Buli Pada Pemikiran

Bila aku scroll FB terbaca kisah Arwah Zulfarhan yang menyayat hati terus aku jadi trigger ya la walaupun tak sama jalan cerita tapi tetap buat aku terkesan dengan kisah cikgu aku dulu di sekolah.

‘Member terconteng buku teks.’

Nama aku Hana, cerita ini 7 tahun lalu masa aku belajar di tingkatan 6 (sekolah swasta bawah negeri).

Time tu awal2 lagi kami diterangkan pantang larang ketika belajar dengan ustazah sorang ini.

Dia pesan kepada kami satu kelas bahawa dia pantang kalau ada pelajar yang conteng buku teks. Nak conteng buat nota ke apa ke di buku tulis bukan di buku teks.

Tapi ada satu hari tu subjek dia member aku dia terconteng dekat buku teks time ustazah tu mengajar. Aku rasa dia terlupa pantang larang tu.

Aku duduk sebaris dengan dia. Kecut perut aku sebab ustazah tu nampak yang member aku ini conteng buku. Habis dia mengamuk!

Terus tak belajar time tu.

Ustazah aku ini memang terkenal dengan panas baran la kot sebab benda kecil saja pun dia akan mengamuk. Kami duduk asrama dan dia pula warden siapa saja yang tak pernah kena jemur.

Senior2 yang lepas pun ada cerita ustazah ni suka denda budak dekat asrama.

Suka cubit bahagian bawah lengan kalau nampak pelajar pakai tudung pendek (pendek tu bukan atas bahu cuma atas siku), pernah tampar pelajar, pernah denda pelajar berdiri waktu panas.

Pernah sekali tu asrama bising biasalah waktu cuti sekolah, dia denda semua aspuri turun ke landskap sampai jam 2.30 pagi.

Bila ada di antara kami yang mula semput sebab sejuk wei tengah2 malam! Dari jam 12 sampai 2.30 pagi tu… Barulah dia arahkan MPP suruh kami naik masuk dorm masing2.

Esoknya kitaorang mengantuk dalam kelas kena marah lagi dengan cikgu lain.

Berbalik pada cerita member aku yang conteng buku teks tu dia kena halau keluar dari kelas. Halau tau.

Member aku dah pergi minta maaf dekat bilik guru secara bersemuka dengan ustazah tu tapi dia tetap salahkan member aku tu sebab tak patuh pada larangan dia jangan conteng buku teks.

Ya la aku pun faham memang salah pun conteng buku teks, tapi bukan pakai pen pun. Boleh saja padam balik.

Ini yang aku paling trigger, dia bagitahu kat member aku ni jangan masuk kelas dia time dia mengajar. Aku ingat sehari jela kena halau dari kelas…rupanya makin parah.

Member aku ini akan menjajau di luar kelas bila subjek ustazah tu. Biasa dia stay di surau. Asal ada saja subjek ustazah tu member aku kena keluar kelas, kalau tak keluar ustazah tu tak nak masuk kelas selagi ada member aku tu.

Lagi parah ustazah tu tak masuk kelas dua minggu selepas hari kejadian member aku conteng buku teks tu.

Paling aku ingat member aku siap belikan hadiah sebab konon nak pujuk lah ustazah tu supaya bagi dia masuk kelas dan dapat maafkan dia.

Hampeh! Bagi aku buli bukan dikalangan pelajar saja.. Tindakan ustazah tu dah ‘membuli’ pemikiran member aku tu.

Bayangkan kawan2 dalam kelas siap suruh member aku ni keluar kalau ada subjek ustazah tu.

Gila kan? ya la masing2 nak belajar punya pasal. Aku siap cadangkan kat member aku tu ceritalah pada mana2 guru lain yang dia dah minta maaf tapi still tak dapat masuk kelas.

Mula2 dia tak nak kecoh2 kang kena lagi..

Tapi dua minggu ustazah tu tak masuk kelas habis budak2 lain dalam kelas tu salahkan member aku pulak akhirnya dia cerita pada guru panitia subjek tu tapi tak ada apa2 tindakan pun.

Aku pun tak faham apa yang cikgu2 lain tak mampu sangat tegur ustazah tu.

Akhirnya setelah 3 minggu member aku tu kira dah burnout menangis saja kat dorm dia ambil keputusan untuk berhenti. Berhenti sekolah!

Dan rezeki dia dia dapat tawaran ke asasi UIA.

Aku sokong saja dia berhenti daripada terus berada di tingkatan 6 kena mengadap orang yang kita nak kan ilmu tapi lain jadinya. Lepas member aku berhenti ustazah tu masuk kelas dah hahahahahaha

Cerita ni 7 tahun yang lalu masa kami di tingkatan 6, tapi masih segar diingatan kami satu kelas time tu.

Sekarang dengar2 ustazah tu dah tak mengajar di sekolah. Dapat naik ke jabatan. Jabatan apa tak tahu aku ntah lah tapi bagus juga sebab dia tak berada lagi di sekolah.

Kalau tak naya anak orang. Kitaorang ingat batch kami saja kena rupanya batch2 yang lain pun ada sebut2 pasal ustazah tu.

Harapan aku bila meluah di sini tak ada lagi lah terjadi pelakuan yang seakan2 buli ini berlaku di institusi pendidikan.

Cikgu kalau nak bagi hukuman pun cukuplah sekadarnya. Kawan aku yang kena tapi aku yang trigger. Sorry..

– Hana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *