Buntu Dengan Hala Tuju Kerjaya

Assalamualaikum pembaca semua, Maafkan saya, saya tidak pandai menulis ataupun bercerita. Tujuan menulis ni hanyalah ingin meluah, dan berharap readers dapat membantu saya.

Nama saya, Dalila.. graduate dari salah satu universiti awam dalam bidang accounting.

Sudah masuk 8 bulan saya menamatkan zaman degree. Dan sekarang tiada pekerjaan. Bukan tidak dapat tawaran di mana2, tetapi saya yang tidak mencari pekerjaan…

Sebabnya? Sebab tidak tahu apa yang diinginkan dalam hidup ini. Saya tiada pekerjaan yang diidamkan, tetapi ada minat dengan dalam cleaning industry.

Saya tiada ibubapa yang boleh support saya, tak sama dengan graduate2 yang ibubapa mereka pergi menghantar untuk interview, beri dorongan dan semangat untuk anak mereka… Saya sangat cemburu dengan semua itu.

Ceritanya, selepas sahaja tamat SPM, saya terus sambung pengajian di matrikulasi dalam bidang accounting, di mana itu bukanlah pilihan saya, tetapi ibu.

Tapi tak ape, saya teruskan jugak kerana saya percaya jika ada keberkatan dari ibubapa, maka Allah permudahkan urusan kita.

Dan betul, Allah permudahkan urusan saya, saya salah satu student yang dapat excellent achievement pada zaman Matrikulasi dulu,

Emak ayah saya sangat bangga pada masa itu, sampai menangis diorang. Itu waktu paling bahagia zaman belajar.

Tapi sedikit demi sedikit berubah, bila ayah saya meninggal dunia seminggu sebelum hari mendaftar degree. Masa tu saya ok lagi, sebab mak saya masih ada untuk support.

Semester 1, alhamdulillah, result sangat tinggi… Sekali lagi saya dapat banggakan ibu saya. Tetapi sekali lagi, ibu saya pula yang meninggal. 5 bulan gap antara kematian mereka.

YaAllah, memang berat sangat masa tu, result saya jatuh teruk dan start dari haritu, saya tiada minat lagi nak belajar accounting.

Hidup saya berubah serta merta, dari seorang yang banyak cakap, aktif terus jadi introvert… suka duduk sorang2, malas nak ambil kisah orang lain.

Dan dari grad sampailah sekarang, masih confuse untuk sambung explore bidang accounting ataupun buat apa yang saya minat (cleaning).

Accounting ni, bukanlah saya tiada minat 100% , ada cuma saya takut untuk explore dunia pekerjaan sebenar dengan skills yang tak berapa hebat.

Dan disebabkan saya lack communication skills, buatkan saya takut nak pergi interview, tambah2 sekarang kena cakap English, fuhhh takut betul tergagap2 masa interview nanti.

Itu salah satu reason kenapa saya takut nak apply kerja. Nampak simple, tapi saya sangat takut untuk keluar dari zon selesa ni.

Tapi kelebihan saya, bila saya dah dapat peluang bekerja ni, memang saya akan buat sebaik mungkin, belajar dari bawah memang bukan masalah kepada saya dan saya sangat suka tanya supervisor sampai rasa bersalah pon ada sebab tanya banyak soalan.

Manakala, cleaning pula, bagi saya, sangatlah enjoy. Walaupun kerjanya memenatkan badan tapi lagi ok dari penat otak menghadap komputer.

Bagilah tempat yang penuh dengan sampah, sisa2 makanan macam yang dalam gambar yang tengah viral sekarang pon, saya boleh bersihkan.

Tapi kedua2 nya ada pros & cons dia. Kalau accounting, gaji yang ok & meningkat dan mungkin masa depan saya lebih cerah. Kalau cleaning pula, saya minat tapi gaji atau bayaran yang tak seberapa.

Jadi sekarang, saya tengah confuse samada kerja dalam bidang accounting, ataupun buat apa yang saya minat….

Jadi kepada readers, bagilah nasihat kepada saya supaya saya boleh keluar dari zon selesa ni dan apa patut saya buat untuk kebaikan masa depan saya dan kalau ada readers yang bekerja dalam bidang accounting, apa nasihat anda kepada saya?

Terima kasih ♥️

– Dalila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *