tersebut. Walaupon berseorangan, dengan aku yang mengaduh, aku tau Dia panic. Aku cuba tahankan tapi Tak tertahan jugak Sakitnya. Well done doktor Sebab dah keluarkan betul2 semuanya. Janinku telah Keluar dengan sendirinya selepas 5x aku dimasukkan Ubat. Nurse semua baik2 Alhmdulillah.

Sorry confession terlalu panjang. Jika Confession Ini disiarkan, Harap dapat komen yang murni. Segala pandangan amatlah dialukan. Thx

– Myra

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *