Buntu; Apakah Tanggungjawab Su4mi 1steri Sebenarnya?

Assalamualaikum and hai semua.

Salah ke aku dalam soal ni? Atau aku yang terlebih memikirkan untuk mengelakkan dari berlaku sesuatu di masa hadapan yang masa di waktu itu nanti nasi dah jadi bubur, takkanlah sudah terhantuk baru tengadah?

Aku dalam fasa nak bertunang, tapi bila jadi perkara macam ni yang buatkan persefahaman sukar dicapai buatkan hati aku berbolak-balik, pening kepala. Nama watak macam di bawah:

Bakal tunang:

Lelaki A – sudah berkahwin, mempunyai anak

Perempuan C & D – sudah berkahwin tapi PJJ, suami di barat dan selatan.

Isu timbul apabila mereka merancang untuk lepak makan-makan secara ber-empat. Mereka nak lepak sama sebab kononnya mereka ni batch yang masuk kerja pada waktu yang sama dan dah lama tak lepak-lepak.

Aku merasakan perkara ni tak perlu pun untuk berjumpa di luar waktu kerja lagi pula tanpa kehadiran pasangan masing-masing.

Aku ok je kalau bakal tunang aku ni nak lepak jumpa kawan asalkan sama jantina dan kalau ada kawan perempuan nak join pun biarlah bawa suami sekali. Bukankah lebih manis kalau seperti itu?

Tak pernah aku nak cakap lebih-lebih kalau dia ada makan-makan dengan rakan sekerja lain sebab melibatkan semua bukan sesetengah macam ni, specific people di luar waktu kerja pula.

Bermulalah fasa pick points to each other, dia menyalahkan aku dengan perasaan insecured ni dan kalau aku yang buat boleh pula?

Masalahnya aku berani cakap sebab aku tak pernah dan cuba jaga batas aku lagi-lagi bila berurusan dengan jantina berlainan, walhal aku bekerja dalam bidang didominasi lelaki.

Tak kisah la dah kahwin ke belum, single ke tak. Manalah tahu kalau dia single but taken, aku kena serang dengan partner mereka ke apa, apatah lagi yang dah terang-terang suami orang.

Paling kurang ada usaha dari pihak aku nak elakkan fitnah, dari timbul masalah di kemudian hari. Sebelum ni ada je dia pergi makan dengan kawan-kawan sekolah dia, bbq same-sama tapi masing-masing bawa suami isteri kecuali dia.

Tapi lain pula kali ini. 4 orang ni berjumpa tanpa pasangan masing-masing. Dah jadi macam 2 couple pula, doubled date kalau orang pandang.

Dia kata takde siapa pandang pun, perasaan aku je. Aku kecewa la, aku beria jaga batas apa semua ended up dia buat camni.

Bukanlah aku buat semua sebab manusia tapi aku macam terkilan, Ya Allah aku cuba jaga diri aku sehabis habis macam ni aku dapat? Ha lebih kurang macam tuh.

Aku cakap, tak perlu pun jumpa luar waktu kerja macam ni, lagi pula mereka dah berkahwin.

Yang lelaki A patutnya spend time la dengan anak, cutikan anak tuh dari pengasuh dah kalau isteri kerja.

Bila lagi nak spend time full day dengan anak selain hujung minggu, uruskan A to z dari anak bangun tidur sampai isteri balik ke apa.

Yang perempuan 2 orang tuh, kalau nak sangat keluar, keluar berdua je sesama girls tak perlu nak ajak lelaki orang. Tak pun nak pahala lebih pergilah redah jalan jumpa suami masing-masing.

Yang perempuan sorang tuh bukan jauh mana pun suaminya, dalam negeri yang sama je, daerah je lain. Semua ni antara nak dengan taknak je.

Disebabkan perkara ni dikatanya pemikiran aku kolot, tak applicable untuk norm dia. Siapa aku? Penasihat perkahwinan ke?

Diri sendiri belum kahwin dah nak nasihat orang katanya. Pada hemat pemikiran aku, kalau dah kahwin buat cara orang kahwin.

Suami bagi green light jangan nak ambil kesempatan, sama juga kepada suami kalau isteri ok tak bermaksud semuanya akan ok sahaja. Dah macam masing-masing nak tunjuk pula how sporting their partner are.

Aku berfikiran suami/isteri yang baik takkan ambil keputusan macam ni bila ada yang ajak makan lepak tanpa kehadiran pasangan masing-masing.

Dia persoalkan dalam hukum mana yang sebut kata suami isteri orang tak boleh keluar lepak tanpa pasangan masing-masing?

Aku cakap, dalam Islam ada sebut kalau ada perkara yang boleh mendatangkan mudarat, fitnah dan segala yang tak baik sebolehnya elakkan.

Keputusan di tangan kita sendiri, dan benda boleh elak kenapa nak ambil keputusan tuh juga?

Aku cakap sesi lepak melepak makan-makan ni takkan jadi kalau dia tak bersetuju nak join sama dan jangan hanya sebab nak kekal relevan dalam sesuatu dia perlu bertindak macam ni.

Kalau dia tak turut sama, suka hati mereka masih nak meneruskan plan tuh ke tak, which aku rasa tak jadi terus.

Apa point sebenarnya nak keluar ni semua? Bakal tunang aku cakap untuk makan and that’s it. aku cakap, bawa je lah adik dia keluar foodhunting sebab aku jauh.

Dia cakap dia sendiri pun minta parents dia meninggal dan aku pun tahu keluarga dia macam mana jadi itu tak mungkinlah (dia masih tinggal bersama keluarga anyway).

Aku cakap pergilah sendiri, me-time. Diam. Pilihan ABC sudah aku bentangkan, dia tetap juga pilih pilihan D untuk pergi.

Bakal tunang ada tanya aku tak percaya dia ke? Aku cakap dalam 100% aku tinggalkan lagi 10% a space to have a doubt.

Dia percaya kat aku 100%, terima kasih dan aku hargai dengan tak melakukan perkara-perkara tak sepatutnya tapi dia hurghhh.

Dah kalau makan-makan lepak macam ni mesti ada sentuh hal isu dalam kain rumahtangga masing-masing.

“Suami aku nak jual motor and beli motor besar la, mertua aku sebegini sebegitu, harta banyak semua pakat berebut” sebagai contoh.

Dah kalau mula menyentuh isu macm ni, mula-mula kesian, bagi pendapat masing-masing selepas itu apa jadi tuan puan? Ya ruang sudah dibuka, syaintonirrajim pun makin beria menyucuk. Ini yang aku takutkan sebenarnya.

Dekat pejabat dia ni bukan tak pernah jadi kes skandal sondol menyondol. Living proof tuh dah ada. Suami orang dan pekerja baru. Isteri datang serang dekat pejabat, akhirnya si lelaki ceraikan isteri dan kahwin dengan skandal dia ni.

Bekas isteri bagi hak penjagaan semua dekat suami tak perlu nak buat sesi hearing court di masa lain.

Kalau hak penjagaan dapat ke bekas isteri part nafkah anak-anak pula nanti banyak cerita, so dia serahkan siap-siap kepada yang sepatutnya bertanggungjawab.

Sekarang dengan isteri baru, kena control la tak boleh nak main badminton, lepak dengan kawan-kawan lama-lama takut isteri baru bising dan isteri baru takut dengan bayang-bayang karma sendiri la.

Yang peliknya dua-dua tak ditukarkan ke daerah atau negeri lain.

Affirmation bakal tunang boleh bagi, dia kata dia yakin benda-benda macam ni takkan jadi. Aku pun cakaplah, oklah kalau macam tuh.

Kalau ada topik yang mendorong kepada isu dalam kain masing-masing ni tak payah respons bagi pendapat bagai. Tapi still aku yang tak senang duduk bila dia pergi, mungkin sebab aku susah nak terima benda-benda camni.

Oleh itu, kepada anda semua yang sudah berkahwin baik suami atau isteri, mahupun yang single silalah berikan nasihat sepatah dua kata anda.

Aku tahulah macam jaga maruah & nama baik suami, tapi apakah tugas, tanggungjawab suami isteri ni sebenarnya lagi-lagi pula bila berada di tempat kerja dalam definisi anda sendiri?

Perlu ke nak jumpa rakan sekerja berlainan jantina tanpa pasangan masing-masing seperti situasi di atas? Atau aku yang overthinking dan melayan perasaan ni terlebih seperi yang diperkatakan oleh dia?

Akhir kata terima kasih untuk masa kalian, semoga anda senantiasa berada dalam rahmat kasih sayang Yang Maha Esa.

– Lisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *