Hai semua. Ini kali ketiga aku hantar confession dekat IIUM Confession. Dua-dua confession sebelum ini alhamdulillah diterima baik oleh kebanyakan kaum perempuan,
(Kecuali ‘pick-me-girl) dan segelintir kaum lelaki (terpaksa letak segelintir kalau tak nanti mereka bising cakap saya generalised kan mereka). Jadi, boleh agaklah saya confess tentang apa ya.
Untuk confession sebelum ini,
https://iiumc.com/salah-mangsa/
https://iiumc.com/perempuan-selalu-betul/
Okey, untuk confession kali ni, kita chill-chill je sebab hari raya. Saya pakai bahasa tak formal jelah ye? (Selalunya saya eja ye tu ya) Malaslah nak serius-serius.
Korang pun bacalah dengan tenang ye. (Selalu saya eja kauorang). Hari ni happy sikit sebab pakwe datang beraya dekat rumah melalui video call.
Berbalik kepada tajuk:
Bukan sebab aku perempuan.
Saya menulis confession kali ni bukan untuk menyalahkan sesiapa, atau memenangkan sesiapa, tetapi hanya untuk sedarkan diri kita. Tapi kena selitkan lah jugak beberapa poin untuk buat confession ni jadi hot dan best gitu. (Dan untuk buat golongan holier-than-thou sakit hati)
1. Aku memasak bukan sebab aku perempuan.
Ya. Saya memasak sebab saya lapar, dan saya nak makan. Saya memasak sebab saya nak cuba tiru resepi gempak Khairul Amin tu. Saya memasak sebab saya suka memasak. Saya memasak sebab saya nak cuba.
Saya memasak sebab saya nak pakwe saya yang hensem lagikan kacak tu ada benda lain nak makan selain makan dekat kedai yang penuh dengan MSG tu. Saya memasak sebab dekat rumah takda lauk. Jadi saya masak.
Saya masak bukan sebab saya perempuan. Semua orang, harus tahu memasak. Lelaki dan perempuan. Askar dekat hutan pun tahu memasak. Tak perlu sedap pun. Asal boleh ditelan. Kalau sedap, tu extra.
Tak sedap? Boleh belajar. Cuba lagi. Dan cuba lagi. (Confessor ‘pesanan kepada feminist’ tu mesti tak setuju dengan apa yang aku cakap ni. Dia kan nak semua benda perfect. Saya akan panggil dia anti-feminist lepas ni.)
2. Aku basuh pinggan bukan sebab aku perempuan.
Ya. Aku basuh pinggan sebab aku yang makan. Aku tak nak sinki aku kotor. Aku tak nak mata aku semak dengan pemandangan hodoh.
Aku tak nak pinggan aku takda bila aku kebulur nak makan. Aku tak nak lalat, lipas, cicak, babi, semut, dan macam-macam lagi hurung pinggan tu. Aku nak pinggan aku cantik bersih dan tersusun selalu.
Pakwe aku yang hensem dan sikit lagi nak kaya tu pun reti basuh pinggan sendiri tadi masa datang beraya melalui video call. (Dia tak berlakon okey. Haha) Syukur dapat dia.
Kau yang jenis pemalas nak basuh pinggan ni mesti pengotor kan? Nak harapkan anak perempuan kau dengan bini kau yang pembersih tu yang buat semua kan? Nak tunggu semua berkulat baru nak pegang sabun kan?
Anti-feminist mesti rasa maruah diri jatuh bila terpaksa pulas pili air dan cuci pinggan kan? Ke tangan tu terus melepuh kalau terkena sabun? Atau tulang boleh patah kalau angkat sekeping pinggan?
Eiyu, lemah.
3. Aku kemas rumah bukan sebab aku perempuan.
Aku kemas rumah aku sebab aku ni pembersih. Aku lipat baju, sapu rumah, cuci semua, susun semua sebab ni mata aku tak boleh tengok kekotoran.
Aku benci tengok hatta setitik kicap pun. Menyakitkan mata. Ini rumah aku, ini tanggungjawab aku. Dan kalau pun aku menyewa dengan sepuluh orang yang lain, aku akan tetap jaga kebersihan rumah ni.
Aku bersihkan rumah bukan sebab aku perempuan, tapi sebab aku manusia yang sukakan kebersihan macam aku sukakan pakwe aku yang hensem gila tu.
Mak Cik Senah anak lelakinya pemalas pernah cakap: “Biasalah tu lelaki. Tak kemas sikit takpalah. Nanti dah kahwin adalah tu yang tolong kemaskan…”
Mak Cik Limah anak perempuannya pemalas pernah cakap: “Kau ni! Tak padan dengan perempuan! Sapu rumah pun sekali sehari! Siapalah nak ambil jadi bini (pembantu rumah) nanti?!”
Amboi Mak Cik Senah. Kau ingat perempuan ni bibik anak kau? Anak kau tu dahlah tak hensem, duit rumah minta bini tanggung, pampers anak pakai duit bini, ada hati nak jadikan bini bibik? Sedap mulut kau, mak cik.
Kau pula Mak Cik Limah… sampai hati nak jadikan anak perempuan kau yang kerja Doktor syif 36 jam tu hamba suami?
Mujur bakal mak mertua aku tak macam tu (Hopefully aaaa takut)
Come on guys… kebersihan tu bukan terletak pada gender ye. Berhenti cakap yang lelaki pengotor itu okey dan perempuan pengotor itu tak okey.
Dua-dua TAK OKEY. Jadi manusia, tolonglah jaga kebersihan! Kalau tak, baik kau jadi kera.
4. Aku tolong mak bukan sebab aku perempuan.
Ya. Aku tolong mak aku masak, kemas rumah, cuci baju, sapu berak kucing, lap tingkap, dan bla-bla-bla bukan sebab aku anak perempuan dia.
Aku buat semua itu sebab aku ada COMMON SENSE. (Relaks je readers, aku tak marah pun, saja nak pakai uppercase semua)
Mak aku dah TUA. Ayah pun dah TUA. Sampai bila kau nak biar dia buat semua benda? Kau tu dah besar, tahu? Dia tu nak rehat. Sakit lutut. Sakit kaki. Sakit semua.
Jadi, TOLONG MAK DAN AYAH itu adalah common sense dan bukannya dibuat sebab aku, atau bini kau, atau adik perempuan kau itu perempuan.
Pakwe aku tolong cuci berak bapak dia yang bedridden tu sebab dia seorang yang bertanggungjawab. Dia tak harapkan kakak dia untuk buat semua. Layak sangatlah jadi pakwe aku.
Kami buat sebab kami ada common sense iaitu KESIAN DEKAT ORANG TUA. Aku yakin sangat, ramai (kena sebut ramai, sebab tak semua rela) orang perempuan tolong mak ayah sebab mereka kesiankan mak ayah mereka.
Yang kaum satu lagi tu, mungkin sibuk sangat bekerja sampai tak nampak mak ayah yang dah tua. (Perempuan pun kerja tapi macam mana mereka masih boleh tolong mak ayah, dan suami bila balik kerja? Hmmm…)
Jawapannya, common sense. (Dan rajin kot)
Sebab kesian dekat mak ayah. Kesian dekat suami. Dan satu lagi, sebab perempuan ni emosi. Cepat sangat kesiankan orang yang dia sayang. Tapi kalau pakwe aku tu nanti buat hal, memang aku angkat kaki. Takde nak kesian-kesian.
5. Aku tegakkan hak perempuan bukan sebab aku perempuan.
Daripada kes adik Ain, victim blaming mangsa r*g*l, hingga ke komen lucah lelaki melayu dekat page ET, kau boleh nampak betapa tak adilnya dunia pada perempuan.
Boleh baca confession aku yang bertajuk : Betulkah perempuan selalu betul? (Aku tak ingatlah tajuk betul dia. Kau pandai-pandailah cari.)
Daripada beratus tahun dulu, hak perempuan telah dinafikan. Hak mengundi, hak pendidikan, hak berpolitik, sukan, dan macam-macam lagi, semuanya dipandang kosong bila melibatkan kaum wanita.
“Perempuan tak tahu apa-apa pasal negara, kenapa nak bagi mereka mengundi?”
“Nanti duduk dapur juga, kenapa nak belajar tinggi?” (Pastu bila bini nak beranak, demand nak doktor perempuan.
Apa kau ingat, doktor-doktor perempuan ni belajar hanya untuk serve bini kau sorang saja? Kau ingat, doktor-doktor perempuan ni takda suami? Mujurlah suami diorang tak berfikiran kuno macam kau.)
“Rosaklah Malaysia kalau Puan *** jadi perdana menteri. Perempuan mana tahu nak mentadbir. Lelaki yang patut jadi ketua negara, bukannya perempuan emo yang entah apa-apa!” (-kata ketua keluarga, Encik Anti-Feminist)
“Apa guna Miss A menang pingat emas taekwondo? Nanti malam pertama kalah dengan suami juga.”
(Salah satu joke lucah b*d*h yang femes dekat page sukan bila ada berita pasal kejayaan atlit perempuan. Ego lelaki2 macam ni tersiat sikit bila perempuan lebih berjaya daripada mereka.)
“Memang patutlah kena cabul. Siapa suruh tak tutup aurat.” -kata Abu sambil melayan video p*rn*.
Selalu kan, kita nampak komen begini? (Tipulah bebenorlah kalau kau tak pernah baca.) Nampak tak, betapa serong dan rendahnya kaum kita ini dipandang?
Kita ni mereka anggap macam objek saja, bukannya manusia. Apa-apa yang kita katakan, seperti tiada nilai.
Dapat pingat emas taekwondo peringkat Bima Sakti pun, kaum kita masih dijadikan bahan komen lucah. Cakaplah apa pun, pasti dihentam semula. (Kita tengok ruangan komen nanti ya)
Kena hentam balik macam Encik Anti-Feminist tulis tulah.
Hm, kesian bini Encik. Saya yakin Encik Anti-Feminist tu akan berbini jugak. Tapi yang pastinya bini dia tu bukanlah lahir zaman kita-kita. Mesti bini dia lahir tahun 60 an dulu. Encik Anti-Feminist kan suka wanita zaman dulu?
Okey nak bagi pesanan bawah subtopik 5 jap.
Untuk elakkan diri daripada terperangkap dengan lelaki macam Encik Anti-Feminist, ajak dulu pakwe korang duduk dan bincang.
Tanya dia, apa tanggungjawab sebenar dia. Tanya dia apa pendapat dia tentang victim blaming. Tanya dia, apa stand dia tentang hak wanita. Kalau dah nampak ciri-ciri Encik Anti-Feminist tu, cabutlah awal-awal.
Nasiblah pakwe aku lulus Ujian Kematangan Dunia (suka hatilah aku nak namakan test tu apa) Pakwe korang dan aku mungkin boleh berpura-pura tapi dia kena ingat bila kepura-puraan dia tu blown, kita boleh dengan hatinya angkat kaki.
Jadi ya, aku bincang pasal ketidak-adilan dunia pada perempuan bukan sebab aku perempuan. Tapi sebab aku manusia, dan semua manusia adalah sama.
Akhir sekali. Berbalik kepada tajuk…
Aku tulis confession ni bukan sebab aku perempuan.
Aku masak, kemas rumah, tolong mak ayah, buat itu ini bukan sebab aku perempuan, tapi sebab aku ni manusia normal yang sukakan keharmonian.
– Pemerhati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit