Burn Out

Assalamualaikum semua. Salam perkenalan. Nama saya K. Telah berkahwin selama 7 tahun dan dikurniakan sepasang anak. Seorang berumur 5 tahun dan 1 tahun.

Untuk pengetahuan semua, anak saya yg berumur 1 tahun adalah seorang high need baby. Mana saya pergi, apa saya buat, apa yang dia mahu tahu, saya sentiasa ada dengan dia. Tidak kira, dalam apa jua sekalipun.

Balik rumah mertua, anak saya mesti akan berkepit bersama saya sahaja.

Apa yang saya nak ceritakan bukanlah untuk membuka aib suami saya tetapi saya betul-betul memerlukan sokongan dan bantuan daripada kalian apa penyelesaian yang terbaik bagi keluarga kecil saya.

Begini, cukuplah saya kenalkan suami saya bernama X. X berumur 30 an.

Setiap hari minggu, dia akan balik ke rumah ibubapanya yang mana rumah kami dianggarkan lebih kurang dalam 20-30 minit sahaja.

Jadi, setiap minggu dia akan pulang ke rumah ibubapanya.

Pada mulanya, awal perkahwinan. Saya dan anak2 akan turut serta, tetapi setelah saban tahun begini, saya merasakan hari minggu kami tiada diisi dengan masa bersama keluarga.

Apa yang suami saya mahu, Ahad balik rumah ibubapanya. Bukanlah saya marah, bukanlah saya sedih, cumanya apabila saya ikut serta, semestinya dia juga akan keluar melepak bersama kawan-kawan terlalu lama.

Bila saya call, katanya tak lama mana. Tapi Allah sahaja yang tahu perasaan saya bagaimana ketika itu.

Dengan anak saya yang sentiasa berkepit sampaikan tak boleh buat apa, nak makan tak boleh, apatah lagi perkara-perkara yang lain.

Pernah saya bincangkan perkara ini, tetapi suami saya bersikap endah tak endah.

Jadinya setiap hujung minggu sekarang, saya dah tak ikut serta bersamanya untuk pulang ke rumah ibubapanya.

Dan dia semakin lama, dia dah semakin bebas dan berada di zone yang selesa apabila saya memberi ruang kepadanya untuk ber “me” time di hujung minggu sedangkan saya berperang bersama anak-anak di hujung minggu saya.

Saya totally burn out setiap hujung minggu. Adakala perasaan ingin membuat sesuatu di luar jangkauan, tapi saya masih berfikir2 mengenai anak-anak. Saya letih.

Saya penat. Saya tidak minta untuk suami saya bawa saya berjalan-jalan disetiap hujung minggu, cukuplah untuk dia berada di rumah bersama kami sekeluarga dan meluangkan masa bersama-sama.

Saya buntu. Saya sedih. Mungkin kerana saya terlampau banyak berdikari dan banyak memberi ruang dan masa padanya sehingga dilupakan saat-saat masa untuk bersama keluarga di hujung minggu.

Saya takut apabila dibincangkan perkara ini bersama suami, dia akan kata “bukan nya dia ada perempuan lain, bukannya dia buat benda-benda tak elok” tapi dia masih tak faham yang saya mahukan hanyalah masa nya untuk bersama keluarga.

Saya ada semuanya. Saya ada rumah, saya ada duit, saya ada segala-galanya. Tapi apa yang saya mahukan suami saya yang ada masa bersama kami dihujung minggu. Itu sahaja.

Adakala perasaan bermadu bersama kawan-kawannya. Adakala perasaan rasa hidup bujang suami masih belum berakhir.

Cuma tertanya-tanya sampai bila akan kami begini? Anak-anak semakin besar, anak-anak semakin menginjak dewasa, tapi ayahnya terlalu sibuk dengan dunia yang lain bukannya keluarga.

Saya dah letih. Saya dah penat. Bantulah saya.

Saya dah banyak memendam perasaan.

– K (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *