Assalamualaikum semua. Aku adalah freshgrad dari universiti tempatan. Aku merupakan peminjam ptptn semasa aku degree.
Keputusan aku, Alhamdulillah, amat baik dan aku berjaya menamatkan pengajian dengan ‘First Class Degree’.
Sebagai peminjam ptptn, aku telah memohan untuk mendapatkan pengecualian pembayaran ptptn.
Namun, baru-baru ini surat Ptptn sampai ke rumah aku dan permohonan aku ditolak. Walaupon aku sudah jangka akan keputusannya, tapi kecewanya itu masih ada.
Namun aku percaya, rezeki Allah itu luas dan selagi kita bersyukur, Dia akan tambah rezeki kita.
Dekat sini aku nak cerita kenapa aku tidak dapat pengecualian pembayaran itu dan kenapa aku masih memohon walaupon aku tahu aku mungkin tidak dapat.
Sebenarnya sejak awal aku masuk degree lagi, aku sudah target untuk mendapatkan pengecualian pembayaran itu. Semasa degree aku ada juga minta biasiswa dan pinjaman pemboleh ubah dari yang lain tetapi tidak berjaya.
Jadi aku stay dengan ptptn dan target untuk dapat kelas pertama. Alhamdulillah, setiap sem aku dapat dekan. Jadi, impian aku untuk mendapatkan pengecualian makin tinggi.
Ditakdirkan, covid datang kepada kita. Waktu itu, semua universiti jadi kelam kabut termasuk universiti aku. Waktu itu aku berada di semester 7 daripada 8 semester.
Waktu itu juga, aku tengah ambil subjek fyp (final year projek) namun aku tidak berjaya habiskan fyp aku di semester itu.
Aku minta defer subjek itu dan department memberi syarat, aku perlu habiskan fyp dan internship aku di dalam universiti. Bermakna aku perlu intern di universiti aku.
Pada semester 8 itu, ramai classmates aku yang tidak dapat tempat internship, jadi mereka defer semester itu. Tinggallah beberapa orang saja yang berjaya internship di semester itu.
Aku bersyukur kerana dapat intern di semester itu (walaupon bukan ditempat yang aku mahu) kerana aku perlu menghabiskan pengajian pada waktunya untuk memohon pengecualian itu.
Aku pon menghabiskan internship aku seperti biasa. Makin cerahlah peluang aku untuk mendapatkan pengecualian itu kerana tinggal internship saja, mana mungkin aku gagal dapat 4 flat semester itu. Itu pada pandangan aku.
Nak dijadikan cerita, setelah aku tamat internship, rakan2 aku yang lain pon sambung menghabiskan internship mereka. Mereka pon sibuk dengan prereg semua itu.
Tiba-tiba, kami yang sudah habis internship ni dapat berita yang kami tidak lagi daftar semester.
Maka, kami pon buatlah apa yang diminta asalkan dapat grad. Dan aku pon menunggu keputusan penuh pengajian aku sepanjang kawan2 yang lain internship.
Setelah dapat result akhir dan transcript penuh, alangkah kecewanya aku apabila aku lihat didalam transcript aku tertulis yang pengajian aku sebenarnya keseluruhannya 9 semester.
Rupanya, waktu pihak universiti minta kami untuk daftar itu adalah untuk semester baru, kami semua ingat itu untuk semester internship kami yang lepas. Kami tak sangka rupanya kami telah mendaftar semester lagi.
Bayangkan, kami semua daftar semester baru itu hanya untuk tunggu result saja. Kami pon sampai sekarang tidak paham apa yang jadi sebenarnya. Dan disebabkan perkara inilah, aku tidak berjaya mendapatkan pengecualian itu.
Tapi aku masih memohon dengan harapan pihak ptptn dapat mempertimbangkan situasi aku ini.
Sebelum aku memohon, aku ada call pihak ptptn dan ceritakan situasi aku. Dengan masalah kami yang belum convo dan juga masalah semester, jdi aku minta bantuan staff mereka untuk bantu.
Waktu itu nampak mcm ada sinar untuk aku dan rakan yang lain. Jadi aku teruskan niat untuk memohon untuk dapatkan pengecualian.
Selepas kami hantar permohonan, sorang kawan aku dapat call daripada ptptn dan mereka bertanya tentang situasi dia tetapi aku tidak.
Ptptn terus tolak permohonan aku. Aku ingatkan kalau ptptn call, ada lah peluang aku untuk jelaskan situasi aku.
Aku boleh sertakan bukti yang aku telah menghabiskan internship pada waktunya cuma pihak universiti saja yang tidak dapat keluarkan result aku pada semester itu.
Atau aku boleh minta bantuan daripada universiti untuk membantu. Tapi itu semua tidak terjadi. Tapi aku sedar walaupon itu berlaku, aku sebenarnya masih tidak layak untuk memohon kerana tidak menepati syarat.
Sejujurnya, aku masih dlm proses memujuk diri untuk terima semua ini. Bayangkan bertahun-tahun aku plan tetapi penghujungnya tidak seperti yang disangkakan.
Sepertinya memang dari awal lagi, ini bukan rezeki aku. Aku dengan rendah hati meminta doa dari kalian agar aku kuat dan dimurahkan rezeki dalam perkerjaan dan dipermudahkan untuk membayar hutang ptptn. Aamiin.
– Aminah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit