assalamualaikum..
pertama sekali terima kasih admin siarkan perkongsian saya ini.
Bermulanya kisah dalam sebulan yang lalu.. sekarang ni kan cuti sem (btw saya dari IPTA lain) so ambik peluang la untuk cari kerja part time. saya cari kerja memang susah la jugak sebab yela sapa la yang nk kan pekerja yang kerja sementara dan dalam 2 bulan mcam tu. tp akhirnya rezeki saya Allah bagi peluang saya kerja di sebuah kedai cyber centre. gaji saya tak berapa peduli sangat janji dapat kerja la.. waktu kerja memang panjang dari pukul 10 pg – 12 mlm. saya pulak perempuan jadi memang family tak bagi la. tp lepas bincang dengan mak, mak bagi sebab lebih 3 minit ja dari rumah ke tmpat kerja.. ok dah la sikit mcam mna saya boleh kerja dekat situ. masa hari first day kerja tu hati memang berat hati tak tahu nk kata la. sebab saya tak pernah kerja sampai 12 tgh mlm kan, dah tu laluan nk balik rumah hutan je memanjang. masa pegi kerja tu hati kata tak nk semua ada tapi paksa kan diri la jgk pergi. ok sampai di sana ada sorang pekerja perempuan ni bekerja kat situ jgk datang buka kedai semua, saya pun masuk dan dia pun ajar dari A sampai Z apa yang nk kena buat.
lepas tu dia bg tau esok dia nk cuti ahhh sudah, second day kerja nk kena buat sendri semua dengan entah bnyak bnda nk ingat. malam tu bos datang seblum blik bos bagi kunci kedai.. masa tu saya rasa macam berat sangat nk ambil kunci kedai tu, sebab bagi aku tu amanah kot. ok malam tu blik rumah dalam 12:30 pagi.. malam tu saya jadi tak boleh lelap tak tahu sebab amanah atau sebab lain. kalau tidur asyik terjaga saja sbb…….
ha ni baru tiba cerita sebenar yang saya nak cerita. ok sambung balik. setiap kali nk tidur asyik terjaga dengan bunyi cicak. bunyi bkn macam cicak selalu bunyi kejap-kejap. bunyinya lama sampai saya terjaga la sebab terganggu la.. bila terjaga saya pun cuba la tidur balik lepas tu terjaga balik sebab bunyi yang sama. pagi tu memang mengantuk tak tahu nk cakap la sebab seblum ni tak pernah jadi macam ni. pagi tu saya pun kerja macam biasa la. Alhamdulilah Allah permudahkan walaupun baru hari kedua kena buat semua sorang-sorang. saya singkatkan la. tiap-tiap malam saya memang terganggu sangat. bunyi yang sama. kadang-kadang tu sakit hati jugak dah la letih keja sampai malam lepas tu tidur tergangu pulak. nak tidur balik bukan senang lepas terjaga tu. satu malam tu keadaan makin parah selain bunyi cicak tu bunyi sesuatu atas syiling bilik pulak. untuk pengetahuan korang saya hanya tinggal dengan mak sahaja sebab ayah dah meninggal dunia dan adik-beradik yang lain semua suadah kahwin dan tinggal berasingan. saya tidur bilik asing-asing dengan mak. ok sambung.. bunyi yang kuat macam ada sesuatu yang berat berjalan atas syiling bilik. tapi saya ni jenis malas nak ambil kisah janji tak ganggu saya secara dekat.
lepas tu cicak kerap bunyi dalam bilik saya tak kira masa kadang- kadang jadi tak faham apa benda sebenarnya asyik berbunyi ja. tapi kali ni bunyi mcam biasakejap-kejap ja. belakang rumah saya memang hutan bakau. kalau bunyi kat syiling tu memang selalu dah terbiasa sangat mcam benda batu bergolek pun pernah. waktu siang tu saya ada mula nmpk bayang-bayang hitam lalu di sebelah bilik saya. macam sekali pandang mcm tu la. mula-mula sya ingat kelibat org waktu tu siang sebab tingkap rumah saya jnis tingkap kaca hitam so siang kita memang nampak luar la(waktu tu tngah cuti kerja sebab raya raya). nampak kelibat tu dua kali pegi dan balik. bila saya bg tahu mak, dia cakap mungkin perasaan saya sja kot. tapi betul la kata mak sebab tepi bilik saya memang penuh pagar mcam mana orang nak masuk kan pagar pula tinggi.
sejak hari tu sya mula tak senang dah. malam tu saya pun balik kerja mcam biasa sewaktu nak tidur tu terdetik dalam hati dlam mainkan surah Yassin dalam phone. elok buka sat je bunyi tapak kai di sebelah bilik saya. aduh tak senang duduk masa tu. masa tu saya masih di tmpat tidur tutup surah Yassin dan dngar dengan teliti. ya betul ada bunyi org berjalan bunyi jelas sangat sebab katil tepi tingkap. lepas tu saya terus pegi bilik mak dan kejutkan bukan apa bimbang pencuri. mak saya pun bangun berani kan diri buka lampu tngok kawasan tu tapi tak ada apa. mak pun sambung tidur saya pun masuk tidur macam biasa… dalam berapa minit
“sret..srettt…”
sudah… bunyi lagi… tapi sya memang paksa tutup mata dan tidur.. yang peliknya macam saya cakap tadi la kalau orang ada niat nk mencuri pun macam mna dia nak masuk sebab pagar tinggi.. sampai sekarang masih menghantui diri ini. sebenarnya banyak lagi kejadian aneh nanti la saya sambung ea… sekarang masih lagi bekerja di situ dan balik lewat malam mungkin sehingga hujung bulan ni.. waalaupun balik naik kereta tapi aduhhh keliling hutan dan jalan yang sunyi.. ni semua cerita betul saya tidak reka untuk sedap kan cerita ka apa.. sekarang memang saya amat buntu… gangguan dengar mcam-macam tu selalu. klau ganguan secara dekat tu memang ada la tapi nanti la saya sambung erk.. jangan ikut balik sudah…. kalau korang ada cara jalan penyelesian sya amat alu-alukan..
– -cik sol
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit