Bukan Senang Jadi Repeater

None of dari kami adik beradik yang pernah belajar dekat IIUM ni. Tapi since page ni ada pembaca yang agak ramai, tertarik jugalah untuk menulis sesuatu sebagai perkongsian.

Adik lelaki aku baru dapat result final exam dia. Selalu dia memang rajin refer aku tanya itu ini since aku pun ex-student dekat universiti tu. Aku pun share lah yang mana aku tau based on my experience.

Berbalik pada result adik aku. Macam yang dia dah jangka sebelum ni. Akan ada satu subjek yang dia rasa susah nak lepas. And wallahhh. Bila result dah keluar, jangkaan dia betul. Satu subjek failed.

As a kakak yang memahami, aku takdelah nak marah-marah dia or push kenapalah kau bangang sangat tak boleh nak lepas subjek tu? Kenapaaa? Oh tidak. Aku tak macam tu.

Sebab aku pernah ada di situasi adik aku. Gagal beberapa subjek. Rasa down jugaklah. Sebab berapa kerat je yang support aku usap-usap belakang suruh aku jangan give up dan usaha lagi.

Kemampuan kita semua berbeza. Memanglah tak mustahil. Tapi hasil usaha kita tak sama. Ada orang mungkin cuma perlu usaha sekali dah berjaya. Ada pula orang lain kena usaha berkali-kali baru boleh berjaya. Dan mungkin ada lagi orang yang perlu berusaha ke arah lain sebab rezeki dia dalam hal tu tak ada. Yang penting, jangan berhenti berusaha. Faham tak apa aku cuba sampaikan?

As a repeater, jangan rasa down sangat. Ada hikmahnya kenapa kita tak berjaya macam kawan yang lain. Kutip pengalaman. Jangan tak tau, cabaran sebagai repeater ni bukannya mudah.

Jadi, cuba anggap diri kita ada sedikit kelebihan dekat situ. Repeat paper bukan senang ye. Kena usaha lebih dari segi masa, tenaga, mental, fizikal. Nampak tak cabaran dia? Agak tough kan?

Aku pun dulu macam tu. Dahlah perempuan. Kena cari jadual sendiri, tebalkan muka masuk kelas baru sorang-sorang pula. Tapi aku anggap itu cabaran dan bangga dengan diri sendiri sebab mampu buat semua tu.

Lagi satu, yang aku perasan. Repeater selalu duduk belakang bila masuk kelas baru. Sebab aku dulu macam tu. No i mean repeater yang pernah masuk kelas aku dulu. Mesti duduk belakang. Aku agak, mungkin dia segan? Atau mungkin dia rasa dia dah pernah belajar subjek tu so, setakat imbas-imbas balik jelah untuk refresh semula. Entah aku tak tau. Sebab penerimaan orang kan berbeza. Ada yang kena dari jarak dekat baru boleh faham. Ada yang kena jarak jauh baru boleh jelas.

Tapi masa aku jadi repeater, aku buat dek. Masuk je kelas, tengok tempat duduk bahagian depan kosong yelah budak selalu suka duduk belakang walaupun dia bukan repeater. Aku terus duduk. Sebab aku nak fokus lebih.

Rezeki aku dulu masa repeat, lecturer yang ajar subjek tu sangat care pasal aku. Eh hello. Lecturer perempuan ye. Sebab aku tunjuk dekat lecturer tu yang aku sungguh-sungguh nak study subjek ni dan pass dengan berjaya.

Dan alhamdulillah. Bukan takat pass aje, aku dah faham subjek tu. Barulah nak ohhh. Senang je pun rupanya. Hahahaaaa. Sampai sekarang, kalau jumpa lecturer tu dekat mana-mana aku mesti sapa. Best jugaklah sebab gara-gara aku repeat dulu dan rapat dengan lecturer tu, dia ingat nama aku. Bukan senang lecturer nak ingat nama pelajar dia yang beriban tu.

See, sebab ada pengalaman aku boleh cerita benda ni semua. Sampaikan ada sorang kawan dulu dia pun repeat tapi untuk subjek lainlah. Meluah dekat aku dan kata tak boleh tak mampu nak struggle untuk paper yang dia repeat.

Tapi aku slow talk dengan dia. Suruh ingat balik muka mak bapak dia yang dah hantar belajar jauh-jauh. Kesian. Selagi masih boleh baiki, jangan berhenti. Lagipun, anggap je Allah tengah nak menguji. InsyaAllah nanti sampai masa kau akan ingat balik semua kesusahan yang kau pernah rasa masa belajar.

Masa tu barulah kau akan cakap eh tak sangka aku boleh lepas juga ujian tu semua walaupun mula-mula mulut asyik terkumat kamit kata tak boleh.

Untuk adik aku, jangan risau. Perjalanan masih jauh. Masih muda lagi, kutiplah pengalaman banyak-banyak. Senang nak deal dengan ujian kehidupan yang mendatang.

– Seorang Kakak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit