Assalamualaikum semua. Aku tak tahu nak mula macam mana. Cuma nak cari platform untuk legakan yang terbuku dalam hati. Dan aku tak pasti kalau kalau ada yang pernah dan masih merasa apa yang aku alami sekarang.
Being a stay-at-home-mom tak seindah yang pernah wanita wanita yang bekerja bayangkan. Lagi lagi bila dulu kau pernah jadi seorang yang berkarier. Mesti akan ada perasaan, “kalau lah aku still bekerja……. ”
Mengeluh? Tipu kalau kata takde. Merungut? Confirm ada terdetik bebelan dalam hati. Jadi apa yang kau nak sebenarnya? Kan kau yang dah buat keputusan nak resign dari kerjaya kau. Hadap la!
Sedih. Tapi takkan ada siapa yang peduli. Kalau kau rasa ada yang peduli, pasti takkan ada confession yang macamni. Pasti takkan ada rungutan, keluhan.
Letih. Sunyi. Dua perasaan yang paling aku rasa sekarang. Aku tau tak baik mengeluh penat dan letih dalam membesarkan anak anak dan menguruskan rumah. Tapi aku rasa letih sebab macam buat sorang sorang. Aku rasa sunyi sebab aku rasa macam jarang dapat perhatian dari suami.
Ah.. Kadang aku rasa tu semua bisikan syaitan. Suruh aku berprasangka kat suami. Selalu buat aku rasa tertekan sendiri dalam uruskan rumahtangga. Duduk diam. Istighfar. Tarik nafas, lepas. Dapat la buat gitu dalam seminit.
Sebab aku ada sorang anak yang sangat clingy kat aku. Anak anak aku suka jerit jerit, rajin bertekak sesama diorang. Senang naik tangan. Dan semua tu aku mengaku, tu kesilapan aku. Anak anak ikut cerap aku. Dan aku tak patut dan tak boleh salahkan anak anak.
Tiap hari hadap rutin yang sama. Kau paling awal bangun dan kau paling lambat tidur. Dan selalu jugak terjadi, aku cuma tidur dalam 2 jam sahaja sebelum bangun subuh untuk mulakan rutin harian.
Badan? Alhamdulillah, membesar dengan jayanya dan aku pasti masalah kesihatan aku pun di tahap yang tak sihat.
But as usual, kau demam teruk pun kau kena buat segala kerja rumah. Bila mana aku rasa stress, aku cepat lari masuk bilik. Tengoklah, kadang nangis. Kadang hempas barang. Dah lepas semua tu aku keluar la hadap anak anak semula.
Kau tak buat income sendiri ke? Sekarang kan bisnes online je. Paling tak kau buat la dropship. Boleh kau beli apa apa yang kau nak pakai duit sendiri. Takde la laki kau asyik merungut kau mintak duit. Heh. Ni ayat yang selalu aku dapat.
Aku tak pandai berbisnes. Aku jugak tak pandai bersosial. Aku risau setiap pelaburan aku lesap gitu. Bukan tak pernah cuba. Tapi silap aku juga. Hangat hangat taik ayam. Tapi macam mana pun, aku tetap akan carik jalan untuk dapatkan duit poket sendiri. Secara sah dan halal.
Guys. Aku tau ada SAHM yang dapat buat segala kerja rumah tanpa segala rungutan dan keluhan. Aku tau mesti ada yang kata ikhlaskan hati dan diri. Aku cuba. Aku akan sentiasa cuba.
Ada lagi keluhan aku sebenarnya. Tak daya dah nak luahkan. Sebal dah ni. Doakan aku supaya sentiasa redha dan ikhlas dalam setiap perbuatan aku.
– Eshal (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit