Aku pernah tulis luahan, ada yang aku dah hantar. Tapi tak sempat aku siapkan keseluruhan cerita bagi yang membaca benar-benar faham jalan kehidupan aku.
Tapi sekarang aku betul-betul buntu. Nak tulis pun longlai aku dibuatnya. Otak aku bising, bingit.
Aku dalam perkahwinan yang ketiga. Yang pertama, ex aku anak emak. Yang kedua, ex aku ‘a boy’.
Keduanya tak perlu aku hurai panjang, keduanya aku yang tinggalkan dengan mengajak berpisah dengan persetujuan bersama. Kerana aku terlalu letih.
Sedari kecil, aku banyak berdikari. Aku nak apa, usaha sendiri. Aku bukan jenis meminta-minta. Segala cerita luahan dalam IIUM Confession ni banyak dah pernah aku lalui.
Aku perlukan seorang lelaki yang benar-benar lelaki. Yang benar-benar mahu jadi suami. Membimbing, tahu apa tanggungjawab seorang suami.
Malah aku tahu, kalau aku terus sendiri, aku mungkin akan jadi ‘jahat’… dan aku nak rasa bahagia yang sebenarnya, walau sekejap cuma dalam hidup aku ni.
Jadi aku pilih untuk beri ruang dan peluang lagi untuk bernikah lagi.
Yang ketiga kini, so far nampaklah kelelakian dia. Serba-serbi reti buat. Rajin kerja. Cuma, belum sampai masa rezeki dia.
Dari awal kahwin sampai sekarang, masih aku yang banyak menanggung. Sejujurnya aku tak kisah dan pejam mata asbab jelas dia nampak rajin dalam urusan rumahtangga.
Masalah mentua ada, hampir sama saja cerita dengan yang lain. Cuma masalah suami aku ni satu ja — dia tak reti jaga mata. Korang faham kan? Dan itu yang buat aku mudah trigger.
Aku tak tahu aku sakit apa. Aku rasa segala jenis sakit mental aku ada. Dan suami tak pandai untuk urus aku bila ‘gila’ aku datang. Dia rupanya pun baran. Suara dia yang kuat pun dah buat aku semak sangat. Memang nada suara dia macam tu.
Aku cuba terima dan faham. Tapi aku memang sangat sensitif banyak hal, jadi bila dia bercakap biasa pun aku dah rasa macam kena marah.
Aku buntu. Aku pun tak tahu apa yang aku nak tulis, nak luah. Terlalu banyak luka. Terlalu.
Doa aku sekarang cuma satu — minta Tuhan ambil nyawa aku secepatnya. Sebab aku memang dah terlalu penat hidup.
Ada anak, tapi ex ambil anak aku. Ada 3 abang, tapi satu pun tak function dalam hidup aku. Malah ada yang pernah perkosa aku waktu kecil.
Ada kakak, tapi entahlah… Aku yang bongsu sepatutnya dimanjakan, diberi perhatian. Tapi aku yang selama ini banyak urus keluarga. Dah kahwin pun, akulah yang banyak urus.
Jujur, aku buntu!
TOLONG doakan aku.
Doakan Tuhan ambil aku, sebelum aku ambil nyawa aku sendiri.
– SB (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kamu ada banyak luka batin sewaktu kecil…semua itu dimanifestasikan dlm kehidupan rumah tanggamu.
Kau bersikap maskulin sgt sebab tu kau nampak smua ex2 ko tu anak mak la..boy la…
Ko jd maskulin energy sebab masa kecik pernah dijahati sama abg kau yg iblis tu.
Kau ada trust issue dgn lelaki..sebab tu kau rasa semua lelaki tak guna tak function sgt.
Seeloknya kau jgn berlaki lagi selagi kau belum settle dgn trauma silam.
Kelak nanti circle cerai akan terus terjadi.
Kau nak mati kerana nak lari dr masalah ?
Kesudahannya sendiri yg susah…di soal dlm kubur dibantai malaikat.
Jumpa kaunseling berbayar.Trauma kau kena dipulihkan baru dunia kau turut berubah
3 kali kawin ko rasa smue laki tu problem yg sbnrnya ko je yg problem. better xyh berlaki da la. bawak diri sorng2. kalau rasa sunyi tu pndai2 la borak dgn AI xpun beli timun.