Bukan Rupawan

Siri 1, (https://iiumc.com/disebalik-seorang-yang-hensem/).

Siri 2, (https://iiumc.com/disebalik-seorang-yang-rupawan/).

Trilogi confession tentang rupa. Haha.

Aku nak bagi sudut pandang yang lain juga. Waktu aku kecil dulu, aku tak rupawan jauh sekali comel macam kanak-kanak lain.

Pada umur aku 10 tahun, muka aku dah mula ditumbuhi jerawat. Kulit aku cerah, jadi bayangkan la betapa jelasnya jerawat tu kelihatan dekat muka aku. Kat sekolah aku tu, selain budak darjah 6, aku satu-satunya budak perempuan yang dah tumbuh jerawat.

Bukan seketul dua tau yang mencemari pipi aku ini, tapi memang banyak penuh pipi walhal aku belum ‘matang’ pada usia 10 tahun tu. Tambah pula, pori aku pun dah semakin nampak.

Dan disebabkan rupa aku ni, aku hilang keyakinan dan jadi pemalu. Walhal aku minat je nak masuk pertandingan ke buat persembahan waktu sekolah dulu. Tapi aku malu orang pandang aku. Muka aku tak macam kawan-kawan aku yang mulus.

Jadi aku pendam bakat dan potensi aku. Sepatutnya di umur macam tu, banyak skill dan potensi kanak-kanak kita boleh gilap. Tapi, aku malu nak menonjol.

Sebelum jerawat ni singgah, aku memang pemalu pun, tapi aku masih boleh join pertandingan sukan, wakil rumah sukan dn sebagainya. Tapi bermula umur 10 tahun tu aku tak join dah, melainkan yang diwajibkan sahaja.

Dan tentang ejekan tak perlu cakap lah. Banyak kali sangat aku terluka. Budak wei, kalau kita cakap dia comot pun mesti dia tak suka. Inikan bila diketawakan, dihina.

‘Kalau jerawat tu pecah, mesti keluar ulatkan. Eeei’

‘Muka kau macam orang tua la’

‘Eii aku tak suka betul tengok orang ada jerawat ni’

Ok la, tu kata-kata dari budak juga. Jadi aku boleh bersabar lagi. Tapi bila orang dewasa aka guru sekolah aku pun boleh ‘bahan’ muka aku, tu memang aku terasa sangat.

Aku ingat lagi, waktu kelas pendidikan jasmani. Ada belajar pasal perubahan pada badan bila lelaki dan perempuan dah capai akil baligh. Antaranya ditumbuhi jerawat. Waktu aku nampak je point tu, aku dah gelabah, sebab aku tau orang akan pandang aku. Dan bila cikgu dah sampai point tu, cikgu tu cakap

‘Ok tanda lain orang dah akil baligh, ialah naik jerawat. Haa contoh macam kawan kamu kat belakang tu. Dah naik jerawat, mesti dah baligh’… Lepastu cikgu tu dan satu kelas ketawa.

Sebagai seorang budak yang masih sekolah rendah, aku betul-betul terluka. Walaupun peristiwa tu dah lama, aku pun dah pertengahan 20-an, tapi masih lekat lagi dalam kepala. Suasana, dialog, riak muka, semua aku ingat. Sebab semua peristiwa tu bagi kesan pada personaliti dan sikap aku.

Jadi apa kaitan dengan confessor Orked dan Abdullah? Takda kaitan pun. Haha.

Dulu golongan rupawan la yang selalu ejek atau pandang geli dekat aku. Jadi aku membesar jadi tak suka dengan orang macam tu. Tak la sampai anti atau benci, tapi aku boleh kata, kesan dari peristiwa waktu kecil tu mempengaruhi pandangan aku.

Makin dewasa ni, pasti la kita makin matang dan rasional. Jadi aku tahu, jangan nilai semua orang sama. Ada je aku jumpa orang cantik/hensem yang merendah diri, baik dan langsung tak kisah berkawan dengan aku.

Tapi mungkin sebab trauma jugak kut, jadi aku elak daripada rapat dengan orang ada rupa. Sampai aku yakin, orang tu memang ok, tak jijik dengan aku, baru aku buka ruang untuk rapat.

Sebagai penutup, aku bersyukur dengan rupa yang Allah kurniakan. Disebabkan rupa macam ni, aku terhindar dari maksiat hati.

Aku lebih fokus untuk bina peribadi dan akhlak yang lebih baik, berbanding kebanyakan remaja lain yang sibuk fikir nak jadi lebih cantik, nak pakai tudung fesyen terbaru, baju perlu up-to-date, aku dan kawan aku yang senasib sama-sama sokong sesama sendiri untuk baiki personaliti dan keperibadian.

Kami lebih suka bercakap tentang kisah hidup, nasihat, pengajaran dan pengalaman daripada bercakap tentang budak hot yang baru putus dan dah couple lain.

Semua ada hikmah yang baik, kalau kita pilih untuk lihat dengan kaca mata yang baik.

– Kaktus (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *