Assalamualaikum buat semua pembaca. Terima kasih IIUM Confession kerana siarkan luahan saya. Post saya hanya tentang perasaan diri saya sendiri.
Nampak remeh, tapi bila dibiarkan rasanya boleh habis terabai satu rumah dan orang sekeliling kita.
Rasanya ramai saja diantara kita lalui situasi begini. Terutamanya mak mak lah.
Pernah tak kalian rasa begini,
Bila bangun tidur saja dah penat. Kemudian belum buat apa pun dah penat sangat. Rasa penat macam baru kerjakan sawah padi. Tak pun baru lepas berkebun tanam ubi kayu.
Real punya letih. Sampai ke tulang rasa lenguhnya.
Kalau saya rasa begitu, saya tahu dah ini memang tanda saya sedang “Burn out”.
Antara ciri-ciri burn out,
1. Letih tanpa sebab. Buat kerja sikit pun dah letih semacam. Rasa tak larat amat.Rasa nak menangis betul ulang buat rutin yang sama everyday.
2. Moody tanpa sebab atau hal kecil pun moody. Kadang tak boleh zip baju pun moody. Hanger tersangkut sesama sendiri pun moody. Semua pun moody.
3. Kadang frust, give up tak tentu hala. Bila anak tak faham kita ajar pun frust sampai menangis. Bila terbangun tidur lambat, subuh gajah.
Kemudian sampai anak lambat join kelas online pun dah rasa gelap dunia. Macam otak tak boleh proses asyik give up dengan diri sendiri dan hidup. Alarm kunci berkali-kali pun tak sedar.
4. Asyik salahkan diri rasa loser sangat bila buat salah. Rasa bukan mak yang baik. Rasa bukan pasangan yang baik. Rasa diri menyusahkan semua orang. Rasa taguna betul.
5. Kemudian rasa nak mengamuk entah apa apa untuk hal kecil.Anak bising sikit pun kita nak mengamuk. Anak tumpahkan makanan pun nak marah. Padahal boleh saja kemas sama-sama.
6. Menangis untuk benda tak sepatutnya. Kadang tengok habuk celah tingkap, pun boleh menangis. Bila anak bergaduh pun kita menangis.
Aduhai, fragile betul rasanya.
Yes, semua orang tak sempurna. Saya juga begitu. I make mistakes.I forget things.I lose my cool. And somedays I go a little crazy. Tapi sebolehnya saya sudah cuba buat yang terbaik untuk keluarga saya.
Bila dah sedar semua tanda-tanda tadi, jadi sejak semalam, saya banyak bercakap dengan diri saya sendiri.
Nampak aneh tapi sangat melegakan diri.
Bila tengok kipas,
“Banyak betul habuk. Aku selalu saja lap habuk kipas ni. Sekarang aku belum boleh cuci habuk ni sebab aku penat. Nantilah aku buat bila larat,”
Bila tengok rumah semak,
“Aku pernah kemas rumah ni, satu habuk pun tak jumpa punyalah pengemas. Sekarang semak ni nantilah dulu. Aku bukan mak yang teruk, nanti aku buatlah,”
Nampak simple tapi lega pujuk hati sendiri. Tapi untuk manusia yang jenis tak boleh tengok benda begitu, membantu jugalah untuk pause sekejap otak dari terus berfikir.
Semalam,
Saya banyak bercakap dan berjanji untuk diri sendiri. Saya nak buat apa saja untuk diri sendiri. Yes, semuanya untuk diri sendiri.
Saya berjanji saya tak mahu ambil tahu apa- apa isu berat di media sosial. Yang bebal langgar SOP berkali-kali ke, kes meningkat atau menurun ke, semua saya tak mahu peduli.
Isu Israel dan Palestin juga saya tolak tepi. Bukan bermakna saya tak cakna, tapi saya berjanji dengan diri sendiri, saya perlu bertenang harini.
Jadi saya letak telifon bimbit saya ketepi.
Semalam,
Saya cakap dan janji dengan diri sendiri nak mandi dengan sempurna. Sebab ada hari diri memang tak terurus sebab tanggungjawab pada keluarga.
Jadi semalam memang mandi elok elok sikit. Hari biasa nak sental daki pun tak sempat bila mandi.
Kemudian saya cakap dan janji dengan diri saya sendiri, harini saya nak pampered diri saya.
Lalu saya terus baring kat sofa, ambil beberapa balang kuih raya, cari movie nak tengok. Best betul layan beberapa movie semalam sambil makan kuih raya.
Kemudian saya cakap dan janji dengan diri saya, bila masuk waktu solat, saya mesti solat bersungguh sungguh.
Bila 10 minit sebelum waktu solat, saya dah berhenti tengok movie. Terus wuduk. Kemudian usai solat, berdoa puas puas.
Berdoa agar lebih kuat dari sebelumnya.
Saya bercakap dengan diri saya lagi,
“Harini nak makan sedap sikit dari biasa. Nak makan pedas sampai meleleh hingus,”
Jadi saya masak special semalam. Selalu saya masak tak pernah pedas. Semuanya sebab masak untuk anak. Jadi semalam saya janji dengan diri saya, saya mesti makan macamana saya nak.
Semalam,
Saya juga janji dengan diri saya nak tidur awal tanpa fikir apa-apa. Maklumlah 6 hari berbaki saya tidur sambil berfikir walaupun nampak macam pejam mata. Mak mak begitula.
Alhamdulillah saya berjaya bangun awal pagi ni, memang segar betul rasanya.Energy luar biasa.Allah bagi kuat semula. Tengah menaip status ni jam 4 pagi sebenarnya.
Nampak simple kan? Tapi sebenarnya nikmat betul buat semua mak yang sedang burn out untuk waras semula.
Ada masa kita perlu buat sesuatu letakkan diri kita yang pertama. Ada masa kita perlu sayang diri kita lebih dari keluarga kita.
You can’t pour from an empty cup. Take care of yourself first.️
– Syahirah Omar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit