Buntu Mencari Arah Tuju

Salam sejahtera semua. Nama aku N (bukan nama sebenar). Intro serba sedikit tentang aku. Seorang lelaki berumur pertengahan 30an.

Seorang lelaki yang hidup biasa seperti orang lain tapi punyai perasaan yang aku rasa pelik. Aku masih bujang, dan masih belum punyai sesiapa sebagai calon isteri.

Tidak mencari bahkan aku boleh kategorikan diri sendiri sebagai manusia yang tak tahu nak mengurat perempuan. Tak tahu nak romantik dan mudah bosan.

Aku punyai keluarga yang sangat rapat. Hubungan kami adik beradik sangat akrab. Mak ayah aku juga sangat memahami diri aku. Tak pernah memaksa atau bertanya soal jodoh aku.

Aku hidup menyewa sendiri. Dulu pernah berkongsi menyewa dengan rakan-rakan, tapi aku tak suka bila rumah terlalu bersepah dengan habuk rokok merata (aku tak merokok) cawan dah guna tak basuh & dibiarkan saja di ruang tamu, kasut berselerak & banyak lagi la.

Aku cuba lapangkan hati, aku kemas. Tapi rumah kembali bersepah semula setelah 2 ke 3 hari. Akhirnya aku pindah dah menyewa sendiri sekarang.

Aku tak gaduh pun dengan rakan serumah aku, aku bagitahu sebaik mungkin dengan diaorang yang aku nak pindah. Kami semua pun masih berkawan & selalu jumpa melepak bersama.

Aku sukakan ketenangan dirumah bila seharian bekerja. Jadi tinggal sendiri is the best option. Dulu sewaktu menyewa, aku banyak habiskan masa didalam bilik saja. Bukan tak berkawan dengan rakan serumah, cuma aku suka hidup yang sunyi, buat hal sendiri & menyendiri.

Aku suka ride motor sendiri. Aku pernah ke utara, selatan naik motor sorang. Solo ride. Kadang balik kerja, aku boleh melencong bawak motor hampir sejam pusing-pusing sambil dengar lagu sebelum balik rumah.

Aku juga suka memasak bila ada masa lapang & bawak bekal ke tempat kerja. Kemas rumah setiap minggu. Kalau tak ada aktiviti, aku lebih suka habiskan masa dirumah.

Aku boleh keluar tengok wayang sorang, jalan-jalan kat mall sorang, pernah jugak beberapa kali bercuti sorang. Aku suka kemana-mana sendiri sebab aku tak suka orang aturkan aku kesana or kesini.

Aku jadi suka hidup aku begini. Aku boleh betulkan peralatan rumah sendiri kalau ianya rosak. Aku boleh basuh & gosok baju kerja sendiri.

Aku rasa happy dan aku tak perlukan bantuan sesiapa buat masa sekarang. Aku juga masih punya kawan-kawan rapat, ada juga berjumpa & melepak bersama.

Tapi kekangan masa, jadi tak selalu boleh bersama mereka. Walau tak selalu berjumpa, ada saja cerita mereka di dalam group whatsapp setiap hari. Aku ni sebagai penceria suasana. Suka buat lawak bodoh, suka bahan kawan-kawan.

Kalau kami buat trip berjalan jauh, trip tu mesti kena ada aku. Bak kata kawan-kawan aku, trip tu tak lengkap tanpa aku. Aku jenis berani bersuara jika ada sesuatu tak terduga berlaku. Hakikatnya bila dirumah sendiri, aku suka suasana sunyi.

Tapi kebelakangan ni, aku terkesan bila banyak jemputan perkahwinan aku terima. Aku rasa indahnya kehidupan mereka. Rasa lengkap hidup mereka. Benda ni hit me so much. Hidup aku jadi tak keruan memikirkan tentang aku yang masih belum punyai pasangan.

Sedangkan mereka dah bahagia dengan pasangan masing-masing. Bukan aku dengki, aku tumpang bahagia tengok mereka bahagia. Aku cuma kesal pada diri sendiri yang masih gagal mencari pasangan.

Aku mula terfikir, bila aku tua, jika umurku panjang, sapa nak jaga aku. Mana aku nak bergantung hidup bila aku dah tak mampu bekerja?

Sampai pernah aku suarakan aku nak duduk rumah jagaan orang tua bila aku dah tua nanti. Kena marah teruk aku dengan mak, ayah & adik beradik aku bila aku suarakan hal itu.

Aku pernah cuba kenal & berkawan dengan perempuan, tapi tak kekal lama. Aku pernah keluar makan & adakan sesi suai kenal.

Aku hormat perempuan, aku tak sewenangnya bercakap benda yang bukan-bukan. Aku jaga adab & maruah hubungan itu. Mungkin aku seorang yang membosankan.

Aku juga mudah bosan & mahu kembali jalani kehidupan lama aku. No morning wish, no good night wish, tak perlu bagitahu sesiapa apa & kemana aku pergi. Ya, aku suka begitu.

Tapi rata-rata yang aku kenal, mahu sedemikian rupa. Aku jadi rimas & malas. Akhirnya aku abaikan dia & hubungan itu sepi terus.

Sejak itu, aku mula malas mencari lagi. Aku hidup seperti aku sekarang. Buat apa aku suka, pergi kemana aku nak. Kalau aku terus terusan begini, bagaimana aku nanti bila dah tak mampu nak bekerja?

Siapa nak jaga aku? Itu yang membuatkan aku bertambah buntu. Sekarang aku masih boleh & mampu melakukan sendiri, nanti 10, 20 tahun akan datang? Persoalan itu kerap berlegar di benak fikiran aku.

Aku menulis sekadar meluahkan perasaan aku. Mungkin ada yang sama dengan aku, atau boleh memberi kata nasihat dan pandangan tentang masalah aku ini.

Aku selalu doa kepada Dia, permudahkan urusan aku. Tapi aku masih buntu mencari solusi.

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *