Buntu

Assalamualaikum and salam sejahtera semua. Aku, Amina, 18 tahun dan sekarang aku baru sahaja melanjutkan pelajaran di sebuah universiti awam di utara tanah air.

Perkongsian aku ini lebih kepada luahan hati yang dah buntu dan aku dah give up dah penat sebenarnya nak hadap.

Seperti yang semua orang tahu, kemasukan pelajar ke universiti di seluruh negara ditangguhkan dan pembelajaran hanya diteruskan melalui odl atau online distance learning sahaja.

Aku pada mulanya tak berhajat pun nak sambung belajar lagi. Tapi dah rezeki takkan nak ditolak kan? Okay tanpa tak membuang masa aku straight to the point je lah ye.

Okay sebenarnya aku tak sempat pun nak ke kampus, orientasi pun online, tengok dekat FB live U aku tu je.

Minggu pertama tu kira macam warm up lah, lecturer perkenalkan diri, berkenalan dengan kawan2 kat alam maya yang masing2 tak kenal satu sama lain pun.

So minggu kedua tu dah start belajar, everything just biasa2, aku masih macam blur, tak boleh nak fokus pun sebab macam tiber jeee dah belajar balik.

Aku rasa macam tergapai gapai untuk beberapa minggu, dah la start belajar tu lecturer dah cakap pasal assignment, group project lah dengan classmate sorang pun tak kenal.

Start dari situ, semua orang dok pulun buat assignment je, belajar ni time ada kelas tu je. Time lain takdan nak belek pun belajar pasal apa, subtopik2 semua tu.

Yalahkan, dah semua duk kalut nak settle assignment ja. Aku pun sepanjang kelas tu duk tergapai gapai gitu jugaklah. Tapi aku tak puas hati, aku rasa macam kenapa aku je yang macam ketinggalan ni.

Pastu aku pun carilah jalan, usaha la apa yang patut and then alhamdulillah bolehla slowly adapt dengan “dunia keuniversitisan” tu.

Pastu dalam dekat sebulan lebih belajar tu, dah start ada test. Aku pun macam WHATTT takkanlah nak start ada test kan, belajar pun merangkak rangkak lagi.

Pastu takpalah so far test tu berjalan lancar je, cumanya test tu tak selaras sebab aku ingat bila test ni dia ada macam minggu peperiksaan rupanya tak. Rupanya kalau nak ada test, lecturer course tu akan bagitau je seminggu awal.

So far aku ada 8 course/ subject. And guess what ? Dalam subject2 tu ada jugak mathematic.

Sebenarnya inilah yang menjadi punca aku dah tak ada hati nak sambung belajar. Dari zaman sekolah rendah, sekolah menengah tak pernah la nak dapat result baik.

Paling teruk sekali result math aku, aku penah dapat 7% je. Malu, malu semalu-malunya Tuhan je yang tau. And then setiap kali exam math, aku terpaksa act macam cool2 depan semua orang, depan cikgu math aku.

Sometimes tu ada jugak kawan2 yang perli cakap, aku ni takyah ambil pun tak apa exam math ni, sebab dah tau akan gagal.

Hahaha nak cakap tak terasa tu bohonglah tapi nak buat macam mana kan, dah memang bodoh jenis yang tak boleh bawak bincang dah.

And last sekali aku ambil keputusan masuk tuition. Pastu masa mula2 masuk tu aku cakap kat cikgu tuition aku, “terus terang saya cakap, saya memang tak tahu menahu langsung pasal math ni cikgu”.

Alhamdulillah pastu dia guide la aku, kawan2 aku pun bersabar ja tolong aku walaupun kekadang tu excited jawab exam 5 kali 5=10 hahaha.

Alhamdulillah SPM result aku eloklah jugak untuk math ni, dapatlah B. Pada aku tu semua nasib je.

Aku ni nak cakap aku pandai tak jugak, time exam rasa macam tah laa terpinga pinga tapi alhamdullillah setiap kali exam time sekolah tak pernah la terkeluar dari list 20 orang pelajar yang di “aim”kan 5A ke atas.

Kedudukan dalam kelas pun duk tempat 5, 6, 7 camtu je sampai mak aku tanya, “kakak kali ni number 5 ke 6 ? ke 7 ?” hahaha cuma yang problemnya tang si subject math ni lah.

Aku pun taktau nak buat macam mana, runsing, tak kemana hidup aku kalau duk fikir tang mana salah aku time belajar math ni.

Habis ja exam math masa SPM haritu aku terus macam “aku dah taknak hadap kau lagi” sambil bagi kertas jawapan dekat pengawas peperiksaan tu.

Tapi itulah kan orang cakap, benda yang kita taknak kan sangat tulah akan “berdamping” je dengan hidup kita.

Dan bermulalah episod kebodohan bertimpa timpa seorang Nur Ameena Raisha. And lepas lecture aku cakap test math hari sekian, sekian, 8pm-9pm, aku pun mulalah buat revision semua.

Sebab kelas online kan so senang nak buat rujukan sbb lecturer post balik video2 yang kelas aku belajar tu.

Aku pun pulunlah kan study satu2 bab balik, siang malam pagi petang memang aku bagi attention dekat subject math ni ja. Bayangkan 3 hari sampai lah ke saat akhir nak test tu aku masih boleh duk pulun lagi buat latihan.

Sedar tak sedar dekat beratus muka surat jugak aku buat latihan tu. Aku pun tak percaya haha time sekolah dulu nak exam aku duduk gigit kuku and hentam saja jawab.

But this time lain sikit semangatnya. Memang aku bersemangat, sebab first time aku rasa macam faham gilaaa belajar math ni.

And then tetiba time nak start test tu google pulak problem, and semua orang macam risau tiber je google ni tak function.

Aku pun mula tu gelabah biawak jugak lah sebab aku ingat line aku sorang je yang problem. Dengan nervous nak jawab lagi. Pastu last sekali lect aku send soalan dekat whatsapp je haha.

Nervous aku pada mulanya tu biasa2 ja boleh control lagi. Aku cuba la tenang2 baca soalan and cuba jawab.

And then bila aku mula jawab satu soalan tu terus rasa macam, “eh tak betul ni”. And lepastu aku cuba jawab lagi guna formula lain, rasa salah jugak pastu guna formula lain, jawapan tetap rasa salah.

And aku pun macam takpalahkan jawab soalan lain dulu. Soalan ada 9. And bila aku nak jawab je soalan yang lain tiba2 datang satu perasaan dimana aku tak boleh nak move on dengan soalan yang aku rasa jawapan dia salah tu.

Dia macam satu pressure aku pun taktau nak explain macam mana feel dia tu tapi dengan aku punya semangat ni masih kuat lagi,

Dengan perasaan, entahlah aku anggap tu nervous lah kut pastu dengan masa pun tinggal setengah jam je, dalam kepala otak aku duk sangkut dengan “jawapan tadi tu salah” and its really hit me you know.

Pastu aku macam masa dah tak banyak, aku tak buat apa lagi ni. Takkan aku takboleh jawab langsung.

Ish tapi aku belajar faham gila kut pastu duk terbayang pulak usaha ayah aku beli laptop semua buat kerja lebih masa usaha itu ini sebab aku nak sambung belajar ni. HAH SUDAH.

Perasaan time tu memang bercampur baur sangat dengan itu ini. End up aku menangis and meraung je macam orang gila, macam hilang suami sampaikan mak ayah masuk bilik tenangkan aku.

Pastu mak cakap kalau tak boleh buat tu takyah la buat berenti je. Tapi MASALAHNYA AKU TAK DAPAT NAK BUAT APA LANGSUNG ! Stuck. Jammed !

And masa pun dah tinggal 5, 6 minit camtu aku buat jugaklah bagi ada jawapan, gagahkan diri jugak walaupun nak pegang pen pun dah tak mampu, tak kuat.

Pastu last sekali aku jawab la jugak 3 soalan. And masa aku hantar jawapan tu memang aku yakin seyakinnya aku tak dapat markah langsung.

ALLAH…. give up terus time tu. Kepala otak pun dah macam kosong, kaku. Dahla lecturer tu baik gila, time tu rasa macam aku ni aniaya semua orang. Mak aku ayah aku, lecturer aku, even diri aku sendiri.

Seminggu lepastu aku menangiss je mengenangkan malang yang menimpa aku tu. Aku pun takdak reason yang logik, kenapa, apa yang jadi dengan aku time jawab test math tu.

Dahla test ni dia macam “carry mark” utk pointer bila dah habis sem nanti. Haih sedih sangat rasa takkanlah aku tak mampu nak dapat markah langsung even 1 markah. Allah. Sedih sangat2.

So episod duka pun terus meghurung di dalam diri ini. Tiba2 subject math ni tukar lecture pulak, so far lecturer ni okay jugak. Bab2 lecturer ni pada aku tadak masalah pun. Semuanya okay alhamdulillah. Cumanya aku masih terkilan dengan test math aku tu huhu.

Aku taktahu nak buat macam mana lagi dengan MATHEMATIC ni. Aku cuba usaha ja. Penat dah nak hadap dari sekolah rendah, sekolah menengah sampailah dah masuk universiti.

Hm. Sedih bila lecturer aku suruh kawan2 yang lain share jawapan, and diorang punya jawapan semua memang excellent.

Aku? Hmm entahlah. Taktau nak buat macam mana nak “olah” kepala otak ni macam mana lagi. Kadang2 tu nak hantar exercise tu stress sangat sebab aku tak dapat jawapan, tak tau nak buat.

Senang cerita memang aku hm bodoh sangat. Aku bukan tak nak tanya lecturer aku tapi kadang tu previous task yang dia bagi aku dapat jawab, padahal aku tiru yang kawan aku je.

Nak buat macam mana kan, kadang due date tu dah dekat. Belajar chapter baru pukul 12 tengah hari, pastu lecturer dah bagi task nak before 12 tengah malam.

Aku pun bukan takdak kerja lain. Masuk je bulan 12 ni assignment pun bertimbun timbun due date pun dekat2. Allah. Penat fizikal dan mental. Aku buntu. Kat mana penyelesaiannya ya Allah.

Lagi 2 minggu ada lagi test math ni. Aku dah trauma dengan test math haritu. Runsing. Risau demi risau berselubung di dalam dada.

Minta semua tolong doakan aku, urusan aku, dipermudahkan. Aku bukan orang senang, nak apa2 memang aku usaha sendiri. Lepas je SPM terus cari kerja.

Orang lain habis spm enjoy, aku terus ikhtiar cari duit untuk teruskan hidup sendiri, yuran sambung belajar pun aku usaha sendiri semua dengan harapan aku masuk universiti ni nanti2 dapat kerja yang baik. Dapat bantu keluarga aku. Dah termasuk rancangan Bersamamu pulak.

Btw terima kasih buat korang yang baca confession ni. Maaf andai ada terkasar bahasa didalam penulisan aku. Alhamdulillah ringan sikit kerunsingan dalam jiwa bila buat luahan macam ni.

– Amina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *