Assalamualaikum.. Nama aku Winnie. Umur dalam lingkungan hampir hujung 30an. Aku terpanggil untuk balas artikel ni sebab aku ada terbaca kisah ni,
https://iiumc.com/aku-lelaki-takut-untuk-berkahwin/
Tengah aku layan perasaan petang-petang yang shahdu lagi musim panas ni aku terus nak cerita akan hal aku.
Tapi sebelum tu aku nak cakap yang aku ni tak pandai nak bersastera jadinya mungkin penerangan aku agak berterabur. Aku akan cuba terangkan dengan keadaaan yang mungkin kalian boleh faham.
Ni kisah aku.. aku ada 4 orang adik-beradik yang sulung sahaja lelaki yang lain semua wanita. Semua dah berkahwin dan ada sekarang yang bercerai.
Dalam keluarga kecil kami tiada lagi cerai berai yang berlaku sehinggalah tahun 2017 adik aku pertama kalinya bercerai masa mengandung kerana ex suaminya ada perempuan lain.
Masa ni aku juga dapat tau yang ada sepupu belah ayah dan mak aku ramai yang bercerai berai.. kiranya generasi aku la yang ada cerai berai ni.. dari generasi mak ayah aku dan ke atas tiada lagi cerai berai berlaku. Adakah tuan fikir kami generasi permulaan untuk kejadian cerai berai ni.
Selepas beberapa tahun pulak, abang aku yang sulung pulak bercerai sedangkan abang aku tersangatlah baik. Tapi tulah dalam baik² abang aku pon ada jugak silapnya sebab kurang komunikasi dengan ex wife dia.
Bayangkan masa tu dalam family kecil aku ada dua orang yang sudah bercerai. Tapi aku tak pernah terfikir kejadian ni berpunca dari keturunan kami.
Hah lupa nak bagitahu. Aku dah kahwin selama 10 tahun dan masih belum dikurniakan zuriat. Dalam keturunan aku pon masih belum yang tiada anak. Hanya aku sahaja yang masih belum dikurniakan anak.
Adakah aku juga permulaan kejadian ni?? Sama sekali aku tak pernah terfikir apa yang jadi adalah kerana salah orang tu salah orang ni, salah keturunan dan sebagainya.. aku pasti akan anggap semua ni ketentuan Allah.
Banyak lagi yang jadi dalam keluarga aku termasuk suami aku pernah kena sihir sampai tak boleh berjalan tapi Alhamdulillah aku masih lagi fikir semuanya ketentuan Allah.
Allah bagi setiap ujian adalah untuk tingkatkan keimanan kita. Untuk tuan yang takut untuk berkahwin cuba tuan muhasabah diri.
Bagi saya berkahwin walaupon tiada anak adalah sangat bahgia.. jangan disebabkan kejadian cerai berai dalam keluarga tuan, tuan matikan terus fitrah kita sebagai manusia.. inshaAllah tuan juga berhak bahagia.
Akhir kata dari saya, saya dalam proses ttc dan dalam proses rawatan untuk dapatkan anak bersama suami walaupon kami berdua ada masalah untuk mendapatkan anak tapi kami cuba usaha untuk dapatkan anak..
Doakan kami ye semua pembaca. Lagi seminggu dari tarikh saya hantar artikel ni saya akan cek upt untuk tau sama ada mengandung atau tak.. saya minta doa kalian..
Terima kasih kerana sudi membaca..
– Winnie The Pooh (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Salam, puan. Alhamdulillah puan seorang yang positif. Teruskan berusaha dan jangan putus asa dengan rahmat Allah. Amalkan doa nabi zakaria ketika bermohon untuk mendapatkan zuriat. Saya doakan puan akan mendapat zuriat yang soleh dan solehah. Allahummaamin…