Hi, aku Bunga (bukan nama sebenar). Apa yang aku nak ceritakan ni mungkin pernah berlaku pada mana2 perempuan,
Dan tujuan aku bercerita ni hanya untuk berkongsi cerita dengan semua diluar sana dan memberi peringatan terutama sekali perempuan supaya lebih berhati2 dalam memilih pasangan hidup.
Maaf kalau cerita aku panjang dan membosankan, aku cuba bercerita dengan ringkas.
Aku adalah seorang gadis dalam lingkungan umur 20-an. Aku telah berkenalan dengan seorang lelaki yang aku gelarkan M dalam cerita ini.. Kami berkenalan melalui seorang kawan.
Aku dan M berkawan seperti biasa, berborak dan bertukar2 cerita. M seorang yang okay dimata aku. Dia juga seorang yang boleh dikatakan family man dan dia juga seorang yang sering mengingatkan aku tentang agama, solat dan aurat, dan aku rasa senang dengan perkara itu.
Selepas setahun berkawan, M menyatakan hasrat untuk meneruskan hubungan ini ke tahap yang lebih serius.
Pada waktu tu, aku rasa sangat gembira sebab aku berfikir keseriusan dia terhadap aku dan niatnya yang tidak mahu bercinta lama2 sebelum bernikah kerana bimbang akan jadi benda yang tak diingini.
Cuma pada waktu itu, aku minta dia tunggu sebab aku belum benar2 bersedia dari beberapa sudut.
Aku juga membuat solat istikharah dan sentiasa berdoa untuk Allah dorongkan hati aku kepadanya jika dia benar adalah jodoh aku.
Selepas itu, kami bercinta dan berhubung seperti biasa macam pasangan lain cuma M tidak pernah berlebihan kalau kami berjumpa. Dia tidak pernah cuba2 untuk menyentuh atau mengambil kesempatan dan dia sangat menghormati aku.
Dan kalau berjumpa aku tidak pernah memeriksa handphone M kerana aku hormatkan privasi masing2 apatah lagi kami tiada apa2 ikatan lagi. Kami jarang berjumpa sebab M selalu sibuk dengan kerja dan dia susah untuk dapat cuti apabila bekerja.
Aku juga tidak berada di negeri yang sama dengannya namun itu semua tidak menjadi halangan untuk kami kerana kami masih boleh berhubung dengan telefon.
Kami juga ada bertengkar dan bergaduh seperti pasangan lain tetapi perkara itu dapat diselesaikan dengan baik kerana M selalu mengalah dengan aku sebab tak nak memanjangkan pergaduhan.
Dan hubungan kami baik2 sahaja, dia telah memberitahu keluarganya tentang aku dan menyatakan hasratnya untuk berkahwin.
Pada satu hari, kami bertengkar. Aku tidak merasakan pergaduhan itu adalah perkara yang besar tetapi tidak bagi M. Dia mendiamkan diri dan mengelak apabila diajak berbincang.
Selepas beberapa minggu, dia menghubungi aku dan mengatakan dia tak nak teruskan hubungan kami, alasannya kerana dia rasa dia sudah tidak sayang aku lagi.
Betapa hancurnya hati aku waktu tu, lelaki yang kononnya selama ini berhasrat jadikan aku isteri tiba2 berubah tanpa sebab yang kukuh, dia menjadikan pertengkaran itu sebagai alasan.
Apabila ditanya dia berkata dia tiada orang lain cuma dia tak nak menipu perasaaan dia lagi. Walau hati aku hancur, aku merelakan sebab rasanya tak perlu aku menagih kasih orang yang dah tak sudi.
Tapi aku tetap menyiasat dan cuba mencari punca perkara yang telah berlaku ini, aku sentiasa berdoa agar beri aku petunjuk agar aku senang untuk melupakan dia. Aku sangat2 sedih manakala dia nampak gembira di laman sosial.
Dan akhirnya pada satu hari, aku dapat tahu dia sudah ada pengganti aku. Dan hasil siasatan aku dekat semua laman sosial M, aku dapat tahu satu kebenaran yang sangat mengejutkan.
Aku bersyukur dengan apa yang ingin Allah tunjukkan pada ku. Tetapi kebenaran yang aku tahu menyakitkan hati aku dan aku rasa speechless dengan apa yang aku jumpa.
Pengganti aku adalah seorang LELAKI dan M adalah seorang g*y. Aku cuba menghubungi M untuk mendapatkan kepastian walaupun bukti yang aku jumpa memang sudah menunjukkan kebenaran namun aku masih tidak percaya.
M mengakui perkara itu. Dan kegiatan ini sudah lama dia lakukan tanpa pengetahuan aku dan sesiapa.
Rupanya selama ini aku cuma dijadikan sebagai orang yang boleh menutupi kegiatan dia daripada keluarga dan rakan. Baru aku tahu kenapa dia tergesa2 ajak aku berkahwin.
Aku bersyukur kerana Allah pandukan hati aku untuk melambatkan urusan perkahwinan itu. Aku pasti mesti sebenarnya banyak benda yang dia tipu aku selama ni. Aku sangat2 bersyukur sebab Allah dah selamatkan aku.
Kerana sepanjang aku berkenalan dengan dia, tiada satu pun yang aku nampak pada dia yang menunjukkan yang dia seorang g*y.
Aku pasti mesti ada lagi golongan2 ini diluar sana yang menjadikan perempuan sebagai mangsa lebih2 lagi apabila mak bapak mendesak untuk mereka kawin.
Terima kasih pada yang sudi membaca sampai ke akhir, pesanan aku berhati2 lah dalam memilih pasangan, selidik latar belakangnya semampu yang boleh.
Dan yang paling penting banyakkan berdoa supaya ditunjukkan jalan oleh Allah kerana hanya Allah yang mengetahui luar dan dalam seseorang itu yang kita tidak tahu.
Dan aku percaya apa yang berlaku pada aku ada hikmahnya dan mampu dijadikan pengajaran untuk aku dan semua.
Dan jika ada golongan2 ini yang membaca, aku tak nak judge sesiapa sebab setiap manusia ada kesilapan masing2, tapi pesanan aku kalau anda rasa anda masih tidak boleh membuang perkara itu, jangan menganiaya orang lain sebagai mangsa untuk menutupi perkara itu.
Jangan memberi masalah pada orang yang tak bersalah dan semoga anda diberi hidayah.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit