Bulan Jatuh Ke Riba

Assalamualaikum terima kasih admin kerana siarkan cerita aku (kalau disiarkan la haha).. Ehh lupa Selamat Hari Raya jugak buat semua umat islam.

Ok hai semua berjumpa lagi kita dalam cerita luahan aku. Sebelum ni aku dah pernah hantar cerita aku kat dalam ni. Lupa dah tajuk ape and alhamdulillah tahun lepas diapproved admin. Thanks admin.

Ok Nama samaran ku Nia (Intro semula la ye), bujang berumur awal 30an and baru sambut birthday beberapa hari yang lepas.

Cerita aku harini tentang “dia”. Ya dia a.k.a. crush.. Mesti korang cakap “ehh tua2 pun masih main crush-crush lagi ke dah macam budak-budak sekolah lak dia..”

And jawapan aku yes why not sebab aku masih bujang dan masih menanti kedatangan jodoh. Menanti saja la carinya tak haha.

Bukan ape hati belom terbuka untuk kenal someone yang aku tak pernah jumpa atau kenal. Aku prefer untuk kenal orang yang dah pernah aku jumpa tak kira lah daripada bangku sekolah atau Uni yang pernah aku study.

Jadi, nak dijadikan cerita aku ni tah kenapa dengan beraninya aku gi reply story sorang budak ni kira crush la tu. Dan dia pun tak tunggu lama reply jugak mesej aku.

Aku sebenarnya saja-saja nak reply story dia sebab satu aku time tu bosan beb and lagi satu nak cuba berkenalan dengan dia supaya dia sedar kewujudan aku.

Sebenarnya aku ni pemalu tau tapi tah la memikirkan usia pun dah meningkat and aku rasa aku perlu berusaha untuk cari jodoh (hanya dengan orang yang aku pernah jumpa dan kenal jela).

Tapii sebelum tu aku dah stalk dia la semua, nak pastikan dia betol-betol single mingle dulu.

Alhamdulillah dia masih single mingle tringle and masih juga mencari. Kalau aku nampak pape hint yang dia dah berpunya ke ape memang aku tak layan pun nak crush2 bagai.

Disebabkan dia single la aku mencuba. Lagi satu lepas solat aku tak lupa untuk doakan untuk dia.

Ok dia ni aku pernah jumpa masa zaman sekolah dulu. Lepas beberapa bulan aku reply story dia tu tak sangka bulan ramadhan haritu dia ade masej aku balik. Giler wehh sape tak happy kan orang yang kita suka chat kita.

Tapi masalah aku sekarang bila orang masej aku pulak yang lambat reply. Dia cam time orang tak mesej, ko berharap sangat dia mesej walaupun rasa macam tak mungkin. tapi bila dia mesej kau pulak lambat reply.

Normal ke gitu wehh, adehh la acane orang nak kenal kalau gini. Bukan jual mahal tapi aku betol-betol busy.

Aku ni tak pernah nak mesej lelaki sebenarnya, tapi yang ni rasa lain tah aku takleh nak cakap. Nak reply masej dia tapi tahla sebab medsos tu aku jarang bukak.

Jadi, asyik lupa saja dengan mesej dia. Aku rasa mesti dia nak kenal lebih pun cam turn off la kan. Yela dah mesej pun lambat reply. Kot la kan hehe.

Tu jela luahan aku, kalau korang ade tips boleh la share dengan aku. Ape2 tips pun boleh tak kisah la. Lagi elok kalau tips berkenaan dengan jodoh.

Sebabnya aku manusia yang susah nak kenal and berkomunikasi dengan lelaki. Rasa bukan aku sorang camni, ade jugak kat luar sana yang berstatus si bujang ade problem camni.

Ok itu saja la luahan aku, nak kecam ke ape takpe aku ok saja.

Terima kasih semua. Selamat Hari Raya.

– Nia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *