BUNTU.Tu yang aku alami sekarang ni.Mintak maaf terlebih dahulu jika cerita yang aku tulis ni tak berapa bagus dan sedap untuk dibaca sebab aku pun tak ada skills dan basic untuk menulis sangat.
Umur aku tahun 2018 ni masuk 21 dah.Cepat kan masa berjalan.Oh ya nama aku Iman(bukan nama sebenar).Tujuan aku tulis cerita ni sebab nak luahkan kebuntuan aku yang dipendam beberapa hari ini.Alhamdulillah hari ni genap aku kerja sebagai cikgu tadika selama 8 bulan 6 hari.Selasa lepas bermulalah hari yang aku rasa sangatlah panjang dan teramat lah penat sebab first day budak-budak masuk tadika kan so paham-paham jerlah macam mana ragamnya.Dan alhamdulillah hari tu tak ramai budak yang meragam dengan nangisnya,kencingnya lagi dan sebagainya.Tapi hari tu jugak aku memang dah pasang azam baru untuk lebih ambik tahu dan mengenali anak murid aku punya ragam dan personaliti.Sebab apa aku punya azam macam tu?Sebab tahun lepas aku rasa aku gagal menjadi seorang pendidik yang berjaya bila mana ada sorang anak murid aku tak tahu membaca dengan lancar dan menulis dengan baik sampai ke sudah habis sekolahnya.Mungkin sebab usaha aku yang tidak cukup atau sebab aku lambat tahu akan keadaan budak itu ada penyakit yang menganggu pembelajaran dia.
Berbalik pada hari pertama persekolahan tadi,adalah 2 orang anak murid aku yang meragam menangis sebab nak balik tapi yang lain tu okey jer.Tetapi ada 1 orang anak murid aku ni memang menarik perhatian aku untuk aku mendekati dia dengan lebih rapat lagi.Nama dia aku gelarkan sebagai Muhd(bukan nama sebenar) sahajalah.Muhd kalau diikutkan sama sahaja seperti kanak-kanak lain tapi dari segi personalitinya tidak.Jika dipanggil Muhd akan bingung untuk seketika dan seolah berfikir baru bertindak.Tapi waktu tu aku rasa owh okey mungkin perkara biasa sahaja akan tetapi rupanya tidak.Selama 4 hari aku mengajar anak muridku di dalam kelas ternyata Muhd perlu diberikan perhatian yang lebih dari aku.Guess what?Muhd seorang yang banyak bercerita sehingga aku pun tak dapat mengawal tingkah lakunya dan akan gelak seusai bercerita.Dan dari tu aku pun start menanyakan perihal Muhd pada guru-guru yang lain.
Dari maklumat yang diterima,waktu open day tadika kami,Muhd datang bersama ibunya untuk mendaftar dan juga untuk mencuba uniform tadika yang baru.Jadi waktu Muhd nak cuba uniform barulah aku teringat ya memang aku ada perhatikan tingkah laku Muhd sedikit pelik sebab dia hanya gelak sahaja tanpa sebab.Selalunya kalau budak meragam mesti akan menangis bukan?
Oleh itu,sekarang ni aku tengah selidik dan kaji tentang Muhd.Bukan sahaja Muhd bahkan anak muridku yang lain juga aku dalam proses mengenali mereka dengan lebih dekat lagi.Untuk apa aku kaji pasal semua ni?Penting bagi aku sebagai seorang pendidik tahu apa jenis pembelajaran dan rawatan yang sesuai bagi kanak-kanak ini.Jadi adakah perlu aku mengikuti kelas khas untuk situasi ini atau pun hanya mendapatkan nasihat sahaja dari yang pakar?Sebab sebelum ni aku ada bertanyakan pada seseorang yang arif akan tetapi tiada sebarang jawapan diberikan.Kerana aku takut untuk situasi lepas berlaku lagi jadi aku menginginkan pendapat yang bernas dan baik dari korang.
– CIK iMAN
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit