Buntu, Takut, Ragu dan Keliru!

Assalamualaikum. Minta maaf terlebih dahulu jika penulisan saya agak kaku kerana ini merupakan penulisan yang pertama saya pernah buat.

Terima kasih kepada IIUM Confession admin kerana memberi peluang untuk mempost coretan saya.

Details kepada coretan ini saya tukar sedikit agar tidak memberi bayangan kepada keluarga saya ataupun yang mengenali saya.

Nama saya Didi (bukan nama sebenar), belum berkahwin, sudah mempunyai pekerjaan yang stabil dan berumur pertengahan 20-an.

Sejak kecil saya dididik dengan ilmu ugama dan ilmu akademik dengan tegas oleh ayah dan ibu saya.

Setiap subuh saya akan dikejutkan oleh ibu saya untuk bertahajud secara berjemaah dan ayah saya akan menyemak bacaan al-quran saya sambil menunggu masuknya waktu subuh.

Selepas solat subuh saya tidak dibenarkan untuk tidur semula tetapi diarahkan untuk menelaah pelajaran saya.

Manakala apabila pulang sekolah pada jam 5 saya di suruh untuk bermain di luar bersama adik beradik saya dan diarahkan untuk masuk sebelum maghrib.

Selepas jemaah maghrib kami semua akan mengaji beramai-ramai dan begitulah rutin saya setiap hari.

Manakala di sekolah saya merupakan pelajar yang boleh dikatakan cemerlang dan manja terhadap guru-guru sekolah saya sehinggalah saya menginjak ke sekolah menengah.

Di sekolah menengah inilah saya berjumpa dengan guru saya yang saya namakan Cikgu Rita. Cikgu Rita merupakan cikgu matapelajaran al-quran dan saya amat rapat dengannya.

Cikgu Rita sering mengatakan bahawa dia menyayangi saya seperti adiknya, yang mana ketika itu umur saya baru 13-14 tahun.

Setelah saya menaiki tingkatan 3 cikgu Rita memberitahu ingin mendengar bacaan al-quran saya di surau sekolah pada waktu rehat tengah hari dan saya tanpa mengesyaki apa-apa hanya mengiyakan.

Ketika di surau sekolah Cikgu Rita mula memeluk dan mendekati bibir saya dan mula melakukan perkara yang jauh dari akal fikiran saya.

Saya yang ketika itu takut hanya diam dan mengikut sehinggalah dia berani membawa saya ke rumahnya dan melakukan perkara-perkara yang terlarang.

Mula-mula saya berasa takut tetapi Perkara itu berlanjutan sehingga saya sendiri merasa rindu ketika ketiadaan dan sentuhannya.

Apabila ada kawan yang cuba mendekati saya tidak kira lelaki atau perempuan, dia akan menasihati saya untuk fokus terhadap pelajaran saya dan dalam masa yang sama masih mendekati saya ketika waktu rehat tengah hari dan saya hanya menurut.

Lama kelamaan lagak kami macam orang bercinta, berjalan sambil berpegang tangan dan masih melakukan hubungan yang terlarang (ketika itu umur saya masih 14-17) tahun dan dia berumur awal 30-an.

Hal ini berlaku tanpa pengetahuan keluarga saya dan saya masih meneruskan rutin yang saya tuliskan di atas bersama keluarga saya seolah tiada apa-apa yang berlaku.

Perkara ini berlanjutan sehingga saya tamat universiti yang mana ketika itu saya mula nekad untuk meninggalkan hubungan itu dan meneruskan hubungan kami hanya sekadar kakak dan adik.

Apabila saya menegur Cikgu Rita mengenai hukum hubungan kami, Cikgu Rita sering menangis dan mengatakan ‘saya menyayangi kamu seperti adik saya sendiri’ tapi layanannya masih seperti seorang kekasih.

Saya hanya diam dan menurut tetapi hati mahu meninggalkan.Kemudian tanpa sengaja saya bertemu dengan seorang lelaki ketika sesi mengulang hafalan al-quran. Dia petugas dan saya peserta.

Ketika itu dia hanya mempelawa saya untuk masuk ke dewan mengulang. Tetapi qadarullah, saya bertemu nya lagi pada tahun seterusnya. Dia mula menyapa dan bertanya nombor telefon saya.

Namun saya tidak terus memberi respon dan hanya senyum. Rupa-rupanya dia mencari laman facebook saya dan di situlah berkenalan tanpa pengetahuan Cikgu Rita.

Selepas beberapa bulan kami berkenalan dia menyatakan hasrat untuk mengahwini saya dan berjumpa ayah dan ibu saya, yang mana kedua ibu bapa saya tidak berhalangan untuk menyatukan kami.

Selepas saya memaklumkan Cikgu Rita mengenai hal perkahwinan saya, dia terus meraung dan mengatakan saya curang terhadapnya dan mengugut saya untuk membunuh diri dan sebagainya.

Saya cuba menerangkan kepadanya tetapi hanya mendapat respon yang negatif.

Ketika ini kami masih melakukan persiapan kahwin tetapi cikgu Rita masih menghubungi saya seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Cikgu Rita tetap memanggil saya ‘sayang’ dan memujuk saya berkali-kali untuk membatalkan perkahwinan saya,

Yang mana kelakuannya membuatkan saya berasa serba salah dan ragu untuk meneruskan perkahwinan kerana pujukannya dan kesilapan yang telah kami lakukan ketika saya masih remaja.

Apa patut saya buat? Saya buntu dan rasa bersalah apa patut saya buat.

Saya hanya menganggap cikgu rita tidak lebih dari seorang kakak dan hati saya kuat mengatakan saya termasuk dalam salah seorang mangsa p3d0phile.

Doakan saya, saya buntu.

– Didi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *