Hai semua, tengah bosan ni aku tergerak hati nak share kisah “bunian” yang pernah aku alami. Apa yang aku nak ceritakan ni adalah apa yang aku lalui ye dan ianya adalah benar dan tidak bohong.
Macam aku baru cakap tadi, ini yang aku lalui. Lain orang lain yang dia lalui. Okay jom…
Waktu aku form3, aku sekelas dengan seorang rakan ku ni aku gelarkan dia Cuwa. Cuwa ni ada kakak. Kakak dia ni kalau datang sekolah mesti tak sihat.
Kalau masa tu kita orang tengah belajar ni dalam kelas, nanti adalah yang datang nak jumpa Cuwa bagitahu kakak dia pengsan. Sampaikan kalau tiba tiba ada budak mana mana datang kita orang semua dah tahu “ni mesti kes kakak Cuwa ni”
Katanya kakak Cuwa boleh nampak benda ghaib dan kakak dia tak boleh tahan, takut dan mengerikan. Kira hijab terbuka lah. Plus kakak dia ni lemah semangat.
Masuk je form 4. Kakak dia dah mula berani sikit. Nanti kakak dia ajak aku Cuwa teman dia pusing bangunan sekolah nak tunjukkan kat mana dia berada. Maka dengan perasaan ingin tahu aku pon follow lah, kecoh eak? Haha.
Follow punya follow,
“Ha tu dia kat tepi tandas tengah tengok kita”
Serentak tu aku dengan Cuwa pandang sambil bulu bulu halus ku mencanak naik. Peluk lah apa lagi. Tadi acah berani sangat. So dia orang sambung lagi berjalan.
“Ha tu dia kat bawah meja bilik cikgu”
“Tu dia kat bukit”
“Tu dia tengah bertenggek kat tangki”
Tu dia ni tu dia tu..
Terus lah aku rasa aku yang macam nak pitam and pengsan. Sejujurnya aku ni penakut tahap tak boleh nak control tapi sifat ingin tahu aku ni lebih menguasai diri ye. Hmm.
Hari berlalu hari, kakak Cuwa decide untuk berhenti sekolah atas kesihatan dia.
Walaupun kakak dia dah semakin berani tapi kakak dia masih rasa takut dan ada masa benda tu terlalu menyeramkan buatkan dia tak boleh kawal diri dan pengsan berulang kali. Cikgu pun sampai dah tahu nak buat apa.
Ha part bunian pon bermula…
Berhenti je sekolah, mak ayah Cuwa pergi merata tempat untuk pulihkan semangat kakak dia. Dan sepanjang mak ayah Cuwa ni mencari usaha untuk sembuhkan kakak dia, ada ‘sesuatu’ yang datang dekat dia dan meminta untuk memulihkan dan menyembuhkan semangatnya.
Part ni aku lupa ‘dia’ datang cara macam mana. Maksud aku melalui mimpi atau apa. Kisah ni dah berbelas tahun berlaku so aku lupa dah starting dia jumpa kakak Cuwa tu.
Aku pun dah tak jumpa kakak dia lama juga memandangkan kakak dia dah tak sekolah kan. Dengan aktiviti sekolah yang banyak untuk aku hadiri dan acara macam macam, aku dan Cuwa sangat rapat macam belangkas, apa apa acara sekolah kami sama sama masuk.
Satu hari tu Cuwa bagitahu yang kakak dia sekarang semakin okay tapi dibantu oleh “bunian”. Terkejut beruk lah aku. Bunian? Betul ke ada bunian? Memang wujud ke?
Masa tu budak lagi memang perasaan ingin tahu tu membuak buaklah kan. Tapi Cuwa bagitahu yang dia tak percaya langsung dengan kakak dia.
Dia cerita yang bunian tu masuk dalam badan kakak dia kira macam rasuk lah. Nanti kakaknya bercakap tak rupa dia pun. Memang style orang lain yang dalam badan kakak dia.
Tapi Cuwa ni hati keras, dia direct kat kakak dia ‘dah lah kak, ko takyah la nak membohong. Kau ingat aku percaya ke dengan semua ni? Sudah sudahlah tu, kau buat diri kau nampak bodoh tahu tak’
Rupanya sepanjang aku tak nampak kakak dia, kakak dia dah lama berperang dengan bunian tu.
Ada reason kenapa Cuwa taknak bagitahu aku yang pertama sebab dia sendiri tak percaya, kedua dia rasa kakak dia menipu dan macam bodoh, ketiga dia takut aku kata kakak dia menipu dan gila.
Dia dah cukup malu berhadapan dengan kawan kat sekolah yang tahu kes kakak dia hari hari pengsan.
Lama kelamaan, Cuwa pon percaya dengan kehadiran bunian dalam tubuh kakak dia. Macam mana boleh percaya?
Satu hari tu benda tu dah masuk badan kakak dia, kakak dia pegang satu kaca bulat aquarium ikan dan letak kat tapak tangan kanan sambil kakaknya mengangkat tangan ke atas. Kakak dia kata kaca ni akan pecah berderai tanpa sesiapa pun yang buat.
Serentak tu danggggg. Berderai terus kaca aquarium bapak dia ha. Dahlah berat, tebal. Boleh pecah macam tu je tanpa diketuk atau dibaling. Maka bermulalah kepercayaan tu sedikit demi sedikit.
Tak lama tu, habis je kelas, Cuwa ajak lepak rumah dia sambil sambil nak study dan buat kerja sekolah. Aku pun ons jelah memandangkan aku dah lama tak singgah rumah dia. Dulu selalu sangat lepak sampai tak ingat rumah sendiri, haha.
Sebelum tu Cuwa dah pesan yang bunian akan masuk dalam badan kakak dia nanti. Aku berani ke? Mengigil nak terkencing aku dengarnya. Almaklumlah penakutttt. Tapi nak tahuuuu.
Sampai je rumah bagi salam cium tangan makpak dia. Tiba tiba kakak dia keluar, nak salam pun takut takut. ‘Bunian dah masuk ke dalam badan kakak dia ni?’ Tergelak dorang satu family tengok tingkah aku yang serba salah nak salam kakak dia.
“Awak jangan risau, ni kak Nadh lah” sambil senyum.
Haaa memang confirm kak Nadh sebab suara, senyum semua sama fuh lega.
Borak borak dengan kak Nadh sampai kerja sekolah tak jalan nokkk. Punyalah lama tak jumpa dan nak tahu kakak dia sekarang macam mana. Memang nampak kakak dia semakin sihat. Dulu pucat je sekarang nampak lebih fresh.
Kak Nadh share yang kejap lagi bunian tu masuk dalam badan, bunian tu akan masuk dan Kak Nadh kena ready bila dengar bunyi macam hmm macam mana nak cakap ea?
Korang pernah tak tengah diam diam or buat kerja lepastu telinga korang berdesing sebelah? Orang kata bila tiba tiba berdesing tu kena cepat2 selawat keatas nabi saw.
Okay sambung, haa macam tu lah bunian bagi hint supaya kakak dia ready.
Aku pun tak sabar lah nak tunggu bila tiba masanya tu. Makpak Cuwa pun ajak makan kat dapur. Bersila kitaorang semua kat bawah, makanan macam macam dimasaknya.
Tengah tengah makan tu aku tergerak hati nak ambil phone kat bilik. So aku pun bingkas bangun ke bilik Cuwa, bilik kak Nadh berhadapan dengan bilik Cuwa.
Lepas ambil je phone, waktu ni phone rama rama tau, aku tak tahu lah kenapa aku pergi ngintai bilik kak Nadh yang terbuka sikit. Serious aku tak faham kenapa aku buat macam tu.
Masa intai tu, aku nampak kak Nadh tengah menghadap tingkap yang membelakangkan aku. Tengah diam tiba tiba badan dia macam bergerak gerak sambil macam ada satu kepulan asap.
Aku tak sure tu kepulan asap dari orang bakar sampah atau memang benda tu lah. Sumpah seram gila.
Aku punya takut dan menggigil tu aku pun niat nak gostan la tapi terus kak Nadh pusing belakang tengok aku dengan mata terbeliak nya. Terus aku berlari ke dapur selaju yang boleh
Cuwa tegur aku kenapa. Aku diammm je tak cakap apa apa sebab Cuwa dah pesan yang bila bunian tu nak masuk, orang lain tak boleh tengok. Tapi aku tertengok. Huarghhhh.
Tengah makan, Kak Nadh pun datang dapur sambil peratikan kitaorang semua tengah makan. Kat tangan dia ada rotan panjang.
“Dah masuk lahtu” bisik Cuwa
Terdiam aku dari menyuapkan nasi ke mulut.
‘Memang dah masuk pun’ cakap dalam hati sambil rasa nak nangis
Semua senyum je tengok kak Nadh. Tiba tiba kak Nadh bersuara. Uishh suara dia lain. Sedikit halus dan nyaring tapi ada tegasnya tu. Sambil dia berpusing kesana sini tengok kitaorang, paling banyak dia peratikan aku.
Ah sudah, aku tahu ni mesti dia marahkan aku ternampak dia tadi alahaiii nak terkencing aku dibuatnya.
Selesai makan aku pun bangun nak cuci pinggan kat tandas, tandas Cuwa ada 2. Satu tandas tu tempat dia basuh baju dengan ada singki spare memandangkan singki dia kat dapur tu kecik je.
Sorang sorang cuci kat tandas tetiba Kak Nadh datang dok tepi pintu peratikan aku. Aku cerita ni pun aku teringat ingat jadi meremang pulak. Hm.
Aku senyum kelat sambil tunduk tanda hormat. Aku pun lalu depan dia nak keluar tandas tu sambil tunduk, tak semena mena aku kena rotan kat kaki. Terkejut aku dengan yang lain. Aku pun cakap soryyyy kak eh emm maaf maaf. Masa ni tak tahu siapa nama bunian tu.
Cuwa pun datang kat aku tarik tangan “ko buat apa ha?”
“Buat apa apanya?”
“Tu kau kena rotan. Dia takkan rotan orang kalau takde buat salah”
“Salah dia jangan makan sambil bercakap” Kak Nadh menyambung. Dengar ajee..
Cuwa pun bawak aku ke bilik.
“Aku tak rasa sebab kau makan sambil bercakap je sampai kena rotan, sebab kitaorang pon tadi makan sambil bercakap takkena rotan pon. Ko buat apa ha?”
Maka aku pun jujur apa yang berlaku tadi. Tepuk dahi si Cuwanya dengar kisah aku..
Panjang pulak aku karang. Anak pun dah menangis nak susu. Nantilah aku sambung lagi. Ada yang nak tahu next part ke?
Next part aku akan share kisah 3 bunian yang berlainan. Itupun kalau ada yang nak bacalah. Okay Assalamualaikum.
– Wan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Cerita yang menarik. Dalam seram ade kelakar.