Gaji saya 5 angka. Saya bukan traveler tegar, hanya setahun sekali cuti travel yang lama itu pun banyak dalam negeri. Kerana saya letak prioriti simpanan di tempat lain. Itu menyebabkan orang merasakan saya banyak cash & menjadikan saya bank emergency oleh orang lain terutama mereka yang suka travel.
Itu yang saya tertarik dengan confession tentang “Kenapa cemburu orang yang suka travel?”. Cuma saya nak ulas dalam perspektif berbeza. Saya tiada masalah dengan orang suka travel jika mereka memang mampu, tak terdetik rasa cemburu kerana saya gembira dengan pilihan gaya hidup saya sendiri. Saya berMASALAH dengan orang yang suka travel, tapi sebenarnya tak mampu & berhutang sana sini. Itu yang menjadikan hobi travel ini addiction yang membinasakan. Hutang bukanlah perkara kecil dalam Islam ye. Saya sertakan beberapa contoh yang dihadapi. (Saya guna istilah ahli keluarga secara umum untuk menjaga aib saudara mara yang berkaitan)
1. Saya pernah tinggal di luar negara. Satu ketika seorang ahli keluarga yang bujang datang berjalan2, tapi saya tidak tahu. Dua hari sebelum dia pulang, tiba2 dia menghubungi saya untuk meminjam duit kerana tidak cukup bajet untuk sewa kenderaan ke airport. Ketika berjumpa untuk berikan duit, dia minta untuk bawakan dia & kawannya ke mall untuk beli 2 bagasi kerana barang2 dibeli tak cukup beg. Di mall, dia minta tolong bayarkan harga bagasi2 untuk mereka pula & berjanji untuk pulangkan wang yang dipinjam. Dia juga minta pinjam sedikit duit poket sebagai emergency. Total semua yang dipinjam RM2k+. Tapi sehingga hari ini dia tidak pernah pulangkan wang yang dipinjam walaupun saya pernah bagi hint beberapa kali. Beberapa bulan selepas itu ketika dia berjalan ke eropah pula, dia menghubungi saya lagi untuk meminjam duit kerana tidak cukup belanja. Tapi saya tolak secara baik kerana hendak guna duit ketika itu dan takut dia takkan bayar seperti sebelum ini. Jadi dia tak minta dah selepas itu. Ya, dia memang traveller tegar sehingga kini. Saya tak pasti adakah habit nya meminjam duit itu berterusan.
2. Satu hari, kawan satu universiti saya tiba2 call dan bertanya khabar setelah lama tidak berhubung. Rupa2 nya dia mahu pinjam duit RM1k untuk duit belanja travel. Dia telah beli tiket & book accommodation, tetapi tiada duit untuk belanja. Saya menolak dengan baik dan transfer RM50 sebagai ihsan. Dia seorang traveller tegar, punya gaji dalam RM5k+ sebulan. Tetapi sering short duit kerana komitmen nya bayar kereta, rumah, personal loans & kerap travel. Dia ada hubungi saya untuk pinjam lagi ketika nak travel ke tempat lain selepas itu dalam dua kali, tapi saya menolak dengan baik. Ada juga beberapa kawan lain yang hubungi saya dengan kes hampir sama, meminta pinjam beberapa ribu untuk duit belanja travel. Pernah seorang ini call saya berpuluh kali sehari merayu untuk saya pinjamkan RM5k kerana short duit belanja, tapi tiket dah dibeli untuk ke London dan akan bertolak keesokan harinya. Dia janji untuk bayar sebaik dapat gaji bulan hadapannya. Saya beri syarat boleh beri pinjam duit tapi dengan surat hitam putih iaitu dia & saya sign dengan tarikh jelas bila dia akan bayar, letak no. IC dll. Dia terus senyap selepas itu. Saya buat begitu kerana serik dengan kes2 mereka yang nak pinjam bermulut manis tetapi tak bayar hingga ke sudah.
3. Ahli keluarga yang lain ini pula tidak meminjam duit untuk travel, tetapi untuk perkara lain kerana duit telah habis untuk travel ke luar negara 4/5x setahun. Seorang pernah minta pinjam RM30k untuk deposit rumahnya kerana simpanannya tinggal <RM3k tetapi permohonannya untuk membeli rumah telah diluluskan. Dia tidak mahu lepaskan rumah tersebut. Saya menolak dengan baik & berikan RM7k untuk dipinjam, boleh dibayar bila2 tanpa syarat. Sehingga sekarang belum pernah dibayar lagi tetapi hobi travel berkali2 ke luar negara itu masih diteruskan. Seorang lagi juga pernah meminta untuk pinjam RM20k untuk kos renovate rumah barunya kerana duit telah habis untuk travel cuti akhir tahun, tetapi saya menolak dengan baik. Kerana saya merasakan alangkah lebih baik duit travel tersebut disimpan untuk perkara yang mereka niatkan. Jika tiada duit mencukupi, lebih baik ditangguh niat salah satunya. Bukan meminjam duit orang lain yang menyimpan dengan penuh hemah & sabar, walaupun keluarga sendiri. Sepatutnya jika mahu beli sesuatu, rancanglah dengan baik & berjimat cermat sehingga tercapai.
4. Seorang ahli keluarga pula mahu meminjam RM10k untuk deposit kereta Hondanya untuk mula bekerja. Gajinya baru dalam RM2k+ dan traveller tegar juga, berkali2 dalam setahun ke luar negara. Saya menolak dengan baik kerana bagi saya, dia boleh beli kereta lain lebih murah dengan kemampuannya dan alangkah lebih baik duit travel tersebut disimpan sebagai deposit keperluannya. Jika meminjam duit untuk tujuan pendidikan/kesihatan, saya tiada masalah. Tetapi jika untuk selain itu, ianya bukan tanggungjawab sebagai ahli keluarga hatta jika sebagai ibu ayah sekali pun. Ianya lebih sebagai ihsan. Setiap orang perlu belajar bertanggungjawab atas kewangannya sendiri.
5. Ada kawan yang traveller tegar ketika bujang nya, tiada simpanan emergency. Tiba2 mahu berkahwin buat personal loan untuk majlis, kemudian buat personal loan untuk deposit rumah, kereta satu lagi dll akhirnya tak mampu bayar komitmen bulanan sehingga muflis. Belum masuk kisah kawan2 yang hampir muflis kerana kad kredit kerap digunakan untuk melancong. Belum lagi kisah yang duit habis untuk travel, maka terpaksa buat banyak kerja part time untuk penuhi keperluan & bayar pinjaman2 yang banyak sementara menunggu hari gaji sehingga menjadi stress & berantakan rumahtangga. Belum lagi kisah yang setiap bulan keretanya dibayar ibu bapa, rumahnya dibayar adik beradik, kerana duit nya habis untuk travel ke sana sini. Belum lagi kisah yang tidak pernah bayar pinjaman pelajaran tetapi travel ke sana sini setiap tahun. Belum lagi kisah palsukan MC untuk cuti travel, timbunan kerja yang ditanggung kawan2 sekerja lain akibat selalu bercuti melancong.
Untuk memberi pelbagai sebab & hikmah melancong memang takkan habis sampai bila2, tetapi kita perlu ukur baju di badan sendiri kerana lebih tahu kemampuan sebenar. Ikhlaskan niat mengembara, bukan kerana peer pressure atau social media pressure. Rancanglah perbelanjaan dengan bijak. Kita hidup bukan untuk setahun dua. Tetapi hingga selepas mati duit itu akan menghantui kita, setiap sen akan ditanya diperoleh & dibelanjakan ke mana. Termasuk hak2 duit tersebut adakah diberikan kepada yang sepatutnya. Sekiranya duit lebihan disimpan untuk travel tapi dalam keadaan masih ada hutang lain yang tidak dilunaskan, maka selesaikanlah hutang itu dahulu. Jika tidak, kita hidup dalam dosa kerana menzalimi orang lain. Ruh kita pun akan tergantung nanti jika kita mati dalam keadaan berhutang. Maka fikirkanlah keberkatan hidup yang mahu dipilih & uruslah pembahagian duit/harta supaya pahalanya mengalir hingga ke akhirat.
Kesimpulannya, bermusafir itu hukumnya harus, tetapi membayar hutang itu wajib
– Kara
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit