Selamat sejahtera. Hari ini saya nak kongsi something dan mungkin kalian boleh tolong saya, tegur saya dimanakah salah saya sebagai majikan…
Tadi ada saya terbaca satu siaran post di media sosial yang mengatakan:
“Lelaki Cina kritik pekerja Melayu suka cuti, tak nak OT, kerja tak bersungguh, tak reti menyimpan.”
Saya bukan nak bincang pasal ini, tapi saya nak kongsikan perkara yang similar terjadi kepada saya (sebagai majikan).
Baru-baru ini saya ada mengambil satu pekerja berbangsa Melayu Islam. Saya highlight bangsa ini bukan sebab saya nak kutuk ke apa, tapi curse yang dia bagi saya sampai sekarang buat saya sakit hati…
Interview saya yang buat. Semasa interview, perbincangan kami tentang gaji (saya approve berdasarkan gaji yang diminta oleh pekerja), waktu kerja, pengalaman kerja, cuti tahunan, confirmation selepas saya tengok sikap dan hasil kerja.
First, pekerja ni kerja bersungguh-sungguh, tapi ada sikit gossip pasal majikan dekat pekerja-pekerja. Then on flow, dia kritik pasal majikan.
Dia tanya yang bukan-bukan pasal commission yang kita bagi kepada staf lain. Then dia tanya berapa sales kedai, dekat mana kami ambil barang dan sebagainya.
Pernah sekali, saya ada ambil job, kebetulan barang saya ada yang missing, tak cukup barang untuk siapkan job tu. Staf ni kata dia boleh buat job tersebut tapi disebabkan tak ada barang, dia boleh bagi pinjam barang tersebut. Dia bawa dari rumah untuk job tu.
Semasa tengah kerja, barang yang dia guna tu dah rosak. Lepas tu dia tanya dekat saya, barang dia yang rosak tu macam mana?
Saya bagi solution, boleh repair balik, nanti saya bayarkan. Dunno what he expected me to buy new one for him. Itu yang saya cakap dekat dia, barang ni awak gunakan, barang awak sendiri dan bukan saya yang guna. Awak yang guna untuk kerja.
Saya tak tahu apa keadaan barang itu sebelum awak guna. Saya tengok awak guna barang tu sahaja, tapi since barang tu awak guna untuk kerja, apa yang saya boleh buat adalah tolong bayarkan atau tanggung kos repair. Dia marah.
Benda ini berlaku dalam masa 6–7 hari dia datang kerja.
Lepas tu, dia ada sikap yang bercakap pusing, tak terus terang. Dia nak bercakap kalau ada apa-apa tak puas hati, boleh je cakap terus dekat saya. Tapi tak… pusing cerita, cuba buat saya nampak jahat. Kenapa? Sebab saya tak ganti barang dia?
Dan dia tak puas, dia kata nak berhenti kerja, dia hantar mesej dekat saya, nak cari kerja lain bulan depan. Dia yang mulakan dulu. Hari ke-9 kot masa ni dia kerja.
Hari ke-10, keesokannya dia harap saya bercakap macam biasa dengan dia. Padahal saya dah mental stress hari sebelumnya, saya ambil masa untuk tenangkan diri dan bercakap dengan dia macam biasa.
Dia datang kerja, tak bagi tahu pukul berapa masuk, pukul berapa nak pergi lunch, dan sebagainya. Tapi saya tetap bercakap macam biasa, seolah-olah saya tiada masalah dengan dia.
Hari ke-11, dia cuti. Dan saya nak tahu di mana salahnya, jadi saya bincang dengan staf lain saya (open talk). Sebelum ni saya tak dalam keadaan fikiran yang tenang, saya fikir semua staf saya cakap buruk pasal saya. Tapi lepas open talk, saya dah tenang fikiran.
Saya dapat tahu, masalah bermula dari staf baru ni, bukan staf lama saya. Dia tanya soalan bukan-bukan kepada mereka, sampai boleh tanya berapa company sales.
Saya macam, dia ni staf baru kot, baru datang kerja beberapa hari, kenapa perlu tanya semua ni? Soalan yang dia tak perlu tanya, soalan yang tak ada kaitan dengan syarikat.
Kemudian saya beri situasi ni kepada staf saya. Saya tanya, “Okay, awak tak ada kenderaan nak pergi suatu tempat, awak pinjam kenderaan saya. Lepas tu awak eksiden. Patut ke saya minta awak belikan saya kenderaan baru? Pada pendapat awak, apa awak akan lakukan?”
Dan saya dapat jawapan yang saya jangka daripada mereka. Saya buat open talk, sincere talk, buka fikiran, bersihkan fikiran.
Hari ke-12, saya buat keputusan untuk tak teruskan kerja dengan staf baru ni. Beberapa hari kerja pun dah banyak masalah. Kalau diteruskan, saya akan hadapi lebih banyak masalah.
Saya katakan dekat dia, “Awak baru masuk kerja, tapi saya dengan awak tak dapat ngam. Kalau ini berterusan, hari-hari kita akan bermasam muka. Tak apa, hari ni awak boleh berhenti.” Saya terima permintaan dia yang dia kata mulai bulan depan nak cari kerja luar, tak nak kerja dengan saya.
Dia tak puas hati. Dia ada kata saya sesuatu. Lepas tu dia curse saya, dia kata saya tutup periuk nasi dia. Oleh sebab ayah dia meninggal, dia anggap diri dia anak yatim. Dia curse saya dan anak saya. Dia cakap doa anak yatim Allah akan makbulkan. Dia cakap benda-benda yang bukan-bukan.
Saya rasa, kalaulah dia tak bermulut masin, okay kerja, terus terang dengan saya, mungkin masalah macam ni tak berpanjangan.
Nak tanya, kalau pekerja Melayu Islam, kalau dia anak yatim, kalau dia yang salah tapi dia curse orang lain… Dia bagi saya tekanan mental… Allah akan terima ke curse dia tu?
Saya cakap dekat dia, “I don’t care you want to curse, curse je lah…” Tapi saya tahu saya tak buat salah. Jadi biarlah Tuhan yang tentukan.
P/s: Di antara semua ini, banyak lagi terjadi tapi saya simplify.
– Majikan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
As long as u know u’re doing right, tak payah layan org mcm ni. Jalan terus. Full stop.
Dah berhentikan dia kan? biar je dia melalak sorang2. Tin kosong mmg bising. Mula la main sentimen agama, anak yati la.. bla2.
Cuma prepare la black and white untuk backup diri bila hadap org mcm ni. Kalau Muslim jgn tinggal pendinding diri. Takut dia buat yg bukan2 pulak sebab tak puas hati. Org sekarang unpredictable dan gila.
Allah Maha Adil. Jika dia yang buat salah, no such thing nanti you kena balasan. No such thing. And what he/she did, very disrespectful of Allah, macam dia boleh buat anything and Allah will help him/her, no such thing. Anak yatim perlu dibelai, dikasih ni yang masih kecil belum baligh, dah dewasa you tanggung sendiri sikap buruk you.