Aku Bunga, berusia 31 tahun, sudah berkahwin & mempunyai 2 orang anak. Namun, hidupku sering dibayangi pengalaman masa kecilku.
Papaku anak sulung dalam keluarganya. Aku adalah cucu sulung bagi keluarga sebelah papa. Cucu kesayangan atuk & nenek serta anak saudara kesayangan pakngah, paklang, makcik & paksu. Aku sering dimanjakan mereka.
Sejak berusia 2 tahun lagi, aku akan tidur bersama atuk & nenek setiap kali pulang ke kampung.
Seingat aku, hingga aku berusia 16 tahun, sudah mebjadi rutin, aku masih tidur bersama atuk & nenek beramai-ramai bersama adik-adikku yang lain.
Atuk & nenek sering memeluk & menciumku membuatkan aku begitu selesa & terasa diri disayangu & diberi perhatian sepenuhnya.
Bagiku, sedangkan mama & papa jarang memelukku erat terutama sejak lahirnya adik-adikku. Bukan kerana mereka tidak sayang akan aku. Cuma, mereka sibuk menguruskan kehidupan aku & adik-adik.
Segar diingatan aku, sewaktu tidur siang di rumah atuk. Atuk akan memelukku erat dengan penuh kasih sayang. Atuk sering mengusap-usap kepalaku & badanku hingga aku lali lalu tertidur.
Atuk juga sering memasukkan tangannya ke dalam seluarku lalu mengusap lembut kemaluanku.
Aku begitu selesa dimanjakan & disayang atuk sedemikian. Kejadian ini sudah tidak terhitung kekerapannya. Rasanya bermula sekira usia 3 – 4 tahun sehingga 9 tahun.
Bagiku, tindakan itu tindakan biasa seorang atuk menidurkan cucunya. Aku pun selesa diperlakukan sedemikian. Tenang sekali.
Atuk juga kadang melakukannya sewaktu tengah malam ketika aku sedang tidur. Aku merasakan betapa atuk sayang akan aku apabila dibelai-belai sedemikian.
Namun, perlakuan itu hanya apabila aku bersama atuk. Sekiranya nenek ada bersama, atuk tidak sedemikian. Aku sama sekali tidak menyedari & tidak mengetahui bahawa itu adalah gangguan s*ksual.
Badanku diraba-raba atuk. Sedangkan aku merasakan bahawa ia adalah curahan kasih sayang atuk. Atuk semakin jarang melakukannya apabila aku meningkat usia.
Mungkin kerana tidak mahu tembelangnya pecah. Sejak usiaku 10 tahun, atuk tidak lagi melakukannya. Namun, perhatian & kasih sayang atuk tetap sama seperti dulu.
Cucu-cucunya akan dimanjakan & dipenuhi segala permintaan, marahi atau dijentik jauh sekali. Sekiranya mama & papa memarahiku, pasti atuk membela. Jadi, aku terasa sangat disayangi atuk.
Aku merupakan cucu kebanggaan atuk kerana cemerlang dalam akademik & kokurikulum. Setiap kali cuti sekolah, pasti aku akan bermalam di rumah atuk. Atuk tidak lagi merabaku tetapi masih mencium & memelukku erat terutamanya sewaktu tidur.
Ketika itu, aku merasakan yang atuk sangat sayang akan aku. Kenangan sewaktu zaman kanak-kanakku begitu indah & manis-manis belaka setiap kali pulang ke kampung & tinggal bersama atuk & nenek.
Apabila ke sekolah, aku telah didedahkan dengan ilmu berkenaan gangguan s*ksual sewaktu berusia 11 tahun. Walau bagaimanapun, aku sama sekali tidak dapat menghubungkaitkan kejadian yang menimpaku sebagai suatu bentuk gangguan s*ksual.
Dipendekkan cerita, sewaktu aku berusia 16 tahun, aku pulang ke kampung seperti biasa. Akibat keletihan dengan aktiviti kokurikulum di siang hari, aku berehat di bilik atuk lalu tertidur.
Adik-adiku semunya masih belum tidur kerana masih menonton televisyen. Nenek pula masih sibuk berborak dengan kedua ibu bapaku. Rasanya masih awal, kira-kira jam 9 malam.
Tiba-tiba, aku merasakan seolah-olah ada benda merayap pada tubuhku. Aku menepis, tetapi benda itu merayap lagi ke bahagian payudaraku. Aku merasakan payudaraku diramas-ramas lembut. Aku terkejut lalu menjerit & terus terduduk.
Kelihatan atuk yang berdiri di tepi katil. “Mimpi hantu ke? Tu la, tak mandi sebelum tidur,” kata atuk sambil ketawa kecil sambil mengusap kepalaku.
Mama & papa yang bergegas datang menjenguk sekadar geleng kepala apabila mengetahui bahawa aku sekadar mengigau.
Atuk terus berada di bilik itu, meneruskan misi pencarian lampu suluh katanya. Sepatutnya berada di celah-celah bantal di atas katil itu.
Pada ketika itu, aku masih mamai. Aku menjadi tidak pasti sama ada aku hanya mengigau & melebih-lebih terasa seperti diraba & diramas sedangkan tiada apa yang berlaku.
Aku mengadu pada atuk bahawa ada benda merayap atas tubuhku. Atuk mengatakan biliknya kadang kala ada tikus. Mungkin tikus. Mana tidaknya, aku tidur tanpa mandi setelah berpeluh-peluh hingga melekit pada siang hari.
Aku jadi percaya, kerana aku pun pernah lihat tikus melintas melalui atas kayu kepala katil, cuma tidak jatuh ke atas tilam. Aku bingkas bangun lalu ke bilik air untuk mandi. Aku hanya melupakan hal itu begitu sahaja.
Makin meningkat dewasa. Aku terbaca banyak kes cabul & r*gol oleh keluarga terdekat seperti bapa & adik beradik lelaki. Ada kisah adik perempuan yang menjadi pemuas nafsu abangnya ketika ibu bapa keluar bekerja.
Ada pula kisah bapa mer*gol anaknya berkali-kali. Kejinya manusia zaman sekarang. Jijik aku mendengar segala berita & kisah tersebut.
Entah bagaimana, ketika usiaku 20 tahun, aku teringat akan perlakuan atuk. Adakah aku mangsa s*ksual atuk? Perlukah aku membuat laporan polis?
Tapi, aku belum rosak & masih dara kerana atuk sekadar meraba badanku. Perlukan aku adukan pada kedua-dua ibu bapaku?
Bagaimana perasaan mereka? Bagaimana kalau semua orang tahu? Bagaimana dengan maruah & masa depanku? Bagaimana masyarakat akan memandangku selepas itu?
Dan, yang paling menyakitkan adalah, atuk telah meninggal ketika usiaku 18 tahun. Ada beza ke aku luahkan? Atuk sudah terlepas tindakan undang-undang di dunia ini kerana beliau sudah dijemput Ilahi.
Faham tak perasaan aku? Bunga kesayangan atuk rupanya hamba s*ksual atuk? Sujar diterima dek akal yang waras. Aku menangis semahu-mahunya.
Kenapa sewaktu atuk telah pergi, baru aku sedar akan semua ini? Kenapa aku begitu naif sehingga tidak sedar bahawa aku mangsa s*ksual?
Aku cemerlang dalam akademik tetapi betapa bodohnya aku soal gangguan s*ksual & kes cabul ini.
Ceteknya mindaku yang sering merasakan bahawa segalanya baik-baik sahaja & betapa aku bahagia disayangi & dimanjakan sedemikian. Sedih. Takut. Kecewa. Pelbagai perasaan saling bercampur, sukar untuk diungkapkan.
Aku kuatkan hati. Membongkar perlakuan atuk sekadar mengundang aib diriku & keluarga. Aku hanya menyimpan kisah hitam ini sendirian.
Sejak itu, hidupku dibayangi kebodohan aku dengan perlakuan atuk. Jiwa aku meronta. Sebenarnya, aku masih trauma walau sudah berkahwin.
Suamiku tidak boleh menyentuh sesuka hati, seringkali aku terkejut & bertindak balas seolah meronta & mempertahankan diri (mengelak, menendang, menumbuk, menepis, dll).
Aku hanya menyedari trauma sedemikian setelah berkahwin. Aku tidak pernah berterus terang dengan suamiku hal sebenar. Suamiku hanya menganggap aku mudah terkejut orangnya & berusaha untuk tidak menyentuh aku secara tiba-tiba.
Kadang-kadang, aku sampai menangis & meminta maaf kepada suamiku andai reaksi atau tindak balasku keterlaluan.
Kiranya, suamiku sudah faham & sentiasa berwaspada dengan sebarang tindakan refleks aku hingga kini, walau anak dah dua.
Ada ketikanya, aku merasakan dunia aku gelap, walau diterangi dengan suami, anak-anak & keluarga. Ada ketikanya, aku menangis sendirian mengenangkan aku sebagai mangsa / hamba s*ksual atukku.
Aku cuba memujuk hati memaafkan atuk agar dia lebih tenang di alam sana. Begitu banyak kebaikan & kasih sayang atuk, namun kepahitan ini jua yang masih bermain di fikiran hingga aku meluahkannya di sini.
Entah kenapa hati kecil ini terdetik menyalahkan mama & papa kerana tidak pernah mendedahkan aku dengan isu s*ksual ini.
Mama papaku sejenis malu untuk berbicara soal s*ksual bersama anak-anak walau sekadae untuk pendidikan. Segala ilmu aku dapat dari sekolah & melalui pembacaan.
Namun, mama & papa telah berusaha menjadi yang terbaik dalam membentuk aku, seorang anak yang pertama kali menjadikan mereka ibu & bapa. Pastinya mereka pun belajar melalui pengalaman, hari demi hari membaiki diri agar menjadi yang terbaik untuk anak-anak.
Pengajarannya, berilah pendidikan s*ksual sejak kecil. Aku dah ajar anak aku sifat malu & bahagian-bahagian yang tidak boleh disentuh orang lain seawal usia anak 2 tahun.
Aku asyik ulang berpesan kepada anakku & asyik bertanya kalau-kalau ada yang memperlakukannya sedemikian. Baik bapanya, bapa saudaranya, atay sesiapa sahaja setiap kali berjumpa.
Dan, aku trauma. Tidak berani nak benarkan anak aku tidur dengan atuk & nenek serta ibu / bapa saudaranya. Baik keluarga kandung mahupun mentua. Alasanku? Pastinya aku tidak boleh berenggang dengan anak.
Walau anakku tertidur dengan sesiapa sahaja, pasti aku akan dukung untuk tidur bersamaku. Aku hanya berpisah sementara dengan anak pertamaku semasa berada di hospital melahirkan anak kedua.
Dan ketika itu, hatiku begitu gelisah. Aku minta suami & adik perempuanku untuk saling pantau keadaan anakku.
Maafkan aku andai belum redha. Kadang kala, luka ini sentiasa bernanah saat mendengar isu ini hangat diperkatakankan. Aku berperang dengan perasaan sendiri setiap hari.
Aku cukup bahagia dengan kehidupan sekarang. Cuma, hal ini sering datang menjengah sekaligus menyiksa fikiran & jiwaku. Doakan aku kuat ya menangkis perasaan ini!
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit