Buntu Buat Keputusan

Assalamualaikum..Terima kasih jika sudi siarkan confession saya ini.

Tujuan saya tulis confession ini untuk saya tanya pendapat rakan-rakan mengenai situasi yang saya alami ini.

Saya baru bekerja di sebuah syarikat swasta ini. Buat pertama kalinya saya merasa selesa bekerja disini kerana saya tidak menghadapi sebarang masalah berkaitan pembayaran gaji, epf, diskriminasi seperti di syarikat sebelum ini,

Dan selain itu syarikat ini juga tiada masalah untuk bagi ruang kepada Muslim untuk menunaikan solat.

Cuma, ada satu masalah yang saya hadapi iaitu bebanan kerja yang berlebihan di jawatan yang saya sedang bekerja ini. Sejak dari itu hingga kini, saya sering merasa susah hati dan kurang bersemangat untuk hadir bekerja.

Masalah yang dihadapi di tempat kerja kadang kala otak saya bawa sekali di rumah. Cuma saya dah mula sedar yang kerja saya tu agak banyak dan buat saya pening kepala.

Terlalu banyak nak fikir, sebab kerja saya tu bercabang-cabang. Bila saya tengah buat kerja A, tiba-tiba ada saya perlu buat kerja B, dan kerja C dan banyak lagi.

Staf lain kebanyakannya relax saja, tapi kerja saya tak berkesudahan. Kalau staf lain hanya duduk setempat, saya perlu bergerak sebab ada banyak kerja nak buat. Ada juga staf department lain beritahu saya, jawatan saya tu memang tough dan pening kepala sikit.

Saya selalu kena tegur dengan superior saya sebab saya slow.. Tapi normal la sebab saya takde la slow sangat, lagipun saya masih baru dan dalam latihan dan jenis skop kerja tersebut agak baru pada saya..

Kerja saya itu, banyak kena peka dan perlu berhati-hati. Sekiranya buat terlalu laju boleh mendatangkan masalah kepada kerja saya. Jika buat kerja slow atau sedang2, nanti ada minta buat laju2..Saya jadi runsing tapi saya memang boleh buat kerja-kerja tu.

Lagi satu, bila beberapa minit sebelum nak balik selalu sangat ada masalah, contoh sebelum ni staf lama ajar saya buat kerja tu, tiba-tiba bila saya buat seorang, ada saja masalah yang berlaku,akhirnya kerja tersebut tidak dapat disiapkan pada hari itu.

Perkara tersebut membuatkan saya nampak seperti orang bodoh dan blur sebab tak reti buat kerja, sedangkan sistem atau masa tu situasi tu tengah bermasalah.

Saya pernah ada niat nak bercerita dengan superior saya, tapi saya sangat risau dengan penerimaan beliau.

Sebab sebelum ni pun, saya pernah kena sindir dengan dia dan staf lain juga. Sebab saya agak lambat dapat sikit sebab saya seorang implementer person (orang yang belajar melalui tutorial visual/tunjuk ajar), bukan dari arahan atau percakapan semata.

Ohh ya, kerja saya juga berkait dengan ramai orang. Kalau orang lain yang bermasalah atau kurang beri kerjasama, akhirnya saya perlu untuk hadap semua itu.

Hati saya sekarang ni sedang berbelah bahagi sama ada saya perlu untuk teruskan atau berhenti dan dapatkan kerja lain.

Sejujurnya ada rasa sayang dengan kerja baru ni, sebab betapa susahnya saya nak dapat kerja di sini dulu.

Sebelum ini, saya selalu bertukar kerja dan disebabkan itu, saya sering dipandang rendah oleh sekeliling dan ada yang menyatakan saya ni tak kuat mental, sedangkan hanya Allah sahaja yang tahu apa yang saya hadapi.

Kebiasaanya yang mudah bercakap macam tu, mereka sendiri pun tak pernah rasa kerja macam saya. Hanya kerja biasa saja dan mudah sangat bercakap perkara yang melukakan hati saya.

Punca saya kerap bertukar kerja di syarikat lama sebelum ini adalah masalah berkait rapat dengan gaji, slip gaji, epf, bebanan kerja yang berlebihan, diskriminasi,serta persekitaran yang toksik.

Saya buntu sangat. Sangat buntu. Penat dah nangis. Selalu fikir apa hikmah di sebalik semua ni. Selalu sangat dapat kerja dalam situasi yang bermasalah dari pengurusan.

Nak berhenti, tapi saya terbayang wajah orang-orang yang saya sayang, komitmen sedia ada, dengan impian yang saya belum capai lagi.

Bila cuba berniaga untuk cari jalan keluar dari masalah ini, bisnes kecil saya tiada sambutan. Saya banyak berdiam je sekarang.

Semoga kawan-kawan dapat memberi pendapat yang membina dan baik. Saya akan cuba untuk dengar pendapat dan akan buat keputusan selepas itu. Terima kasih

Yang tersakiti,

– Azie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *