Assalammualaikum dan hai semua…
Terima kasih admin sekiranya cerita aku dipilih untuk disiarkan.
Tujuan aku confession di sini sebab aku dah penat pendam dalam diri aku. Nak luah dekat orang pun, aku takut orang tu terbeban dengan masalah aku. Aku harap korang yang baca ni boleh berikan aku kata-kata semangat atau nasihat untuk aku terus hidup.
Nama aku Alisa (Bukan nama sebenar). Tahun ni aku berumur 22 tahun. Aku anak tunggal kepada kedua ibu ayah aku. Walaupun aku anak tunggak tapi aku rasa macam aku anak sulung.
Ramai orang cakap yang betapa bestnya jadi anak tunggal tapi itu bukan aku. Kalau anak tunggal yang lahir dalam keluarga berada itu best sebab ibu ayah bagi segalanya. Aku ? Aku biasa sahaja.
Kalau nak beli apa yang aku nak, aku kene usahakan diri sendiri sejak kecik lagi. Ibu ayah aku agak susah sebenarnya tapi sebab anak tunggal. So, ringgan sikit lah beban mereka.
Aku boleh dikatakan aku seorang berdikari dan lonely. Apa apa aku buat mesti sendiri. Mungkin sebab takda adik beradik. Kalau tidak sekolah atau universiti pun, aku banyak buat hal sendiri.
Kalau masa sekolah rendah dulu, kalau nak join sekolah punya sekolah lawatan ke apa apa. Mesti aku akan simpan duit belanja aku.
Actually tak banyak pun duit belanja aku dulu. Cuma RM4 sahaja untuk sekolah pagi iaitu kebangsaan dan sekolah petang iaitu agama.
Kalau dah besar ni, aku semua dikatakan guna duit sendiri. Bayar duit yuran universiti sendiri, duit hotel untuk ibu ayah kalau dorang hantar tempat belajar, makan, bil bil penting dan lain lain lagi.
Barang keperluan universiti pun aku beli lagi. Aku punya rezeki, alhamdulillah senang dapat kerja dan dapat bos yang baik. Aku juga bersyukur sebab dipertemukan dengan orang orang yang baik.
Dalam sekuat kuat aku mesti ada lemahnya. Aku kekadang burn out dan penat sangat sangat. Aku tak tahu nak luah dekat siapa. Aku tak ada kawan rapat. Aku malu nak ajak kawan kawan datang rumah sebab rumah aku sempit .
Bilik aku ? Sempit sangat sangat. Aku tidur pun atas tilam. Kekadang waktu malam, aku nangis sebab sakit badan tidur atas tilam.
Boyfriend? Lagi lah siapa ja nak dekat aku. Aku susah pastu rupa pun takda. Pakai pun pakaian lusuh dan berulang.
Kekadang aku persoalkan, kenapa erk aku kena lalui semua ni? Aku penat sangat. Aku tertekan banyak benda. Cara aku nak happykan diri, aku selalu beli makanan mahal contohnya air starbucks, kyochon dan lain lain. Itu macam self reward untuk diri aku.
Aku nak cerita pasal parent aku pulak. Ibu aku keje tadika while ayah aku keje operator di kilang biasa sahaja. So income whole house dalam RM3000 camtu ja. Aku duduk dekat shah alam.
So, aku dikira agak sederhana susah jugalah untuk hidup di bandar shah alam. Aku duduk rumah flat ja. Aku bersyukur sebab masih ada rezeki untuk tempat berteduh walaupun agak sempit.
Aku bukan nak burukkan pasal parent aku tapi aku cuma dah penat. Ayah aku ni dia agak pengotor sikit. Bila membuang air, kekadang jarang nak flush. Aku dulu rajin kemas rumah tapi disebabkan bila bersih kan ja, mesti kotor balik.
Padahal dalam rumah 3 orang ja tapi macam ada 6 orang. Kalau ada air tumpah ke makan tumpah, ayah aku tak reti nak lap balik. Lepas makan pun, tak reti nak basuh pinggan balik.
Nafkah dekat ibu aku pun kekadang sikit sangat. Ibu aku pula, kalau boleh semua barang nak simpannya. Kekadang barang tu patut dibuang pun nak simpan. Ibu aku boleh dikatakan agak toxic jugalah.
Dia selalu bercerita pasal kisah lampau dan burukkan adik beradik dia dan arwah nenek. Suka mengungkit lah macam tu. Actually aku faham ja apa dia rasa. Dia sebenarnya tolong adik beradik dia sejak muda sebab terpaksa.
Mungkin sebab mak aku dulu muda hidup dalam keluarga susah juga. Arwah atok dulu kahwin 3 dan mak aku anak mak yang no 3. Begitulah jua dengan ayah aku. Lately ibu aku bergaduh dengan adik beradik dia sebab sikap ibu aku.
Ibu aku nak tolong orang tapi dari segi toxic positivity dan toxic negativity. Aku kesan juga dekat ibu aku tapi aku tak tahu nak buat apa. Kalau tegur nanti aku yang kena balik. So aku dengar ja lah segala luahan dia.
Mak aku suka mengungkit juga sebab tu adik beradik dia agak kurang dengan dia. Walaubagaimana pun setiap orang ada kelebihan, begitu juga dengan ibu.
Ibu aku actually penyayang tapi dia buat dengan cara yang salah. Ayah aku pula boleh dikatakan agak ego juga.
Aku sebenarnya fobia dengan ibu aku sebab time kecik aku selalu kene pukul dengan ibu aku. Aku cuma lawan ja fobia tu tapi kekadang aku tewas jua. Parent aku terlalu sayangkan aku so, dorang macam a bit kongkong juga.
Aku ni boleh dikatakan agak degil juga. Aku bukan apa. Kekadang aku rasa apa yang aku buat memang betul.
Contohnya, ayah aku tak bagi aku ambik lesen kereta tapi aku melawan balik. So, aku kumpul duit sendiri dengan tahan lapar masa form 5 untuk ambik lesen kereta.
Actually banyak ja aku nak cerita pasal kene kongkong tapi terlalu banyak sampai aku rasa nak nangis. Aku tak boleh melepak jumpa kawan kawan untuk riadah dan banyak lagi. Itu juga la penyebab kenapa aku tak ada kawan.
Family life tu memang penting tapi dalam hidup ni kene seimbang jua dengan friendship life.
Aku banyak belajar pasal life dengan diri sendiri.
Kalau aku partner suatu hari, aku harap aku dapat yang memahami aku, berpendidikan, a bit tegas tentang masa hadapan, boleh bagi nasihat dekat aku, seimbang dunia dan akhirat, boleh berada di sisi bersama sama dan seorang yang kuat semangat & bekerja.
Dapat membahagiakan aku pun okay juga.
Kepada pembaca ni, aku harap korang dapat doakan aku untuk berjaya supaya aku capai impian aku. Aku nak bantu ibu ayah aku, nak keluar daripada hidup susah ni, nak bantu orang, nak ada business yang boleh bantu orang jana pendapatan dan pergi haji.
Aku target kahwin umur 30 tahun, itu pun kalau ada rezeki. Aku juga harap diberikan kekuatan dan semangat untuk harungi pelbagai cabaran kehidupan.
Btw, aku nak minta maaf kalau aku ada tersalah kata dalam penulisan aku. Mungkin kalau tak okay, korang boleh berikan comment supaya dapat ubah aku.
– Alisa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit