Assalamualaikum semua. Terima kasih admin siarkan cerita aku. Nama aku Angah, seorang isteri dan ibu kepada seorang anak perempuan & sedang menunggu hari untuk anak yang kedua.

Seperti tajuk di atas, aku sekarang berada di fasa sama ada ingin berhenti kerja ataupun tidak. Sebelum aku cerita dengan lebih lanjut, serba sedikit tentang diri aku. Aku seorang yang jenis lembut hati, dan senang berubah fikiran jika dipujuk.

Pada bulan Oktober 2023, aku telah mendapat pekerjaan di tempat baru (syarikat kecil) dimana waktu itu aku sedang hamil. Syarikat pun telah maklum berkenaan keadaan aku waktu itu.

Sebelum kemasukanku, pekerja lama berhenti pada bulan June 2023 & selama tiada pengganti untuk jawatan ini, ada seorang pekerja yang telah diberikan tugas untuk menggalas jawatan ini yang akan ku gelarkan sebagai S.

Kalau nak diikutkan, S mempunyai jawatan & skop kerja tersendiri dibahagian kewangan.

Setelah diterima disyarikat tersebut, aku telah diterangkan oleh S tentang job skop apa yang perlu dilakukan.

Tetapi sehingga ke hari ini, kebanyakan kerja yang sepatutnya menjadi tugas ku, sering kali S yang akan take over. Bila aku tanya S akan menjawab “takpa sikit je ni, saya boleh buat”.

Jadi disebabkan itu, pekerja lama yang lain kebanyakan akan refer kepada S, dan S akan menjadi orang tengah yang akan deliver kerja itu kepadaku.

Tetapi jika S berkelapangan, S sendiri akan settle kan kerja tersebut tanpa memberikan kapadaku.

Keadaan ini berlaku hampir setiap hari, dan setiap hari itu jugalah aku akan bertanya kepada S jika ada apa apa yang boleh aku bantu. Ibaratnya aku seperti pelajar praktikal.

Aku masih perlukan bantuan S untuk tunjuk ajar disebabkan jawatan ini sedikit berlainan daripada jawatan lamaku.

Didalam whatsapp group juga, boss selalunya aku mention nama S atas semua tugas atau perkara melibatkan skop pekerjaanku.

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari aku perasan sedikit perubahan pada S dimana dia seolah memarahi aku diatas beberapa kerja yang pending (update didalam listing), dia telah senaraikan apa yang tidak diupdate & meminta untuk aku update.

Sedangkan segala dokumen/surat kebanyakannya pekerja akan directly kepada S dan bukan aku. Jadi aku yang perlu ambil tahu sendiri untuk update didalam listing tersebut, jika tidak diupdate maknanya aku mmg tidak tahu langsung perkara itu.

Jadi selepas kejadian tersebut, aku memang terus terfikir untuk meletakkan jawatan disebabkan aku rasa kerja ini rumit & merasakan pengambilan aku ini seperti tidak diperlukan. Kerana setiap urusan akan berurusan langsung kepada S.

Aku pun membuat draf surat berhenti dan sudah pun diprint. Tetapi dalam masa sama, aku masih bertanya pendapat kepada beberapa orang terdekat, dan jawapan yang aku dapat mostly 50:50.

Bermakna ada yang menyokong dan ada yang minta aku sabar sehingga melahirkan kandungan ku ini.

Jika aku meletakkan satu bulan notis, aku terpaksa menunggu sebulan dari tarikh hari ini (jika aku meletakkan surat berhenti pada hari ini) dan akan berakhir bulan depan iaitu sama seperti tarikh aku menunggu due date kelahiran jika aku tidak meletakkan surat berhenti.

Dengan erti kata lain, dua dua keputusan sama ada berhenti ataupun tidak, aku tetap harus menunggu kerana due aku adalah pada awal bulan berikutnya.

Disaat ini aku betul betul mengharapkan jawapan daripada pembaca semua, sama ada aku perlu letakkan jawatan ataupun menunggu sehingga selepas melahirkan. Terima kasih semua.

– Bumil yang buntu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *