Assalamualaikum. Aku rasa pernah baca kisah pasal rebound girl/ wife or even husband kat sini tapi lupa plak kisah penuh dan tajuknya.
Aku just nak bercerita pasal kisah aku sendiri, menjadi rebound girl/ sekarang wife kepada suami aku.
Kami kenal ketika belajar sama-sama di sebuah universiti. Kami memang berkawan rapat hingga tahap aku tahu dengan siapa dia berkawan, dan aku juga tahu pada ketika itu hati dia masih mengharapkan cinta pertama dia.
Lama setelah kami berkawan hingga aku pun mula sukakan dia, dan dia juga menunjukkan minat dengan aku.
Dan dia pun sudah jarang bercakap mengenai ex-awek dia padaku. Walaupun dia seperti tarik tali dengan aku pada awalnya.
Hinggalah pada suatu hari ketika kami bercuti semester akhir, dia tiba-tiba menyepi dan meminta masa untuk sendiri. Puas aku pujuk dan tanya kenapa, tiada jawapan.
Aku masa tu heart-broken lah jugak. Kami dahla jauh, cuma boleh berhubung melalui SMS sahaja ketika itu. SMS aku pun jarang-jarang dia balas.
Tapi tak lama sebelum dia kembali mencari aku. Tiba-tiba dia meluahkan perasaan dia yang menjadi teka-teka selama ini.
Katanya dia sayangkan aku dan ingin serius denganku. Aku pun terima lah sebab hati aku memang sayangkan dia.
Macam-macam badai dugaan kami lalui sepanjang berkawan, naik surut adat 2 manusia yang suka antara satu sama lain.
Akhirnya entah macam mana, aku boleh mengetahui reason sebenar kenapa dia menyepi seketika dulu.
Rupanya ketika di kampung, dia mencari kepastian, dia pergi mencari ex tu dan memastikan yang ex-awek dia sudah betul-betul move-on dan memang takkan berpatah balik padanya lagi.
Dia mengambil masa beberapa minggu sahaja utk merawat hati dan mencari aku kembali.
Masa aku tahu perkara ni, sedih jangan cakap la. Ada masa aku macam nak give-up.
Aku jadi sangsi, aku prejudis kalau hati dia sebenarnya masih pada ex tapi disebabkan ex dia pun dah nak bertunang, maka dia cuba move-on dan memilih aku. Kiranya aku ni macam option kedua sajalah.
Patahnya hati seorang kekasih bila tahu dirinya cuma pilihan kedua. Tapi katanya semua itu dah berakhir dan dia betul2 serius dengan ku.
Aku terima dia dengan broken heart, dalam masa yang sama aku cuba tidak meletak pengharapan yang tinggi.
Suami aku bukanlah playboy, mungkin sebab itu cinta pertama sangat memberi kesan dalam hidup dia. Aku pula, cuma insan kedua (from my point of view).
Aku pernah juga cuba lari dari dia. Tapi jodoh kami panjang. Alhamdulillah, akhirnya bersatu menjadi suami isteri.
Awal perkahwinan macam biasalah, aku kerap juga makan hati. Proses baru nak mengenal pasangan kan. Kadang-kadang aku mengungkit juga tentang aku sebagai ‘option kedua’ dia.
Kataku, kalau ex dia tak bertunang mesti dia akan kembali pada ex dia, tak kahwin pun dengan aku. Kata-kata tak matang yang keluar dari rajuk seorang isteri.
Tapi suami aku terus saja memujuk aku. Perkara lain aku kalau merajuk, kadang-kadang dia boleh buat tak tahu juga.
Tapi kalau aku mula merajuk dan mention pasal menjadi rebound wife dia, memang nampak bersungguh benar dia memujuk. Mungkin dia juga sudah betul-betul move-on dari kisah lama dia.
Tapi ini cerita awal perkahwinan dulu, ketika aku masih tidak matang dan berharap hati suami aku milik aku sepenuhnya.
Sekarang usia perkahwinan pun menjangkau usia sedekad. Suami aku masih seperti dulu. Baik dan sentiasa menunjukkan kasih-sayangnya pada aku.
Sekarang aku sudah boleh bergurau dengan dia tentang hal ini. Kadang-kadang tergurau kasar, aku saja je sebut hal ini untuk dia buat annoying.
Tapi response dia sekarang pun boleh tahan juga mengiyakan, tidak lagi bersungguh menafikan seperti dulu. Mungkin untuk menyakat aku kembali. Tapi insyallah aku tidak berkecil hati pun.
Kami sudah boleh bergelak dan bercerita kembali ketidakmatangan usia muda. Sebenar-benar rasa dalam hati dia, wallahualam. Aku tidak tahu.
Yang aku tahu, dia sudah menjalani tanggungjawab sebagai seorang suami yang sangat baik, yang menyayangi aku isterinya dan ayah yang baik untuk anak-anak kami.
Janganlah kita fikirkan perkara-perkara yang tidak berlaku atau belum berlaku. Buat semak perasaan saja.
Dan sebolehnya aku tidak mahu mengorek rahsia hati manusia. Kerana kadang-kadang realiti itu tidak semanis yang kita harapkan.
Aku cukup bersyukur dengan kehidupan sekarang, dan aku masih cuba menjadi isteri yang baik dan taat pada suamiku.
Tiada salahnya menjadi yang kedua, atau ketiga. Yang penting bahagia dan menjadi yang terakhir baginya. InsyaaAllah.
– A.A.K (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit