Bukannya Tak Mahu Kahwin Kali Ke-2

Assalamualaikum Sahabat IIUM Confession. Semoga kita semua sentiasa dalam barakah dan rahmat Allah swt.

Aku kenalkan diri aku sebagai Nur Ain, berumur 35 tahun, berkerja sendiri. Mempunyai sepasang cahaya mata yang berumur 5 & 4 tahun. Bersesuaian dengan tajuk penulisan aku hari ini, dalam erti kata yang lain, ya aku pernah berkahwin.

Tapi mungkin bukan rezeki aku untuk terus bersama dengan lelaki yang pernah aku sayangi sepenuh hatiku. Menginjak usia perkahwinan yang ke-3, kami berpisah.

Dan aku ibaratkan perpisahan Itu sebagai ujian buat diri aku. Mungkin ada khilaf yang aku lakukan yang aku tidak sedar sehingga dipilih oleh Allah untuk menerima ujian penceraian.

Tahun pertama penceraian dimana aku ibaratkan sebagai satu fasa yang benar-benar menguji emosi, fizikal dan mental. Dulu aku sendiri tidak bekerja, cuma berniaga kecil-kecilan untuk membantu kewangan suami. Agak sukar bagi aku memulakan sesuatu.

Tapi aku mencabar diri ditengah-tengah ketegangan dan kepayahan yang aku terpaksa lalui. Aku cuba mulakan perniagaan dengan sedikit wang yang ada. Aku minta bantuan dari ibu untuk menjaga anak-anak ketika aku keluar untuk menghantar pesanan.

Aku mengambil keputusan untuk berniaga dari rumah memandangkan ibu sudah tua. Mudah untuk aku uruskan masa untuk anak-anak.

Syukur rezeki sentiasa ada untuk anak-anak. Bahkan aku mampu untuk memberi makan dan minum untuk kedua ibu bapa aku dengan wang hasil perniagaan.

Untuk pengetahuan kalian, ibu bapa aku bukanlah orang susah. Ayahku pencen sebagai pegawai kerajaan. Tapi atas dasar tanggungjawab aku sebagai seorang ibu dan anak, aku tidak mahu dan malu untuk mengambil kesempatan kepada ibu bapa aku.

Bagi aku hikmah penceraian adalah kesempatan waktu yang Allah berikan agar aku boleh bersama ibu dan ayah. Jadi, biarlah aku benar-benar menjaga mereka dalam masa yang sama mampu menguruskan anak-anak dengan baik.

Walupun bekas suami ada memberi wang bulanan kepada anak-anak, tapi bagi kanak-kanak yang berumur 5 & 4 tahun RM300 bukanlah satu jumlah yang mengcukupi.

Soalan2 dan kenyatan2..”Kenapa aku tidak berkahwin Lagi? Kenapa aku tidak mahu memberi peluang kepada diri sendiri untuk bahagia? Aku perlu Kahwin kerana bekas suami sudah berkahwin..”.

Memang ada masanya semua ini agak mengganggu kehidupan aku. Tapi aku biarkan soalan-soalan dan apa jua kata-kata sebagai salah satu rencah kehidupan yang perlu aku lalui.

Aku bukan Tak mahu berkahwin. Mungkin aku agak trauma bila lelaki yang aku cintai meninggalkan aku.

Rasa percaya kepada lelaki Itu agak payah untuk aku bina dalam diri meskipun kata-kata positif dari orang sekeliling sentiasa ada agar aku boleh terbuka

Hati menerima lamaran si polan dan si polan, tapi untuk sebab yang lebih kuat adalah kesihatan ibu dan ayah yang tidak baik.

Disaat aku diuji dengan penceraian, saat Itu Allah menghadirkan ujian dimana ayah jatuh sakit. Hanya aku dan ibu yang menguruskan ayah memandangkan Adik beradik lain semuanya tunggal berkaitan negeri.

Aku bahagia dapat menjaga mereka. Inilah hikmah penceraian yang Allah ingin berikan kepada aku sebenarnya. Walupun pendapatan yang aku perolehi tidak seberapa, tapi aku bahagia.

Walupun aku dihina kerana punya Sijil yang tinggi dalam sistem pendidikan tetapi menetap di Kampung. Aku Diam membisu. Cuma aku sendiri tahu apa yang ingin aku kecapi.

Alasan lain yang aku ada untuk tidak fikir tentang perkahwinan kali Ke-2 kerana aku punya hasrat untuk fokus kepada amal ibadat.

Ya, ketika penceraian Itu berlaku anak-anak masih kecil. Fasa-fasa tantrum dan perkembangan anak-anak aku lalui sendiri tanpa suami. Ada masanya emosi aku rapuh.

Bertahun-tahun aku perlu tinggalkan segala “privacy”. Ada masanya aku perlu solat berulang kali kerana anak mengganggu. Membaca AlQuran dan berzikir seperti berperang setiap hari.

Atas sebab kepayahan yang aku lalui yakni dalam beribadat kepada Allah sekalipun, aku berazam jika anak Makin membesar dan mereka memahami sepenuhnya keadaan sekeliling, dapat membezakan benda buruk dan baik, aku ingin lebih fokus kepada amal ibadat ku.

Ibu tunggal yang tidak berkahwin Lagi selepas berlaku penceraian atau kematian suami hakikatnya mereka punya sebab yang tersendiri untuk terus memegang status “Tunggal” itu. Keselesaan adalah perasaan yang paling tinggi kedudukan dalam diri mereka.

Bagi yang bercerai hidup, jika bekas pasangan mereka berkahwin lagi, mereka tidak memandangkan situasi Itu sebagai satu persaingan yang harus mereka sahut sebaliknya mereka lebih memilih untuk fokus kepada matlamat kehidupan yang telah mereka rancang sendiri.

Kebahagian diri sendiri dan kebajikan orang-orang sekeliling adalah keutamaan.

Sebab Itu kalau Kita Tengok ramai perempuan yang memilih untuk terus sendiri, mereka sebenarnya sudah terlalu Selesa dengan kehidupan yang dilalui nak-nak jika mereka sudah berjaya mencapai apa yang mereka impikan.

Tapi jika Allah berkehendakkan jodoh untuk mereka, Itu adalah satu bab kehidupan yang lain. Cuma jika diberi pilihan, kebanyakkan ibu tunggal mereka ingin terus kekal dalam status Itu.

Semoga yang masih memegang status ibu tunggal dan .asih “Struggle” dalam perjuangan membesarkan anak-anak,

Semoga Allah terus menyalurkan Kasih sayangNya kepada kalian dan segera ditemukan pintu kemudahan untuk segala kesulitan yang membelenggu kehidupan kalian saat ini.

Percayalah bahawa orang yang dipilih oleh Allah, menerima ujian dari Allah, adalah orang yang sentiasa mendapat perhatian dari Allah dan malaikat sentiasa mendoakan kebaikan untuk dirinya, yang penting jangan sesekali lupakan Allah Swt dalam apa jua keadaan.

Wassalam…

– Nur Ain (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *