Hi and assalamualaikum semua readers. Terima kasih sekiranya admin siarkan confession aku ni. Aku Lily berumur 25 tahun. Aku terpanggil untuk confess dekat sini lepas baca confession, “bunga yang buruk” (https://iiumc.com/kisbunygbruk/).
Nasib aku dan bunga lebih kurang sama cume pengakhirannya sedikit berbeza. Aku juga dari baby lagi dah mengidap eczema. Dulu waktu aku kanak-kanak, arwah mak dan arwah ayah aku selalu bawa aku berubat dekat banyak klinik.
Pantang orang cakap klinik itu bagus untuk merawat penyakit kulit, mesti ayah aku laju sahaja bawa aku ke sana. Ayah aku kerja peladang sahaja, bukan orang kaya-kaya. Tapi aku Nampak ayah aku memang banyak habiskan duit untuk tengok aku sembuh.
Tapi biasalah, penyakit eczema ni tidak akan sembuh. Ubat-ubatan semua tu hanya untuk kurangkan kegatalan buat seketika sahaja. Sampai lah aku besar. Masuk university, sampai mak dan ayah aku meninggal, aku masih dengan penyakit ni.
Dan sekarang aku pun sudah kerja dan dah berkahwin yeayy. Haha. Dulu waktu zaman study tu, satu bilik dalam 4 orang macam tu, aku seorang je yang tak pernah pakai seluar pendek dalam bilik, tak pernah pakai seksi-seksi sebab aku malu dengan roommate aku..
Aku dulu pun risau sangat nak kahwin sebab takut nanti suami lari dengan keadaan kulit aku yang macam ni. Aku dulu pernah bercinta 3 tahun dengan lelaki metroseksual yang sudah tentu suka dan cintakan kecantikan. Sangat-sangat risau bile dia borak-borak pasal masa depan kitorang contohnya “lepas dah kerja nak kahwin sekian2”.
Mase tu kami memang saling sayang tapi tiba-tiba hubungan kami terputus di tengan jalan. Menangis sampai tak makan nasi jugak lah aku. Tapi lama-lama aku fikir banyak hikmahnya kami putus, sekiranya aku kahwin mungkin dia tak boleh terima aku. Aku takut jugaklah kot-kot nanti dia cakap “muka cantik tapi kulit buruk”.
Lagi benda yang sama macam bunga, Kadang-kadang aku pun tak suka tengok kulit kaki aku sendiri. Nak ambil wuduk pun sama aku angkat kain sikit je. Bak kata bunga basah pun lantak lah kan. Haha. Aku pun jeles dengan kaki kaki perempuan yang cantik lembut putih mulus. Pernah dekat ofis aku rasa gatal sangat kat lipatan lutut tu, cepat-cepat aku pergi toilet semata-mata untuk menggaru.
Sekarang Alhamdulillah aku bersyukur sangat aku dapat suami yang sangat-sangat baik. Yang boleh terima segala kekurangan aku. Sebelom aku berkahwin, aku tak tahu aku dapat kekuatan dan keberanian dari mana, aku berterus terang tentang penyakit aku ni pada suami aku yang pada waktu tu menjadi tunang aku. Aku bagitahu aku ada eczema dan kulit aku tak secantik dan segebu orang lain.
And surprisingly dia terima je sebab tu semua kerja Allah katanya. Dia cakap dia pun dulu ada eczema tapi dah sembuh lepas jumpa pakar. Nanti dah kawin boleh berubat dia cakap. Aku macam, “weh seriouslah? Kau belom tengok lagi kaki aku kau boleh lah cakap macam tu”.
Tapi masa berjalan dan tarikh perkahwinan pun dah dekat. Aku struggle tiap-tiap malam sapu lotion sapu cream. Berdoa supaya sakit ni sembuh and doa supaya suami aku boleh terima aku.
Sampai lah aku kahwin, korang tahu tak sekarang suami aku yang tolong sapu cream kat kaki aku, lagi-lagi celah lipatan belakang lutut tu. Dengan berparut lagi. Mula-mula tu malu tak payah cakap lah. Tapi lama-lama aku tengok suami aku memang tak kesah so aku pun jalankan kehidupan macam biasa walaupun kadang-kadang aku masih rasa stress dengan eczema ni.
Kalau nak bandingkan kulit suami aku dengan aku, kulit dia jauhhhh lagi cantik dari aku ni. Putih lembut lembab gebu gebas.
Pernah hari tu aku dengan suami pillow talk sebelum tidur, aku tanya kenapa dia boleh terima aku even kulit aku tak cantik, aku degil, aku ni aku tu, dan jawapan dia “ni semua rezeki yang Allah bagi pada abang, ni amanah yang Allah mintak abang jaga”. Perghh aku jatuh cinta lagi dengan suami aku guys. haha
Stress part takut nak kahwin tu je yang dah selesai. Stress untuk menghadap orang hari-hari belom selesai lagi ye dan aku tak pasti sampai bila akan berterusan macam ni. Sampai ke hari ini pun, time aku type ni pun aku masih gatal-gatal. Kulit muka aku juga kering dan menggelupas.
Aku sebenarnya sampai sekarang pun masih low confident. Sebab aku rasa stress kerja buat penyakit ni payah sungguh nak sembuh. Semua moustrizer dekat drugstore aku dah cuba tapi masih sama. Aku keep doa, ikhtiar dengan sapu cream,pelembab every day every night, and redho je dengan ujian dan kurniaan yang Allah bagi ni. Doakan aku juga ya!
Dulu masa intern aku pernah je pakai duit elaun pergi Dr. ko. Habis elaun aku.haha. Sembuh sekejap tapi bila aku dah stop ubat, ruam dan gatal-gatal kembali semula macam biasa. Sebab masa intern aku bertunang. Aku risau lah kan sebab kalau dah bertunang, maknanya tarikh untuk berkahwin tu sudah dekat.
Untuk bunga and untuk sesiapa pengidap eczema yang masih single, Kat sini aku nampak,berkat doa dan bila kita berkahwin kerana Allah, bila kita betul-betul ikhlas sayang pasangan kita kerana Allah, Allah akan jodohkan kita dengan seseorang yang bertanggungjawab dan yang boleh terima kita seadanya. Dan anggaplah penyakit yang Allah bagi ni untuk kita sentiasa bergantung harap kepada-Nya.
P/s: Jangan doa nak kahwin dengan suami aku pulak tau! haha.
Aku ada baca hari tu satu artikel, seorang mamat ni 8 tahun hidap eczema lepas tu dia ke sebuah klinik pakar kulit di Tangkak, Johor. Selepas terima rawatan kat situ dengan kuasa Allah dia jumpa jalan untuk keluar daripada masalah eczema dia tu. Aku pun tengah usaha untuk cari masa berubat kat sana. Doakan aku, bunga dan semua yang ada sakit ni diberi jalan untuk sembuh ya.
– Lily, bunga yang kian mekar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit