Bukan Semua Lelaki Ketagih Video Tak Senonoh

Saya menulis ini sebagai jawapan kepada penulisan Ira mengenai Normalisasi Video tak senonoh Yang Menghancurkan Perkahwinan, (https://iiumc.com/normalisasi-yang-menghancurkan-perkahwinan/).

Sis Ira.. mari saya ceritakan perbezaan antara Lelaki Jahat dengan Lelaki Baik. Saya sudah lalui apa yang Ira lalui sekarang.

Bab suami bawa handphone ke dalam tandas. Berlama-lama dalam tandas. Berdasarkan pengalaman dalam rumahtangga saya dahulu sis..

1) Suami you ada skandal lain.

2) Suami you tengok video tak senonoh sambil maen sabun.

Bab handphone ini atas kematangan seseorang lelaki itu dalam menjaga hubungan dengan isterinya.

Dahulu semasa masih berkahwin, saya sentiasa cuak dengan perangai suami yang suka simpan handphone dia di dalam gulungan kain pelikat dia dan dibawa ke tandas serta dia duduk dalam tandas berjam-jam.

Tengah-tengah malam suami keluar duduk dalam gelap di halaman rumah bercakap berbisik-bisik berjam-jam.

Pernah suami kantoi apabila saya terlihat dia leka menonton video tak senonoh yang di-share dalam group whatsapp bekas rakan sekolah menengah dia.

Mereka bertanding share video melakukan hubungan dengan bini masing-masing dan “up” dalam group bekas rakan sekolah itu.

Apabila saya tegur.. Bekas suami melenting. Bekas suami kata saya kolot dan tak sporting. Tidak seperti bini-bini bekas rakan sekolahnya. Bekas suami saya sama seperti suami you Imran bercakap ayat yang sama “Semua Lelaki Suka Video tak senonoh”.

Saya bukan kolot. Saya dahulu bersekolah agama dan belajar Pengajian Islam hingga peringkat Ijazah. Saya tahu perbuatan suami salah.

Dari ketagihan suami menonton video-video tak senonoh hubungan rakan-rakan sekolah dia itulah, masalah dalam rumahtangga semakin besar.

Suami kantoi beberapa kali bermesej dengan Bini Orang Lain. Apabila saya tegur dengan baik, suami melenting lagi.

Dia tumbuk pintu bilik sampai pintu bilik pecah (mak saya datang ke rumah saya hairan tengok pintu bilik tidur saya pecah berlubang), suami baling cawan kaca ke arah TV sampai TV pecah.

Apabila saya tegur dan berkata kepada suami bahawa saya izinkan dia berkahwin lain tapi bagaimana dia nak berpoligami jika semua skandalnya BiniOrangLain?

Suami baling kerusi ke arah saya hingga sikit lagi kerusi nak kena kepala anak kedua saya yang sedang merangkak ke arah saya. Saya tak tahu jika ada Malaikat bersama anak saya yang masih bayi itu kerana kerusi itu tiba-tiba tercampak kembali ke arah suami.

Saya ingat lagi betapa kuatnya saya menjerit apabila melihat kerusi kayu itu sikit lagi nak kena kepala anak lelaki kedua saya.

Saya ingat lagi saya berlari peluk anak sambil pertama kali dalam perkahwinan saya sebut AKU ENGKAU dengan suami. Pertama kali saya tinggikan suara depan suami. Pertama kali saya menjerit marah pada suami,

“KENA KEPALA ANAK TADI, SIAP KAU!!!!!”

Sejak hari itu saya biarkan suami berskandal dengan betina mana pun. Saya biarkan dia semakin hebat hinggakan dia boleh duduk di sebelah saya menonton video tak senonoh aksi kawan-kawannya melakukan hubungan dengan bini di sebelah saya.

Saya Jijik. Saya betul-betul jijik.

Saya mula sujud lama memohon Allah SWT berikan saya jalan keluar. Dalam keluarga saya tiada yang bercerai.

Suami kantoi berskandal sampai ke hotel bajet dengan BiniOrangLain, dia suka maen dengan BiniOrangLain.

Suami kena tangkap basah dengan Bini Orang Lain. Depan ustaz-ustaz pejabat Agama dan di hadapan saya yang dipanggil ke balai polis untuk ikat jamin suami.

Ketika di balai polis ketika ditanya oleh ustaz-ustaz PejabAt Agama itu, suami berkata “Nikmatnya Lain Macam Dapat Maen Dengan Bini Orang Lain Dalam Keadaan Suami Perempuan Itu Tidak Tahu.”

Menggigil tubuh saya sis…

Apa dosa saya dipinang dua kali oleh ibunya ketika saya masih belajar untuk berhadapan dengan anaknya yang tidak solat, tidak pandai mengaji, suka bini orang tanpa hirau dosa?

Kemudian suami mintak maaf berulang-ulang. Tetapi dia masih ketagih menonton segala video tak senonoh rakan-rakan bekas kawan sekolah vokesionalnya.

Saya yakin ketika itu sebahagian isteri kawan-kawan suami tidak tahu bahawa hubungan mereka dirakam suami sendiri sebelum di-share dan dinikmati oleh suami saya.

Ini menyebabkan saya trauma sesungguhnya.

Saya akan memeriksa seluruh bilik dan pastikan handphone suami diletakkan di luar bilik setiap kali melakukan hubungan.

Hingga satu tahap perasaan jijik saya kepada suami sudah tidak dapat dibendung lagi. Jawapan kepada doa saya adalah Allah SWT hadirkan perasaan

Jijik kepada suami.

Rumahtangga kami panas kerana video-video tak senonoh yang suami ketagih itu dan kerana suami tidakberi nafkah kepada saya dan anak-anak kerana sibuk belanja Bini Orang Lain.

Saya beri dia peluang 11 tahun sebelum bekasuami lafaz talak di luar mahkamah dan dia tinggalkan saya bersama anak-anak yang masih kecil. Anak bongsu saya usia 8 bulan ketika bekas suami lafaz talak. Anak bongsu saya tidak kenal siapa bapanya.

Rumah dan segala isinya dibeli guna duit saya. Bekas suami tidak bagi nafkah zahir kepada saya sepanjang perkahwinan dahulu.

Dia berhutang nafkah saya dan nafkah anak-anak sampai sekarang. Saya jadi Keras Hati dan tidak percaya kepada semua lelaki.

TETAPI SIS saya hendak cerita perbezaan saya lalui dengan seorang lelaki yang rapat dengan saya sekarang.

Lelaki baharu ini Bukan Suami Orang. Saya memang tidak berkawan dengan Suami Orang kecuali atas urusan kerja.

Lelaki baru ini saya namakan Khairil (bukan nama sebenar). Khairil duda tanpa anak. Bekas isterinya sudah berkahwin lain. Khairil tidak pernah berkata buruk tentang bekas isterinya.

Khairil sendiri beri password kedua-dua handphone dia kepada saya tanpa saya minta. Khairil bayar segala-galanya apabila kami berjumpa. Saya sentiasa dimanjakan dengan pelbagai hadiah yang saya tidak pernah terima dalam perkahwinan dahulu.

Khairil melayan anak-anak saya bagaikan anak sendiri. Bahkan lebih baik layanan Khairil kepada anak-anak saya berbanding bapa kandung mereka.

Apabila kami keluar ke Mall dan Khairil mahu ke tandas, dia sentiasa suruh saya pegang kedua-dua handphone dia dan wallet dia tanpa saya minta.

Apabila Khairil jawab call, dia maklumkan saya dahulu dia terpaksa jawab call walaupun saya tak kisah pun sesiapa call dia atau dia nak call sesiapa. Tiada masalah pun pada saya kerana saya faham Khairil uruskan syarikat korporat ternama.

Dia sendiri bawa saya ke pejabatnya dan kenalkan saya dengan rakan-rakan sepejabat dia. Khairil kata saya boleh datang bila-bila masa ke pejabatnya tapi saya segan.

Khairil juga akan tunjukkan dan ceritakan siapa yang call dia walaupun saya tak-tanya. Dia tak bangun pergi jauh-jauh untuk jawab call. Dia jawab call depan saya.

Kadangkala Khairil tengah drive, Khairil minta saya jawabkan call bagi pihak dia dan suruh saya cakap pada kawan-kawan dia yang dia sedang memandu.

Khairil sentiasa beri perhatian dan jawab terus semua soalan saya tanpa bertangguh. Sibuk macamanapun Khairil pasti hubungi saya setiap hari.

Khairil tak nak saya lalui keadaan yang sama saya lalui dengan bekas suami.

Tanpa saya sedar sis.. Saya kembali menjadi diri saya dahulu atas kesabaran Khairil memahami trauma yang saya alami.

Sifat Keras Hati saya kerana hidup yang kejam ini semakin hilang. Saya kembali bercakap lemah-lembut seperti saya dahulu. Saya kembali belajar untuk percaya kepada orang lain. Saya kembali menghargai diri saya.

So kesimpulannya sis Ira..

1) Bukan semua lelaki jenis bawa handphone ke tandas.

2) Bukan semua lelaki jenis berskandal sana sini.

3) Bukan semua lelaki mementingkan diri.

4) Bukan semua lelaki ketagih video tak senonoh seperti yang suami you Imran dan bekassuami saya sebut itu.

5) Bukan semua lelaki jahat.

Cuma you belum jumpa sis.

Ira..

Saya doakan segala urusan you dipermudahkan dan Allah SWT kurniakan jalan penyelesaian yang terbaik buat rumahtangga you.

Saya doakan you bahagia suatu hari nanti jika tidak dengan Imran, dengan lelaki baik seperti Khairil. InsyaAllah.. aamiin.. aamiin.. Ya Rabbal Alamin.

– Alya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *