Bukan Suami Idaman

Hi, aku seorang wanita bekerjaya berumur 31 tahun (sewaktu menikah).

Sebelum bernikah, aku bercinta dengan seorang lelaki yang sangat menyayangi aku, lelaki itu adalah ex kepada kawan baik aku sendiri. Kami berkawan selama 4 tahun, aku namakan dia Z.

Selama 4 tahun aku selalu meragui hati aku, aku ragui kasih sayangnya kerana aku dapat rasakan perasaan dia pada aku tak sama dengan perasaan dia kepada ex dia tu, iaitu bff kawan (dulu je, sekarang lost contact lepas bff aku tu kahwin).

Pada masa sama aku ada seorang kawan biasa, aku namakan dia F. Aku dapati dia menaruh hati pada aku, dan selalu menunjukkan usaha nya untuk mendapatkan aku.

Aku tidak menyayangi nya, hinggalah 1 hari aku mengambil keputusan drastik untuk berkahwin dengannya.

Dia sangat berbesar hati, dan meneruskan berkahwin dengan aku, dalam masa yang sama aku belum putuskan hubungan dengan Z, aku hanya mendiamkan diri.

Aku dan F pun berkahwin, dan Z pun sudah mengetahuinya melalui adik aku. Dia tidak menyalahkan aku, bahkan marah sekali pun tak, dia tinggalkan pesanan supaya aku berbahagia.

Dalam usia perkahwinan menginjak 3 bulan, aku dapati aku memang tak boleh accept suami aku, perangainya yang jauh sekali tidak matang bagi aku.

Pemikiran yang sempit, tidak sehaluan dengan aku, tambahan pula aku merasakan stress kerana F bergaji lebih rendah dari aku,

Aku menjadi ragu-ragu adakah dia mampu menanggung komitmen kami nanti, aku memilih untuk tidak mengandung dalam masa terdekat.

Semakin hari, aku semakin tidak sehaluan dengan nya. Kami berdua masih PJJ, berjumpa hanya 2 minggu sekali.

Didalam mesej sekali pun aku tidak pernah berbaik dengannya, dan tidak pernah ke rumah keluarga mertuaku selama usia pernikahan kami, katanya mak nya belum berkata apa2..

Persoalannya, kena tunggu mak dia suruh baru nak bawa aku ke? sedangkan dah berkahwin.

F seorang yang rajin bekerja, sampai aku rasa gaji dia tak worth it kerja yang dia buat. Tapi dia terlalu takut dan risau untuk mencari kerja baharu tak mahu keluar dari zon selesa.

Dia cuma pentingkan kasih sayang aku sebaliknya aku tidak mempunyai hati dengan dia.

Aku diselebungi rasa bersalah terhadap Z, kerana dia tidak bersalah sama sekali tapi aku meninggalkan nya begitu.

Perasan aku sekarang aku hendak kembali bersama Z, sebab aku memang tak syangkan suami walau mcm mana dia berusaha sekalipun.

Dan aku teringat kan doa yang selalu aku langitkan kepada Allah, aku nak Tuhan kurniakan seorang menantu yang baik untuk mak dan abah, sekarang aku sedar, yang terbaik untuk mak abah belum tentu terbaik buat aku. Sekian.

– Cha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. aku x tau la nk marah ke nk gelak…ko ingt khwn nie mcm blh pilih2 baju ke…ko rsa ko x nk ko buang…ko da khwn,da bt pilihan pn…bersyukur la ade suami,benda blh bw bincang…asal la suka sgt bsrkn perkara yg org ckp benda blh bw bincang….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *