Kisah ni tentang pengalaman aku yang suka membaca buku. Banyak sebab untuk aku baca buku, tapi antaranya memang dah hobi..jadi ia jadi macam habit yang tak dapat dipisahkan lagi.
Masa aku mula-mula kerja dulu, asyik kerja turun naik bas. So, memang buku tu jadi bahan wajib ada. Sebab naik bas tu lama benau nak sampai opis, KL-Puchong..kompom melembab je atas bas, kan? Nak tak nak, terpaksa buka buku. Kalau tetiba mengantuk, aku tutup jelah buku tu.
Alkisah, satu hari aku beli buku tulisan seorang jutawan dari Singapura, Adam Khoo. Aku beli kat Berjaya Times Square kalau tak silap. Korang kenal Adam Khoo tak? Buku tulisan dia ala-ala motivasi, memang best. Tajuk dia Master Your Mind, Design Your Destiny. Cepat giler aku baca buku dia, hari-hari aku baca tau dan aku fahamkan apa yang dia maksudkan.
Dulu, ada seorang kawan aku, suka gak baca buku omputeh ala-ala buku yang aku baca tu. Tapi tu penulis dia Anthony Robbins. Buku dia memang best, tapi aku macam tak larat nak baca sebab tebal nau..huu~
Okey, dipendekkan cerita aku sentap masa baca buku Adam Khoo tu. Dia kata, ada 3 sebab kita tak dapat capai impian kita. Antaranya: 1) Suka blame orang, anggap macam kau semanjang je takde buat salah. Ala-ala being victimised by others. 2) Suka komplen. Itu tak kena, ini tak kena..pendek kata semua tak kenalahhh. 3) Suka excuse. Ada je benda dalam hidup ni kau rasa kau tak boleh buat..kann. Bila letak excuse, kau akan lebih rasa itu kau tak boleh buat..ini pun tak boleh. Habis, apa yang kau boleh?
Kalau boleh, kau try belek buku ini bab 4; The Key to Absolute Power. Kau baca dan hadamkan. Baru kau tahu apa rasa dia nanti. Cuba google atau terus ke MPH atau mana-mana kedai buku, baca sikit-sikit pasal buku ni. Kalau rasa ada feel, boleh beli terus nanti.
Bila aku baca, aku reflek kat diri aku. Cermin diri sendiri. Aku dulu suka salahkan orang. Ada sehari tu, aku tertidur sampai nak ke maghrib. Aku bangun-bangun aku tersedar, aku tak solat lagi dowh. Apa lagi, aku marah-marah kat housemate akulah sebab apa dia tak kejut aku, aku tak solat lagi. Housemate aku pun balaslah, manalah aku tau!
Sejak aku baca buku tu, aku insaf dah. Barulah aku sedar diri, rupanya akulah yang salah. Bodoh betul sebab suka salahkan orang lain. Yup, betul buku tu cakap. Sikit-sikit aku koreksi diri. Kau tahu, apa yang Adam Khoo tulis, rata-ratanya sama macam apa yang ramai jutawan cakap. Kalau kau pernah baca buku The Richest Man in Babylon – tulisan George S.Clason, dia pun ada perkatakan benda yang sama.
Dulu aku pernah pergi seminar talk kecil dari seorang jutawan Singapura juga, Jerome Tan dalam tahun 2008-2009 gitu. Dia pun ada gak tulis buku kisah bagaimana dia jadi jutawan selepas dia muflis, sehingga dia ada 5 buah syarikat di Malaysia selepas dia jatuh (From Bankruptcy To Multi Millions In 7 Years). Dia pun bercakap mengenai hal yang sama macam aku baca buku Adam Khoo.
Dia pernah tanya peserta seminar, kalau korang bawa kereta dan berhenti kat lampu isyarat, tetiba ada kereta lain menghentam kereta korang, siapa yang salah? Ramai yang kata salah orang yang melanggar kereta kitalah kan? Tapi, dia tak. Dia kata, salah koranglah. Siapa suruh korang berhenti kat traffic light tu?
Aku dengar macam..OMG jugak la kan? Tapi aku senyap je sambil otak aku dok berfikir. Lepas tu dia terangkan balik, dalam hidup, apa yang berlaku pun kita tak boleh nak salahkan orang. Kalau kita hidup then rasa macam asyik menjadi mangsa je..macam mana kita nak maju, kan? Kitalah yang bertanggungjawab sepenuhnya atas segala yang berlaku atas diri kita, bukan orang lain.
Dia cerita, dia pernah berkahwin dan ada dua orang anak. Tapi dia tak boleh nak go on dengan wife dia sebab wife dia punya pemikiran terlalu negatif! Asal dia nak buat benda macam ni, wife dia tak bagi. Itu, tak bagi. Means benda ke arah kebaikan la.
Lastly, dia bercerai. Tapi dia kata kat ex-wife dia, jangan risau sebab segala perbelanjaan anak-anak dia akan tanggung. Sebab dia kata, dia dah tak boleh move on dengan pemikiran yang negatif. Thus, bagi aku adalah sangat penting untuk kita mencari persekitaran yang positif untuk kita terus maju ke hadapan.
Kesimpulannya, aku rasa kalau korang buang 3 benda negatif yang aku sebutkan di atas, insya Allah mudahlah korang nak capai impian dan cita-cita korang. Kalau tak percaya, cuba amalkan bermula dari sekarang dan lihat hasilnya sebulan kemudian. Aku yakin akan ada banyak benda yang mengubah hidup korang selepas itu.
Aku doakan korang dapat mencapai impian korang selepas korang baca tulisan aku ini. Doakan aku menjadi jutawan juga ya. Terima Kasih & Good Luck!
– Meme
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit