Bukan Salah Kita, Tapi Kita Yang Terima Akibat

Assalamualaikum semua. Penulisan aku ni adalah dari coretan hati aku sendiri yang agak kecewa dengan ‘how the world works’. Tapi nak ubah dunia ni bukan perkara mudah.

Aku dah pertengahan 30an. Senior Project Engineer perempuan dan dah dalam bidang technical selama 11 tahun untuk bidang O&G downstream. Aku juga seorang isteri dan ibu kepada my sweet boys.

Aku nak ceritakan cabaran aku sehari-hari berhadapan dengan lelaki seksis, pervert dan sebagainya dalam seharai-hari aku kerja.

Minggu lepas aku ternampak tiktok seorang lelaki engineer kapal yang ceritakan tentang dia tak galakkan perempuan naik atas kapal. Aku tak nafikan apa dia cakap itu ada betulnya. Memang betul dan realitinya begitu.

Tapi bila kita kupas satu satu, memang setiap apa yang dicakap tu, lebih kepada perempuan tak boleh buat kerja itu sebab ancaman dari lelaki sendiri. Dia salah, akibat dia kat kita. Kita yang trauma.

Kisah perempuan naik kapal atau offshore yang hilang underwear, yang kena tenung tajam, kena perhati kalau panjat kapal dan sebagainya.

Hanya perempuan hati kering sahaja lah dapat hadapi kehidupan macam ni setiap hari dalam erti kata lain.

Itu realiti kalau perempuan bekerja dalam industri yang didominasi oleh lelaki. Macam kalau cikgu lelaki kena kerumun dekat sekolah perempuan. Gitu lah kot.

Dalam sepanjang perjalanan career aku ni, macam-macam dah aku hadapi. Dari zaman bujang sampai dah kahwin dan beranak.

Kalau kau perempuan dan nak masuk bidang-bidang yang didominasi lelaki, ini adalah antara benda-benda yang aku pernah hadapi dan mungkin juga akan korang hadapi di masa hadapan.

Jujurnya, aku agak bersyukur sebab boss aku sendiri dan rakan2 sekerja semua memang sangat supportive dan aku jarang ada masalah dengan mereka.

Diorang kerja dengan aku hampir setiap hari jadi dah masak dengan perangai masing-masing. Jadi selalunya masalah yang aku hadapi dengan internal clients atau contractor atau consultant.

Dipandang rendah ni biasa kalau perempuan. Orang akan sentiasa pandang rendah capability kau. Bila aku pergi site jumpa dengan contractor yang aku jarang handle diorang mesti akan ingat aku ni PA boss aku atau kerani site atau manpower executive.

Bukan aku nak menghina kerja-kerja tu, tapi memang orang dah cop yang perempuan akan kerja benda-benda macam tu kalau masuk site.

Sepanjang kau kerja kau kena lagi outstanding dari orang lain. Kalau kau perempuan, dan kau buat silap, selalu nya diorang tak kan korek dalam2 kenapa kau buat silap tu.

It will always come down to, kau perempuan sebab tu kau incompetant. Walaupun kau baru, kau first time handle project macam tu atau sebagainya. Dia tetap akan salahkan jantina kau.

Kena stereotype. Ini paling aku benci. Kalau kau marah sebab kerja, asyik2 salahkan period. Asyik2 salahkan hormon. Asyik2 salahkan aku gaduh dengan laki aku.

Padahal kau tie in salah, marking salah, tak ikut project plan, kerja tak ikut prosedur. 24/7 nak aku cakap elok2 susah juga.

Kalau Engineer lelaki marah elok pulak korang dengar cakap dan calm them down. Takde pulak kau perlekehkan semalam gaduh dengan bini ke apa.

Lelaki pervert. Selama aku kerja memang ramai pervert. Cuma ada pervert yang berani bertindak, ada yang pervert dari jauh je. Selalu akan start dengan cuba borak2 lucah. Lepas tu mula la try nak cuit bahu la, ajak keluar lepas kerja la.

Selama aku kerja aku pernah buat satu report dekat HR dan mamat pervert tu digalakkan untuk berhenti sebab kes dia agak besar. Bila aku report rupanya bukan aku sorang je, ramai lagi. Lepas aku report, HR siasat dan kantoi la pekung beliau yang busuk tu.

Kisah dia, aku kerja malam sebab ada major tie in. Jadi sambil2 tunggu kerja aku duduk dalam office buat paper work. Tiba-tiba dia datang belakang aku urut bahu aku. Aku terus ketis dan marah dia.

Aku warning dia jangan macam-macam dengan aku. Walaupun aku nampak berani masa tu, aku lari masuk site. Sambil masuk site tu bertakung safety glass aku sebab menangis dan terkejut.

Aku memang jenis blend in kalau borak dengan lelaki dan nampak kasar. Tapi guys, tolong la jangan sesuka hati letak tangan korang dekat perempuan yang bukan mahram.

Tak kisah la perempuan tu perangai macam mana pun. Dan lagi satu. Lawak lucah. Korang nak melawak, melawak la dengan kawan lelaki korang. Kalau kau rasa tak boleh nak tahan diri dari lawak lucah, kau tak payah la cakap dengan kitorang.

Open mindedness is not an invitation to talk dirty.

Kalau jap lagi aku cerita pasal konflik Israel-Palestine ke, pasal greenhouse gas effect tak pun pasal origin band favourite aku macam mana Corey dari Slipknot masuk Stonesour disband Stonesour pastu masuk balik mula korang kata topik berat sangat la apa la.

Walaupun surrounding aku 90% lelaki, kawan rapat aku yang aku paling selesa berborak dan bercerita tetap lah perempuan.

Pervert ni cuma 0.99% je dari 99.01% lelaki yang aku pernah kerja. Yang bertindak la maksud aku. Alhamdulillah. But the trauma is real.

Sampai sekarang kalau ada lelaki lalu belakang aku, aku akan rasa seriau amat. Dan aku tak faham la kenapa ada orang fikir, “Alaaa dia bergurau je..” ” Alaaaa bukannya luak pun” ” Alaaaa dia ketis tangan kau je pun”..

Walaupun ada beberapa pervert tapi sorang je aku report sebab dia dah tahap sentuh. Dan jujurnya tak semua orang dapat pengadilan lepas report.

Last sekali, dia yang risau pasal laki kau. “Laki kau tak kisah ke?” “Laki kau ok ke?” “Laki kau tak cari lain ke?” Aku dah 9 tahun dah kahwin.

Dari 2013. 2015 dapat anak no 1. 2017 no 2.

Sampai 38 weeks aku masih kerja sebab kerja aku takde fizikal sangat cuma kena banyak berjalan je. Bukan aku yg pulas wrench, jack pipe, pasang scaffolding.

Laki aku faham aku. Aku tak kan kahwin dengan dia kalau dia tak faham aku dan kerja aku. Ye ada kemungkinan yang laki aku akan cari lain. Dia pun manusia ada keinginan.

Tapi, ada je perempuan yang serahkan jiwa raga dia, jadi suri rumah, jaga laki punya lawa punya lemah lembut last last laki cari lain juga.

Aku dah sampai satu tahap Zen yang aku berpegang kepada prinsip takde apa dalam dunia ni milik kita semua pinjaman Allah swt.

Aku tak kan sacrifice diri aku untuk manusia dan buat aku jadi orang yang lain. Dan sejak day 1 relationship itu yang aku bagitau dia.

Alhamdulillah buat masa ni dia terima aku. Kerja aku pun jarang la outstation kecuali kalau training. 20% je aku kena kerja waktu2 pelik kalau project tengah jalan. Lain2 office hours macam korang juga. Sebab ada site supervisor.

Dan bab anak2, aku tak faham bila aku cakap laki aku jaga anak. Benda tu rare ke? Bukan nak buat anak tu teamwork ke. Kalau bab jaga kenapa macam mukjizat kalau laki aku yang jaga. Itu pun anak dia juga kan.

Dan aku admit, perempuan macam aku ni tak sesuai untuk lelaki yang ada ‘fragile masculinity’. Because I don’t need man, I want man.

Which is man like my husband. For that I am thankful for my husband. Aku selalu rasa senang dan boleh jadi diri sendir dengan dia.

Kalau orang cakap perempuan tak boleh join certain workforce sebab nak jaga diri sama la macam tak payah la korang drive, naik la public transport sebab bawa kereta tu nanti accident.

As a mother of boys, sejak diorang 4 tahun aku dah ajar. Jangan stare at people especially women. It is rude. Jangan pandai2 nak pegang2 kawan perempuan. Itu batas. Kalau memandai2 mummy hantar masuk penjara.

Nak benci lelaki pun tak boleh as the back bone of my life is my husband and kids. Mungkin diorang tunjuk aku perangai2 lelaki anats ni semua supaya aku dapat didik anak aku supaya tak jadi macam mereka2.

Hari-hari kalau aku jumpa lelaki perangai hauk kat tempat kerja, doa aku masa solat supaya anak-anak aku tak jadi macam tu. Serius tak tipu.

Nasihat akhir aku, selaku perempuan kena jaga diri extra sikit dan kena excel extra sikit kalau masuk bidang ni. Realiti yang pahit. Sekian bebelan.

– Ladykulingineer (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *