Buntu Dan Keliru Dengan Suami

Assalamualaikum. Saya ucapkan terima kasih sekiranya admin sudi berkongsi kisah saya ini. Saya berkahwin hampir 9 tahun yang lepas. Saya dan suami bersekolah yang sama dan kami bercinta semasa di tingkatan 4. Habis sekolah menengah kami sama-sama masuk matrikulasi, saya di Johor dan dia di Melaka.

Kami bercinta jarak jauh. Hubungan kami tak putus. Kemudian kami masuk universiti, juga berlainan tempat. Hingga lah kami habis belajar. Masing2 dikurniakan kerjaya yang diidamkan. Kami bekerja dalam satu daerah yang sama. Alhamdullillah, kami berkahwin selepas dua tahun bekerja.

Pada mulanya ibu saya agak keberatan untuk memberi keizinan untuk saya berkahwin dengan dia, tetapi selepas saya pujuk ibu, ibu mengalah. Ibu ada calon lain untuk saya, anak kawan ibu dan ayah sendiri. Saya sebenarnya merupakan anak tunggal dan semua keputusan dibuat oleh keluarga.

Saya mula membuat keputusan sendiri apabila saya melanjutkan pelajaran di matrikulasi dulu dan mereka tak pernah tahu saya ada kekasih sehingga lah saya katakan saya ingin bertunang. Sekarang saya dan suami dikurniakan 3 orang anak.

Baru-baru ini, saya tidak sangka, apa yang selalu baca mengenai kecurangan seorang suami di IIUM confession atau KRT betul2 terjadi pada saya. Saya dapat tahu suami ada perempuan simpanan. Sudah 8 bulan dia bersama dengan perempuan simpanan dia. Hati saya hancur tak terkata.

Suami bersunguh-sunguh menidakkannya bila saya tanya mengenai perempuan tu, walaupun saya tunjuk bukti gambar dia jalan berdua sambil tangan perempuan tu peluk tangan dia, ada video gambar mereka berjalan asmbil perempuan tu peluk pinggang suami. Gambar dan video tu diberikan oleh rakan office suami (perempuan) kepada saya.

Bila saya tunjuk suami kata perempuan tersebut memang jenis begitu dengan mana2 lelaki. Perempuan tu junior dia masa di uni dulu. Tp bila saya selidik dan call perempuan tu, rupanyer memang perempuan tu mengaku ada affair dengan suami saya. Tapi dulu semasa di uni mereka memang takde hubungan sebab perempuan tu sudah ada teman lelaki.

Saya whatsapp perempuan tu minta dia jelaskan apa yang terjadi antara dia dan suami dari awal diaorang kenal. Perempuan tu memang ceritakan semuanye sambil minta maaf dengan saya. Dan bila saya cek email2 suami, memang ebtol, suami ada check in hotel yang perempuan tu sebutkan. Dia siap screen shot perbualan dia dan suami saya dalam watsapp. Ya Allah, sakitnyer hanya Tuhan yang tahu. Lemah satu badan saya bila dapat tahu suami saya makan luar.

Saya tunjuk semua screen shot whatsapp tersebut pada suami. Anda tahu apa alasan suami? Dia kata, perempuan tu yang memang gila2kan dia dan hotel tu suami book untuk orang lain bukan untuk dia. Dia kata perempuan tu mgkin hack telefon suami dan email2 suami sebab nak runtuhkan rumah tangga kami. Dia tipu, saya tahu dia tipu.

Saya minta dia berkahwin dengan perempuan tu dan lepaskan saya dengan baik. Dia tak nak, dia kata tak mungkin dia akan kawin dengan perempuan tu, sebab perempuan tu bukan perempuan baik. Saya tanya kenapa keluar dengan dia klu dia bukan perempuan baik, dia kata dia hanya nak tolong selesaikan masalah perempuan tu sebab perempuan tu ada masalah.

Saya tanya kenapa mesti suami saya masuk campur urusan perempuan lain, dia kata, dia hanya nak menolong. Suami memang menafi sekeras2nya hubungan dia dengan perempuan tu. Tapi dalam whatsapp memang jelas mereka dah ibarat suami isteri. Suami kata itu hanya whatsapp sahaja, tak pernah terjadi pun.

Saya jadi naik hantu, hati saya masa tu memang mati semati2nya untuk dia. Dia khianat kasih sayang saya. Dia bunuh kepercayaan saya. Saya dalam dilemma samaada nak bercerai atau pertahankan perkahwinan ini. Sekarang kemana saya pergi, saya akan terbayang apa yang suami buat dengan perempuan simpanan dia. Tak kira siang atau malam. Saya hilang fokus kerja hingga kawan2 office perasan perubahan saya. Berat badan saya memang turun mendadak berkilo-kilo dalam seminggu.

Saya ada bagi tahu suami kalau dia tak mau ceraikan saya, saya kan minta fasakh. Dia merayu2 menangis2 pada saya supaya maafkan dia. Mata saya sentisa terbaanyg perkara haram yang dia lakukan dengan perempuan tu.

Keluarga saya masih tak tahu perkara ni. Saya yakin kalau saya bagi tahu keluarga saya, pasti mereka desak saya untuk bercerai. Saya tak tahu pada siapa harus saya minta pandangan. Ibu bapa mertua? Saya takut akan memalukan suami, beritahu ibu bapa saya? cerai lah jawabnye. Tak mungkin ibu bapa saya dapat terima suami klu dia tahu perkara ini. Amat mustahil.

Hati saya berbelah bagi samada hendak bercerai atau tidak. Bukan masalah anak, anak saya boleh jaga, tapi saya takut sekiranya saya minta cerai, saya tersilap langkah dan menyesal, sebab saya masih sayangkn dia tetapi hati saya terlalu sakit dengan perbuatan dia. Jika saya teruskan perkhwinan ini pula, saya takut akan dikhianati semula akan datang sebab suami memang pandai bagi alasan.

Bagi saya kalau nak bercerai, biarlah dari sekarang sekurang-kurangnya hati saya tenang tak memikirkan kejujuran dan kesetiaan suami terhadap saya dan tak dibelengu dengan kisah hitam suami. Saya betul2 keliru dengan diri saya sendiri sekarang.

Anak kami yang besar pula seakan faham konflik saya dan suami. Dia pernah tanya ‘kenapa Umi lain sekarang, tak macam dulu, siapa buat Umi?’. Saya hanya jawab tak da apa2 dan senyum tak tahu nak jawab apa. Saya buntu dan sangat keliru.

– Idah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *