Buli

Assalamulaikum dan selamat sejahtera nama saya Samad (bukan nama sebenar)dan saya merupakan calon SPM 2018 dan saya harap kali ini confession saya diterima kerana confession saya sebelum ini tidak diterima.Saya mahu meminta maaf kerana confession ini mungkin akan nampak childish dan pointless,saya juga mahu meminta maaf jika confession agak tidak teratur,susah difahami dan lain-lain

Hari ini saya ingin menceritakan pengalaman saya dibuli.Episod saya dibuli bermula apabila di darjah 5,saya selalu dibuli seorang lelaki bernama Harry(bukan nama sebenar) dan rakan-rakan “beliau”.Contoh “pujian” yang saya selalu terima ialah gemuk,peluh(saya dulu kuat berpeluh),kening tebal,dan lain-lain lagi.Mereka turut memukul saya tanpa sebab dan pembesarkan kesilapan saya.Yang kelakarnya saya juga “berkawan” dengan mereka.Saya selalu bertanya kenapa saya yang dipilih dan bukan orang lain?Adakah ia disebabkan saya berbeza dengan pelajar lain?.Yang peliknya,pelajar dalam kelas saya tidak ambil kisah tentang perkara yang belaku dan berkawan dengan Harry(dan kawan2 dia) seperti biasa,saya juga tidak disegani majoriti pelajar kelas saya dan mereka selalu memulau saya.Saya dibuli sampailah pada darjah 6 dan apabila saya keputusan UPSR diumumkan saya mendapat straight A,Harry dan beberapa konco-konconya juga ada yang mendapat straight A.Untuk pengetahuan pembaca,saya sekelas dengan Harry dan rakan-rakan Harry di kelas yang kedua

Selepas,sekolah rendah saya memasuki sebuah kluster di sebuah bandar .Saya dan mereka telah berpisah.Harry memasuki MRSM dan rakan dia yang lain ada yang memasuki sekolah kluster dan harian biasa.Mungkin pembaca-pembaca semua beranggapan bahawa saya sudah melepasi bahagian hidup yang “gembira” saya.Ya,saya juga beranggapan seperti berikut.Masa mula-mula memasuki sekolah tersebut saya berasa sangat gembira kerana telah berpisah dengan mereka.Tetapi hakikatnya,saya bertemu dengan orang lebih teruk daripada mereka.Bayangkan,sekolah kluster juga mempunyai masalah buli.Saya disepak,ditumbuk,karya seni saya dirosakkan(masa pendidikan seni visual) dan banyak lagi.Tetapi saya terpaksa menganggap mereka kawan saya,saya mungkin akan dipanggil bodoh kerana masih menganggap mereka kawan saya tetapi saya tiada pilihan.Ia kerana,70 peratus pelajar lelaki kelas saya ialah pembuli-pembuli saya dan bilangan mereka agak ramai kerana ditambah lagi dengan kelas-kelas lain.Seperti dahulu,pelajar dan guru lain menganggap ia perkara biasa.

Guru disiplin juga menawar salah satu pembuli saya untuk menjadi pengawas,saya sebenarnya tidak percaya tetapi itulah berlaku tetapi dia menolak tawaran itu.Mungkin beliau tidak tahu “dark side” dia.Saya masih ingat “kawan” saya yang ditawar menjadi pengawas itu tiba-tiba mengajak saya ketandas semasa mahu pulang ke kelas selepas waktu rehat.Saya berasa saya hairan dan apabila saya menolak dia mula bersungguh-sungguh.Firasat saya betul,apabila saya pulang ke kelas.Saya mendapati bahawa meja saya dikerjakan mereka.Kelakar sungguh,saya diperdaya oleh mereka.Ajakan itu hanyalah tipu helah mereka.3 tahun saya bersama mereka dan banyak meja saya yang telah dihancurkan mereka,saya masih bersama mereka selama 3 tahun ialah kerana akademik saya mula menurun dengan drastik semasa tingkatan 1 kerana selalu dibuli dan memburukkan lagi kehidupan sosial saya.Saya mula menyendiri dan “suicidal thoughts”,depression dan anxiety mula merasuk tubuh saya.

Saya selalu dimarahi oleh cikgu-cikgu dan duduk luar kelas kerana selalu tidak menyiapkan kerja sekolah dan juga dilabel sebagai pembuli dan pelajar yang nakal.Saya yang dibuli dipanggil pembuli,mungkin disebabkan masalah disiplin saya dan dimarakkan lagi dengan rupa saya yang boleh dikatakan muka pecah rumah dan ditambah lagi dengan badan saya yang agak besar.Saya mula membuat masalah yang berat seperti membuat rambut yang melanggar disiplin, mengecilkan pakain sekolah ,ponteng kelas tetapi saya tidak pernah membuli pelajar lain kerana saya tahu betapa peritnya dibuli(sebelum ini saya hanya tidak menyiapkan kerja sekolah.”He look like a monster,So they treated him like a monster and he became a monster”-Suicide squad.

Saya juga mendapat tahu bahawa “crush” saya mengenali Harry dan seorang lagi pembuli saya dan mereka agak rapat. Saya tahu mempunyai crush pada sekolah menengah ialah sia-sia dan bersekolah pun tak habis lagi.Tetapi apakan daya saya sudah menyimpan perasaan pada dia dan bercadang untuk mengawini dia selepas bekerja nanti.Saya mula menangis apabila mendapat tahu kerana teringat akan saat sengsara saya dahulu .Saya tertanya-tanya kenapa terjadi begitu mungkinkah dia tidak tahu kisah saya dan Harry(crush saya bersekolah rendah berbeza dengan saya dan crush saya bersekolah di sebuah MRSM dengan Harry sebelum mereka berpindah di sebuah kluster berdekatan dengan sekolah saya).Saya hairan kerana remaja yang sebaya saya suka berkawan dengan pembuli-pembuli saya. Maaf kerana ia mungkin tidak relevan kepada cerita saya tetapi ialah pencetus kepada confession saya.Hanya beberapa orang yang rapat dengan saya yang tahu tentang kisah saya.Tetapi hari ini pembaca-pembaca semua mempunyai special pass untuk merasai kesengsaraan saya.Maaflah kerana confession ini agak panjang

NOTA
-Saya dan crush saya hanyalah acquaintance
-Saya tidak lagi sekelas lagi dengan pembuli-pembuli sekolah menengah saya dan bilangan mereka
berkurangan
-Saya tidak lagi melakukan masalah disiplin yang berat semasa di tingkatan empat dan saya sekarang
seorang pengawas
-Keputusan PT3 saya agak baik(8A) dan mengejutkan cikgu-cikgu saya kerana pelajar “nakal”seperti
saya dapat mendapat keputusan yang agaik baik
-Maaf kerana banyak menggunakan perkataan “maaf”

– broken

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit