Buli Punca Aku Ada Depression & Anxiety

Mengikut pengalaman aku, aku pun pernah dibuli tetapi secara mental.

Ceritanya begini, masa tu aku berumur 17 tahun dan pada tahun ini aku berumur 19 tahun Alhamdulilah masih diberi nafas untuk hidup lagi. Nak dijadikan cerita pada tahun itu aku mengambil SPM.

Rakan sekelas aku mengumpat aku semasa kelas tambahan pendidikan Islam, so kawan aku yang bernama Z mengadu dekat aku yang diorang mengumpat dan mengata bagai tu dekat aku sebab masa tu aku tidak hadir pada kelas tambahan.

Mesti marah lah kan orang dah mengata dan mengumpat kau kan padahal aku tak kacau hidup diorang pun.

Aku pun luahkan kat status Whatsapp perasaan aku ketika itu. Hanya luahan ketika marah. Mungkin kata-kata aku di status melampau.

Entah macam mana ada satu hamba Allah screen shot aku punya status, kawan aku jugak nama dia A.

Dia bagi screen shot status aku kat diorang yang ngumpat dan mengata aku tu, Mereka ada geng dalam lima orang macam tu, Mereka memang toksik gila kat kelas.

Senang cerita rakan kelas aku kebanyakkannya memang budak toksik. Aku berada di kelas pertengahan ketika itu.

Perwatakan aku yang pemalu, baik hati dan pendiam tetapi takde lah pendiam sangat hehe menyebabkan aku senang dibuli secara mental oleh sesiapa sahaja.

Okay sambung lagi, bila diorang dapat tahu status tu. Apa lagi aku kena kaw kaw lah kat kelas.

Pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada aku. Mereka sengaja menyakitkan hati aku. Aku jadi tertekan dan tidak berfikir tentang SPM semasa itu.

Sampai satu tahap aku berfikir untuk tidak mengambil SPM pada tahun tersebut. Aku suka tidak hadir ke kelas ketika itu kerana aku dikecam teruk. Siapa je tak mental lama kelamaan bila dikecam teruk.

Aku pun mengadu pada ibu ku dan ibu ku memberitahu kepada guru kelas ku kerana aku tak nak mengambil SPM ketika itu.

Aku pun dipujuk oleh guru ku untuk mengambil SPM walau keadaan apa sekali pun.

Bila mereka dapat tahu yang aku memberitahu kat guru kelas. Mereka Play victim, seolah-olah mereka yang tersakiti, mereka memberitahu pula kepada guru p. Islam yang aku mengata guru tersebut. Padahal aku yang tersakiti.

Akhirnya aku dapat menamatkan peperiksaan SPM tersebut dalam keadaan terpaksa. Keputusan SPM pun keluar setelah beberapa bulan kemudian. Alhamdulilah aku lulus ketika itu.

Sebenarnya ketika itu, aku tidak mahu sambung belajar. Entah bagaimana aku sambung belajar ke tingkatan 6. Perancangan Allah lebih baik.

Akhir sekali, pelbagai kecaman dan tohmahan yang dilemparkan kepada aku. Punca aku mempunyai kemurungan dan anxiety yang sangat teruk.

Sebelum ini aku perwatakan pendiam yang biasa-biasa sahaja tetapi masih bercakap lagi hehe.

Aku menjadi diam yang sangat luar biasa dan aku tidak berminat lagi untuk bergaul dengan sesiapa sahaja.

Aku hanya berkurung di dalam bilik ku yang aman dan damai. Bagiku bila bergaul di luar hanya menyakitkan hati ku sahaja.

Aku jadi sedih tanpa sebab. Anxiety aku datang ketika aku berada di sekolah. Badanku menjadi semakin kurus kerana tiada selera makan.

Walau ada perkara gembira berlaku di sekolah, aku tetap merasa sedih.

Aku menjadi seorang yang mudah marah. Ini menyebabkan hubungan aku dengan keluarga ku menjadi terjejas. Aku asyik berfikiran negatif dan buruk sangka kepada orang. Aku jadi seorang yang hancur-sehancurnya.

Bila berfikir sampai bila aku mahu jadi begini. Aku mahukan minda yang sihat dan bahagia seperti dahulu. Mungkin Allah mahu menguji aku dengan penyakit ini.

Aku tidak kuat lagi, aku mahu sihat sahaja. Penyakit ini mengganggu rutin harian ku.

Hanya luahan hati dari seorang yang mahu sembuh dari depression dan anxiety.

Sesiapa yang membaca aku punya artikel doakan aku sembuh dari penyakit ini kerana perjalanan hidup ku masih jauh dan banyak perkara yang perlu aku tempuhi.

Sesiapa yang mempunyai penyakit ini aku doakan korang sembuh seperti sediakala dan bahagia selalu.

– Sara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *