Untuk part I, (https://iiumc.com/bumi-ini-bergolak-lagi/).
Hari tu aku ada submit luahan aku and terima kasih admin siarkan.
Semalam perdana menteri negara ni dah umumkan darurat selama 14 hari dimana pemerintahan di bawah tentera katanya.
Ini kerana looting dan riot ni dah merebak sehingga ke provience lain. Alhamdulillah rakyat Malaysia kat sini selamat.
Tadi keadaan negara ni dah masuk RTM.. Lambat sangat sampai malaysia padehal CNN, ABC, BBC dah siar since hari rabu lagi.
Kalau nak tau teruk mana la kejadian black wednesday tu boleh la google port moresby mesti tengah up cerita kat sini.
Hari ni aku keluar cari food supply and isi minyak, ha aku nampak merata bersepah tentera kat kawasan rumah aku. Seram beb.. Nak isi minyak pun debar2.
Hari ni keadaan reda siket dah so bomba pun pergi la ke kawasan di bakar tu and jumpa la 5 tengkorak ye sebab rentung..
5 mangsa terbakar.. Tak tahu la pekerja atau orang yang pecah masuk.. Seramkan?!
Tadi management aku announce sapa nak gi office amik barang atau collect kereta boleh datang masa tentera and security ada, so aku pegi la.
Alhamdulillah, diorang tak berjaya pecah office aku tapi aku nampak la cermin pecah..
Office aku berlubang and kawasan kat luar office tu bersepah dengan macam2 sampah. Macam dalam cerita zombe tu..
And ada volunteer tolong kemas2 kawasan supermarket depan office aku tu.
Kesian aku tengok supermarket tu, kosong sekosong kosongnya.. Trolli pun deme sapu..
ATM machine pun hilang and clock in machine pun deme sapu.. Mesin punch card hilang.. Bakul2 pun hilang.. Ntah la.. Teruk sangat.
Tadi supermarket tu annonce kat fb, merayu pulangkan troli deme. Siap offer nak bagi 20 kina kalau pulangkan. Sampai macam tu sekali, kesiankan.
Aku baca paper tadi, dianggarkan kerugian million kina tu belum lagi yang hilang pekerjaan.. Di anggarkan beribu juga la..
Ada satu video tu tengok pekerja supermarket tu meratap menangis teriak semua la.. Ye la sekolah nak start dah.. Kerja dah hilang..
Ni semua punca polis deme mogok sebab kena tax. Kalau polis tak mogok tak jadi la hal ni.. So sekarang ni aku tengok je la 14 hari ni jadi apa.
Doakanlah kami selamat ye.
– Lili perantau (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit